10.02.02

3 0 0
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu. Penantian selama berbelas tahun, menjadikan penantian ini sangat bermakna. Mana taknya, mama dan papa bercinta sejak sekolah. Bermula bibit perkenalan mama dan papa adalah seawal mama berusia 16 tahun.

Papa ni, sape yang tak kenal. Satu sekolah kenal. Asal sebut nama papa, semua orang tahu siapa dia.Papa 'glamer'. Apa taknya, olahraga dia, 100x100, 4x100, lagi, bola sepak, dia jugak, lagi?
Entah...

Mama pun tak tahu apa lagi sukan yang papa ceburi. Yang penting semua kenal papa.

Perkenalan 'serius' antara mama-papa ialah selepas papa suruh mama gosokkan 'kemeja' dia.

Berbunga-bunga hati mama ni. Apa taknya, lelaki idaman malaya ni, 'pilih' mama untuk gosokkan baju dia. Sampai termimpi-mimpi dibuatnya. Rasa nak peluk je baju tu buat lepas rindu. Mama 'pass' kan baju tu pada hari yang sama. Kecoh la satu dorm mama masa tu sebab baju sehelai tu.

Asal cuti sekolah tiba , mama tak happy sebab tak boleh 'skodeng' papa. Ni mama citer ' side' mama la kan. Kalau mama syok sendiri pun, apa salahnya.

Mama-papa sekolah agama. Tak campur. So tu yang jad mama tertunggu-tunggu . Mana la papa tak lalu ni. Hehehe. Kelakar pulak bila teringat.

Papa balik kampung di Kluang. So naik keretapi la. Kadang- kadang papa cerita, sekarang ni, dulu masa naik keretapi, ada je yg bagi papa air tin la,makanan la , surat la. Hmmmmm,buat hati mama panas je tau!

Saja la tu. Nak bagi orang jeles!

Kann...

Tapi, itulah kehidupan papa masa tu. Kehidupan sebagai orang glam!

Mama pulak, pelajar biasa-biasa walaupun mama ni pengawas dan biro disiplin asrama. So mama ni,jenis 'strict'. Bukan pelajar 'outlaw' la. So, ada la yg tak berapa suka . Tapi, mama pikir tu dah tanggungjawab kan . So, kena la mama laksanakan...

Semua cerita ni berkisar pada 1992. Iaitu ketika mama dan papa Form 4.

Kejadian ke 2 terbesar berlaku dalam hidup mama ialah, mama-papa 'disandingkan' dalam satu majlis di sekolah!!!

Bio betul!

Betul!

Begini ceritanya, ada sorang 'kapel' kat sekolah ni dulu, suka 'mengurat' awek dia style cerita 'ali setan'. Peak nya ialah meletakkan seekor katak di dalam kotak dan dihadiahkan ke awek ni. Apa taknya, menjerit la satu sekolah si awek ni. Apa lagi, kecoh la. Mulai dari kejadian tu, ustaz dan ustazah pun menjalankan penelitian yang seumpama 'spy' ke atas semua 'kapel' terhangat pada masa tu.

Tak pasal-pasal nama mama-papa pun 'naik'. Dengan menahan malu dan sipu, kami turut 'tersanding' bersama puluhan pelajar lain.

Sejarah sungguh tau!

Hahaha...

Atok dan Nenek rasanya tak tau pasal kejadian ni.

1993.

Mama-papa tingkatan 5. Tak boleh main-main dah ni. Nak SPM! Kena fokus.

Mama tak sama aliran dengan papa. Mama kelas Sains Tulen. Kena FOKUS betul. Demi cita-cita. Demi keluarga. Mama ni anak sulong. Kena la bina tanggungjawab dari awal lagi.

Papa pulak anak no 5 dari 6 orang adik beradik. Papa kelas aliran Sains Sosial. Anyway, alhamdulillah kami telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Papa membawa diri ke UTM Skudai dan mama ke Matrikulasi UKM di KL masa tu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Default Title - Write Your OwnWhere stories live. Discover now