Misi

549 46 11
                                    

Lynna tersenyum apabila dia terbau aroma harum chocolate menusuk ke dalam hidungnya. Dia melihat Tok Aba membuat air Hot Chocolate Special dengan begitu tekun sekali. Ochobot pula sedang mengelap cawan-cawan yang baru sahaja siap di basuh

"Saya tidak pernah nampak awak di sini sebelum ni" tanya Ochobot

"Ini pertama kali saya jejak ke Pulau Rintis. Saya datang ke sini pun sebab kawan saya yang ajak saya datang ke rumah dia di sini"

"Hah, kalau macam tu.. biar atuk sediakan makanan yang special untuk kamu" Tok Aba berikan Hot Chocolate Special kepada Lynna "Atuk buatkan cekodok chocolate untuk kamu"

"Terima kasih atuk" kata Lynna sambil mengambil bau air Hot Chocolate Special. Lalu dia merasa sedikit air itu dan terus dia suka

"Atuk, bagi saya air kosong satu" Lynna pandang ke tepi dan nampak seseorang yang berwajah seperti orang jepun tapi mata dia merah. Lynna hanya berikan senyuman kepada lelaki itu dan terus dia sambung menghirup air Hot Chocolate Special itu

"Baru balik dari senaman ke, Kaizo?" tanya Tok Aba. Kaizo menoleh sedikit dan lalu dia ternampak Lynna sedang menikmati air Hot Chocolate itu

"Hah Kaizo, apa kata kau berborak dan berkenalan dengan dia. Atuk nampak dia sebaya sahaja dengan kamu, Kaizo"

"Eh, tak perlu lah atuk. Saya dekat sini pun untuk beberapa hari sahaja. Lusa nanti saya sudah kena balik dah" kata Lynna. Lalu dia tersengih kepada Kaizo yang bermuka serius itu. Kaizo perhatikan muka Lynna lama-lama "Ke-kenapa? Ada sesuatu ke dekat muka saya?" Kaizo rasa dia pernah nampak muka Lynna tapi di mana, fikir Kaizo

"Tak tapi aku macam pernah nampak muka kau" kata Kaizo

"Saya? dekat mana? mungkin ada orang lain kot yang muka sama macam saya"

"Mungkin" Kaizo terus mengambil air kosongnya yang telah diberikan oleh Tok Aba "Nama saya Kaizo"

"Saya tahu sebab atuk panggil kamu Kaizo tadi. Saya pula Lynna, salam berkenalan tapi kamu ni orang jepun ke? Fasih betul kamu bercakap dalam bahasa melayu"

"Dia ni bukan orang jepun" tiba-tiba Ochobot menyibuk

"Aku sebenarnya alien, berasal dari planet lain. Aku tinggal di sini sebab ingin bersama dengan adik aku kerana aku pergi tinggalkan dia duduk di bumi ini seorang diri" Kaizo ternampak Lynna ketawa sedikit "Kenapa? Ada sesuatu yang lucu ke?"

"Takdelah" Lynna berhenti ketawa "Kalau betul kamu ni alien, saya tak sangka pula dapat berkenalan dengan alien"

"Dia memang alien pun" Ochobot menyibuk lagi

"Baiklah alien yang bernama Kaizo, saya percaya kata-kata kamu tadi. Jadi awak tinggalkan adik awak duduk di bumi seorang diri kenapa? Mana ibubapa awak dan adik awak?" tanya Lynna

"Sebenarnya ibubapa aku sudah lama meninggal dunia. Kini hanya tinggal aku dan adik aku sahaja. Aku tinggalkan dia di sini sebab aku ingin dia jalankan misi dia iaitu merampas jam-jam kuasa kawan dia tapi akhirnya, kawan-kawan dia dapat buktikan kepada aku yang mereka dapat menggunakan jam-jam kuasa itu dengan sempurna. Selepas itu dia tidak mengikut aku dengan misi-misi yang lain. Aku benarkan dia tinggal di bumi untuk menjaga power sphera dan juga bumi ini bersama kawan-kawan dia" Lalu Kaizo bercerita lagi "Tapi selepas itu, adik aku diculik oleh musuh lama aku"

"Maaf saya tidak tahu ibubapa sudah lama tiada" kata Lynna secara perlahan

"Takpe, kau tidak tahu" Lynna senyum sedikit tetapi dia tidak melihat Kaizo kerana dia rasa bersalah

Kawan Baik Ku 2Where stories live. Discover now