"Kau boleh berambuslah dengan betina kesayangan kau tu Zan !" Puan Erika menjerit kearah suaminya Encik Faizan . "Apa kau kata , "betina" ?" dia bertanya seraya mendaratkan satu lempangan pedih keatas pipi Puan Erika . Puan Erika hanya tertunduk , menangis teresak - esak . "Kalau kau nak tahu , kau lah betina yang sebenar ! Tak sedar diri ." tambah Encik Faizan . Dia membuka tali pinggang yang melilit pinggangnya lalu menyebat Puan Erika beberapa kali sekuat hati . Manakala di belakang dinding , Aqhyra . Menangis sebak mendengar dan melihat pertengkaran kedua ibu bapanya . "Nor Erika Bt Syukor , aku ..." sebelum sempat menyebut ayat yang selanjutnya , Aqhyra . Memeluk erat kaki ayahnya itu . "Jangan ceraikan ibu , ayah . Tolong .." Rayu gadis itu sambil menangis . "Ah!" Encik Faizan menarik rambut Aqhyra lalu menghempasnya ke tepi . Aqhyra hanya menangis kesakitan . Tiada sesiapa yang menolongnya , lagi pula ibunya masih didalam kepedihan disebat sebentar tadi . "Aku benci semua orang ." Aqhyra mendengus seorang diri . Dia cuba bangkit , namun agak sia sia kerana badannya sudah lemah . Namun akibat tidak berputus asa , dia cuba menggapai satu kerusi makan dan cuba membangkitkan dirinya . Dia cuba lari dari situasi tersebut , namun dihalang oleh jeritan ayahnya . "Jangan lari , Aqhyra !" Aqhyra ketakutan , lalu berjalan sepantas yang mungkin agar dapat melarikan diri . Dia membuka pintu kayu rumah teresnya itu , lalu keluar dan menutupnya kembali . Selalunya Aqhyra akan ditegur oleh penduduk kawasan itu , namun pada masa itu tiada seorang pun yang datang berborak dengannya . "Kemana aku mahu pergi sekarang .." dia menyoal dirinya sendiri . Kemudian , dia teringatkan bilik kosong yang selalu dia tuju ketika sedih di sebuah pangsapuri sekitar kawasan rumahnya . Sedang berlari - lari anak , dia terlanggar seseorang . "Aqhyra ?" kata lelaki tersebut . Dia memegang bahu Aqhyra namun ditepis selajunya . "Kenapa ni .." Mata Aqhyra mula dikaburi dengan air mata . Dia memandang bawah , dan air mata terus menitis deras . Khai mengangkat dagunya . Melihat wajah putih pucat Aqhyra yang letih dan tidak bermaya . Dia mendukung Aqhyra dari belakang , tanpa sebarang penolakan atau kata kata dari Aqhyra sendiri . Khai mendukung Aqhyra kerumahya . Air mata Aqhyra mengalir deras hingga membasahkan tshirt Khai yang berwarna grey itu . "Bersabarlah sayang ." Bisik hati kecil Khai .
-
-
-
Sesampainya di rumah Khai , dia memanggil salam dari luar rumah . "Assalammualaikum ! Mak , oh mak !" dia menjerit . "Ya abang , kejap kejap ." huru hara Puan Zainon mencari kunci pintu pagar rumah yang terkunci itu . Akhirnya jumpa juga . Dia melihat seorang gadis cantik sedang nyenyak tidur dibelakang Khai . "Bawaklah dia ke bilik tetamu ." "Ini pasti menyukarkan kerja ibu , hari hari ." sambung Puan Zainon . Khai tersentap seketika , dan berlalu pergi ke bilik tetamu yang dikatakan .
