Prolog

1.4K 148 10
                                    

Ruang tamu rumah setingkat itu memang sunyi tanpa sesiapa. Kipas tidak berputar, televisyen tidak menyala, langsir menghalang cahaya matahari memasuki ruang itu. Sebentar kemudian suasana hening itu diganggu dengan bunyi pinggan kaca berlaga dengan dulang, diikuti bunyi aliran air memasuki ruang gelas.

Semua bunyi itu datang daripada dapur, di mana seorang remaja lelaki sedang mengisi sebuah gelas kaca dengan air mineral. Gelas itu diletakkan di atas dulang, bersebelahan dengan pinggan yang di atasnya terdapat picagari berisi cecair lutsinar biru dan tiga biji pil berlainan bentuk. Lelaki itu kemudian menatang dulang tersebut, dan dia melangkah keluar dari dapur menuju ke sebuah tangga kayu ke bawah tanah.

Sejurus turun ke tingkat bawah tanah itu, koridor berdinding kayu yang menuju ke sebuah pintu itu mula kedengaran suara sayup. Semakin dekat lelaki itu dengan pintu tersebut, makin jelas bunyi yang tadinya hanya samar-samar.

Ianya bunyi raungan yang kedengaran sangat menyakitkan. Raungan, tangisan, rayuan bersilih ganti kedengaran jelas di sebalik pintu itu. Lelaki itu tidak beremosi, meski pun raungan tersebut sangat sadis didengar. Seusai sahaja lelaki itu membuka pintu, raungan tadi kedengaran lantang.

"Hyung!!"

"Lepaskan Youngjae!!"

"Hyung, buka ikatan ni please!!"

"Hyung, lepaskan Youngjae..."

Youngjae terbatuk-batuk di antara sedu-sedan raungannya. Tangisannya begitu teruk sehinggakan sekeliling matanya mula kemerahan. Bantal tempat dia berbaring itu basah, dan dia meronta lagi selepas batuk, cuba melepaskan diri dari tali yang mengikatnya di atas katil itu. Dia memandang abangnya yang datang menghampiri, jeritan rayuannya kini berhenti oleh kerana tekaknya mula rasa sakit.

Abangnya itu masih tidak menunjukkan apa-apa emosi atau reaksi, dan dia meletakkan dulang tadi di atas meja lampu sebelah katil itu. Dia mengambil ketiga-tiga biji pil tadi ke dalam genggamannya.

"Makan ubat" kata Jaebum, tiada nada memujuk mahu pun memaksa. Melihat pil yang terdapat di dalam tangan Jaebum, Youngjae menjadi jauh lebih takut membuatkan remaja yang lebih muda itu menggeleng laju. Air matanya mengalir lebih deras.

"Andwae... Hyung, jangan!!" Youngjae mengelakkan muka, bibir diketap rapat apabila tangan Jaebum mula menghampiri mulutnya.

Jaebum kemudian tanpa reaksi menarik muka Youngjae menghadapnya, tanpa berfikir panjang dia mencengkam bahagian rahang bawah milik adiknya membuatkan mulut remaja itu terbuka sedikit. Youngjae mula menjerit, tubuhnya meronta lebih kuat tetapi cengkaman Jaebum terhadap mukanya jauh lebih kuat membuatkan dia tak dapat melepaskan rahangnya.

Jaebum terus memasukkan kesemua pil di tangannya dan sejurus itu dia menuang air mineral ke dalam mulut Youngjae itu. Youngjae tanpa rela tertelan ubat-ubat tersebut sambil tangannya cuba mencengkam tilam saat tekaknya tersekatkan dengan pepejal pahit itu. Jaebum melepaskan cengkaman di rahang Youngjae dan remaja itu terus terbatuk teruk kerana tersedak. Youngjae cuba menangkap nafasnya manakala Jaebum masa itu sudahpun mengambil picagari berisi cecair lutsinar biru tadi. Youngjae ternampak picagari itu di tangan Jaebum, lantas dia menggeleng lagi, tetapi terlalu lemah sekarang.

"Hyung... please don't do it..." rayu Youngjae dengan nada lemah. Dia tidak lagi meronta kerana tenaganya hampir habis selepas tercungap-cungap akibat pil-pil tadi.

"Shh" Jaebum bernada lembut kali ini, dan dia menyensengkan lengan pendek baju Youngjae itu hingga ke bahu. Youngjae memerhati pergerakkan Jaebum dengan air matanya masih mengalir laju.

"Hyung...hajima..." suara Youngjae kini seakan berbisik.

"Hyung, jebal hajima..."

Lengan Youngjae disuntik. Youngjae terus memejamkan matanya rapat dan menggetap gigi, terasa seluruh tubuhnya lenguh akibat cecair jernih bewarna biru itu bergerak masuk ke dalam sel badannya.

Badan Youngjae serta-merta menjadi lemah apabila jarum picagari itu keluar dari dagingnya. Matanya berat, cukup dikaburi air mata yang masih tak berhenti mengalir. Dia memandang Jaebum yang seolah-olah tidak perasan kewujudannya di situ apabila dia sibuk meletakkan semua picagari diikuti gelas air tadi ke atas dulang. Sebaik sahaja Jaebum berdiri dengan tangan menatang semula dulang tadi, Youngjae bersuara perlahan.

"Hyung..."

Jaebum berhenti bergerak, tanpa sedar matanya terkunci pada mata adik lelakinya yang bersembunyi seribu kesakitan.

"Hyung jahat..."

Jaebum hanya diam, sebelum dia bertindak keluar dari bilik itu tanpa memberi response. Dia memekakkan telinga daripada mendengar suara lemah Youngjae yang masih merayu dirinya dilepaskan.

Dan apabila Jaebum menutup pintu, air matanya menitis tanpa bertakung.

[C] Sociopath | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now