Baru saja dia hendak mengeluarkan bajunya dari almari, Farish tiba-tiba teringat akan sesuatu. Sesuatu yang tidak sepatutnya terimbas di fikirannya kini.

Lantas, kepalanya digeleng kecil. Cuba untuk membuang imbasan mimpi tragik yang dimimpinya berulang- dan ulang kali.

Lama dia duduk menyepi sendirian, sehinggakan Ariffin sudah selesai mandi pun dia tidak sedar. " Kau kenapa?"

Akibat terkejut dengan teguran Ariffin, cepat-cepat Farish mencapai bajunya. Buat-buat seperti hendak bersiap. Namun soalan Ariffin tidak dibiarkan bergantung walaupun hanya sekadar dibalas dengan gelengan kepala yang menandakan tiada apa-apa.

" Betul ni?"

Farish terdiam lagi. " What if... you get a dream..."

Ayat Farish tergantung di situ. Ariffin masih lagi menunggu sambungannya namun hampa. Tiada apa lagi yang ingin disambung oleh Farish. " It's nothing."

" It's not like I just know you yesterday." Sebelum Ariffin beredar dengan senyumannya, baju miliknya dicapai dari dalam almari. Meninggalkan Farish bersendirian di kamarnya.

Sekali lagi sesuatu datang menyinggah di fikirannya. Jika Ariffin sudah selesai mandi, di mana pula mereka bertiga yang bangun lebih awal dari Ariffin?

Sesekali, Farish mengenggam penumbuknya. Terasa geram dengan perangai mereka yang suka melambat-lambatkan waktu. Wajahnya kekal poker face, namun geram di hati membuak-buak. " You'll regret this."

*****

Nampaknya senyuman yang Ryna praktik setiap pagi agar dirinya dapat melalui hari-hari yang bahagia tidak berkekalan.

Siapa sangka, baru saja beberapa minit dia masuk ke perkarangan kolej, dia sudah sesat. Bagaimana dia memanggil dirinya sebagai salah seorang pelajar kolej ini?

Nasib baik kelasnya bermula sejam saja lagi. Sengaja dia datang awal kerana dia bagaikan dapat menjangka bahawa dirinya bakal sesat lagi kali ini.

Ryna menarik nafas panjang lalu dihembuskannya. Tanpa teragak-agak, dia mengorat langkah ke hadapan walaupun dia tahu dia bakal menjadi lebih sesat, seperti biasa.

Jika sebelum ini ada mamat terencat emosi itu yang menolong, kali ini siapa pula?

Mungkin kali ini dia bakal bertemu dengan prince charming yang sebenar? Yang baik budi pekertinya? Yang indah dengan budi dan bahasanya?

Sedang dia berimaginasi lebih tinggi, kakinya kini terhenti dengan sedirinya. Jika sebelum ini dia tersesat masuk ke hutan buatan manusia. Kini dia tersesat memasuki taman yang dipenuhi bunga juga buatan manusia.

Hatinya mula terdetik sesuatu. ' Aku masih dalam kolej kan? Wujud ke tempat ni dalam kolej aku ni?'

" Ahh! Itu bukan masanya untuk fikir semua tu!" Kini dia mendengus kecil pula. " Apa masalah kolej ni sebenarnya? Asyik-asyik nak bagi aku sesat! Kejap!" Ryna menghentikan langkahnya. " Entah-entah, aku kena sorok dengan bunian?! Tidak! Ya Allah, selamatkan lah hamba mu ini!"

Sedang dia mendoa sambil menadah tangan, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang berdiri di hadapanya. Seseorang yang sedang memandang dirinya dengan pandangan hairan. " Awak ok?"

Ryna membuka matanya. Tanganya masih lagi menadah. Matanya terpaku melihat makhluk Allah yang berada di hadapannya. " Ya Allah, hensemnya bunian ni." Ryna menyengetkan kepalanya apabila makhluk di hadapannya itu mula tergelak kecil.

" Awak, apa kata awak aminkan doa awak? Dah lama sangat awak tadah tangan tu." Ryna tersedar dari lamunannya lalu cepat-cepat mengaminkan doanya. Malu pula rasanya apabila ditegur sebegitu.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now