-
-
-
Khai memasuki bilik tetamu dalam keadaan senyap , tidak mahu Aqhyra terjaga dari tidurnya . Dia juga membawa mangkuk berisi air suam dan tuala kecil di tangannya . Dia duduk di tepi katil queen bed itu . Menyeluk tuala kecil kedalam air suam tersebut , lalu diletakkan di atas dahi Aqhyra . Suhu badannya tinggi . Namun tidaklah seteruk yang disangkakan . Kemudian .. "Aku benci semua orang ." Aqhyra berkata - kata , namun matanya masih tertutup rapat . Khai berasa risau , lalu cuba mengejutkan Aqhyra . "Weh .. bangun ." sambil menepuk kecil lengan Aqhyra . Kelopak matanya mula terbuka secara perlahan - lahan . "Khai?" Aqhyra memandang hairan . "Kau dah terjaga .. Tadi kau , ngigau . Aku .. risau ." balas Khai , gagap . Aqhyra tersenyum kecil , air matanya bertakung . Dia terus bangkit , lalu memeluk Khai . "Terima kasih sebab selamatkan aku ." katanya sambil mengusap rambut Khai . Hati Khai berdegup laju , dan dirinya berasa selesa apabila merasakan pelukan hangat Aqhyra . "Jangan tinggalkan aku , oke?" Aqhyra memeluk lebih erat . "Oke." Khai membalas pelukan tersebut . Namun , pelukan itu dilepaskan oleh Khai . Dia mengelap air mata Aqhyra yang dari tadi mengalir . "Sudahlah menangis , aku ada . kan ?" Khai cuba memujuk diri Aqhyra . Aqhyra hanya tersipu malu . Khai hanya tergelak kecil lalu menyuruh Aqhyra membersihkan diri . "Baik kau mandi sekarang , busuk . tahu tak ?" Khai berkelakuan dingin , secara tiba - tiba . Aqhyra yang tersipu terus memandang Khai tajam . Sepantas kilat dia melempar bantal empuk disebelahnya lalu terkena muka Khai . Khai terjatuh dari kedudukannya , dan ketawa dengan reaksi yang Aqhyra lemparkan sebentar tadi . "Aku tahulah !" Aqhyra membalas kata - kata Khai tadi seraya bangun dari katil itu . Dia mengemas katil itu dan melipat selimut yang digunanya . "Tuala mana ?" Aqhyra bertanya , persis kanak-kanak yang dipaksa mandi . "Dalam almari ." Khai menjeling tajam ke arah Aqhyra . Namun dalam hatinya , tersimpan seribu satu perasaan yang tidak dapat dibongkarkan .
-
-
-
Aqhyra menyikat rambutnya yang basah dihadapan cermin . Dia cuba memikirkan apa yang telah terjadi sebenarnya . Dia teringatkan pertengkaran ibu bapanya petang tadi . Air matanya mula muncul , namun dia mengendahkannya . "Kenapa perlu kisahkan mereka , mereka bukan pedulikan aku pun." bisik hati kecilnya . Dia cuba bersikap dingin agar tidak menjadi seseorang yang lemah , penakut . Dia cuba berubah , dan ini adalah perubahannya .
-
-
-
"Aqhyra ! Makan malam dah sedia !" Khai menjerit dari dapur . Aqhyra cepat cepat keluar dari biliknya dan menuju kearah panggilan tersebut . Kelihatan Khai , abangnya Shafiz dan ibu mereka Puan Zainon sedang duduk menghadap hidangan yang baru dimasak . "Jemputlah makan Aqhyra ." Puan Zainon mempelawanya seraya menarik kerusi disebelahnya , menyuruh Aqhyra duduk . Shafiz , abang Khai . Mengerling kearah Aqhyra , mengamati kecantikan gadis itu . Air yang sedang dituangnya hampir tumpah , namun jag air tersebut dirampas oleh Khai . "Termenung apa pula kau ni Along ?" sambil menuang air sirap kedalam cawannya . Dia menyuakan jag tersebut pada ibunya . "Ta-tak ada apa apa lah." Shafiz tergagap . Dia benar benar sedang melayan tayangan wajah Aqhyra didalam mindanya . "Yalah tu." Khai menjeling . Puan Zainon hanya menggelengkan kepala melihat kedua anak lelakinya itu . "Aqhyra mahu makan apa ?" Puan Zainon bertanya seraya mencedok nasi kedalam pinggan Aqhyra . Pelbagai jenis lauk dihidangkan di atas meja . Mata Aqhyra liar mencari hidangan yang menawan perasaan laparnya . Lalu dia tertumpu pada pinggan yang berisi ayam goreng kampung . "Aqhyra mahu yang ini ?" Puan Zainon menunjuk kearah hidangan itu . Aqhyra hanya mengangguk . Dia menyepit ayam goreng di bahagian paha lalu diletakkan keatas pinggan Aqhyra . "Lagi?" Puan Zainon menyoal . Aqhyra mencedok satu sudu sambal belacan kedalam pinggannya . "Ini sudah cukup , makcik ." katanya sambil mengangkat tangan , untuk mula berdoa . Kemudian , dengan bismillahhirohmannirrohim . Dia menyuap nasi dan lauk yang dipilihnya kedalam mulut . Dia mengamati makanan didalam mulutnya , teringatkan suatu kebahagiaan . Kampung , ya . Kampung . Dia rindu masakan Tok Ma yang berlaukkan ayam goreng kampung dan sambal belacan itu . Dia rindu keluarganya yang lain di kampung . Kali terakhir dia balik kampung adalah ketika dia berumur 14 tahun . Sudah 3 tahun dia tidak berjumpa mereka semua . Perasaan rindu , mula hadir dalam hatinya .
-
-
-
Hai semua ! Hope suka dengan cerita yang kasha tulis ni . 🌸 Idea tu melimpah dalam kepala , tapi bila nak tulis . hilang . 😵 Apapun , kasha akan cuba selalu sambung bab bab yang lain . Hope u guys enjoy ! 💋
xoxo , _KashaRusli 💗
BINABASA MO ANG
Diari Budak Psiko
Teen Fictionbila budak psiko makin diracuni dengan drama murahan manusia , segalanya telahpun terbongkar . mahu tahu ? baca ! 🌸