Setelah beberapa kali mencuba,dia masih gagal untuk menghubungi Jimin.

"Mana dia ni?dia tak pernah balik lambat macam ni" Arie mengomel sambil jarinya masih sibuk mendail nombor dan menghubungi Jimin.

Panggilannya masih tidak berjawab dan selepas penat menunggu,dia terlena di atas sofa.

----

Sinaran cahaya matahari yang menghiasi ruang bilik itu membuat Jimin tersedar.

Dia membuka mata perlahan lahan,dia memandang ke sebelah,gadis itu masih lena.Dia mengusutkan rambutnya,cuba mengingati apa yang telah berlaku.

Dia mengeluh setelah mengingati apa yang telah terjadi.Segera dia mencapai baju dan seluarnya.

Setelah itu,dia keluar meninggalkan gadis itu seorang diri.Sempat dia meninggalkan sejumlah wang di tangan gadis itu.

----

Jimin membuka pintu dan melihat Arie masih lena di atas sofa.

Kepulangan Jimin membuat Arie tersedar.

"Awak pergi mana?" tanya Arie.

Jimin membisu.

"Saya tanya,awak pergi mana?kenapa awak tak balik?"

Jimin hanya membisu dan terus masuk ke dalam biliknya.

Arie mengikut,tidak puas hatinya selagi tidak mendapat jawapan dari Jimin.

"Kenapa awak tak balik?awak janji nak keluar sekejap je,awak tahu tak saya risau?"

"Jangan sibuk" kata Jimin sambil mencapai tuala mandinya.

Belum sempat Jimin melangkah masuk bilik mandi,Arie menahan.

"Bagitahu saya,awak pergi mana?awak tak tepati janji awak langsung" kata Arie.

Darah Jimin mula naik,terus dia melempang Arie.

Arie jatuh terduduk.

"Aku kata jangan sibuk kan ? Semak tahu kau ni " kata Jimin lalu masuk ke dalam bilik mandi tanpa rasa bersalah.

Arie cuba menahan air matanya.Dia menarik nafas dan menghembus.Dia cuba untuk berfikir positif.

Mungkin Jimin terlalu penat,dan mungkin dia bertanyakan soalan tidak kena dengan masa.

Sebelum dia meninggalkan bilik itu,dia memesan pada Jimin.

"Saya tahu awak penat,maafkan saya ye?mesti awak lapar?saya masakkan untuk awak okey?lepas awak mandi,awak makan ye?" Kata Arie lalu meninggalkan bilik itu dan ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Jimin yang berada di dalam memejamkan mata,menyesal atas apa yang telah dia lakukan,rasa bersalah kerana tidak dapat mengawal rasa marah.

Selesai dia membersihkan diri,dia ke dapur.

Melihat Arie yang sedang menyediakan makanan di atas meja,perlahan lahan dia mendekati.

[C]Tears + S2 •Pjm• ✔Where stories live. Discover now