Aiman mengangguk dan keluar menuju ke keretanya dan sebelum dia sempat masuk, soalan puan Anis memberhentikan sistem-sistem saraf Aiman untuk seketika.


"Angah mana?"

'Apa patut aku jawab ni?'

"Erm angah tengah tidur kat dalam bilik dia. Penat rasanya, along pergi dulu takut pasaraya tu tutup pula"jawab Aiman pantas untuk mengelak daripada ditangkap berbohong. Walaupun puan Anis tahu yang Aiman berbohong tetapi dia cuba untuk tidak mengambil kisah tentang hal itu.

'Apa yang along cuba sembunyikan daripada ibu?'

-

Aiman masih cuba menelefon Alisya tetapi masih tiada jawapan daripadanya. Aiman mencari di tempat yang dia rasakan adiknya itu akan pergi bila dia ada masa terluang atau untuk melepaskan tekanan.

"Sini pun dia takde, mana pulak dia pergi malam-malam buta ni?"keluh Aiman dengan geram sambil mengusap rambutnya dengan kasar.

'Fikir Aiman fikir' kata hati Aiman memujuknya supaya dia tidak cepat mengalah.

Tiba-tiba satu idea muncul dalam otaknya, restoran

"Haish! Kenapalah aku tak fikir restoran daripada tadi"kata Aiman geram dan memandu menuju ke tempat di mana Alisya bekerja.

-

Alisya memotong dengan ganas sehingga merosakkan sayur-sayurannya yang sedang dipotongnya untuk dimasak.

"Kesian kau sayur, kau tak buat salah kat aku pon tapi kau pulak yang jadi mangsa melepaskan kemarahan"kata Alisya sendiri sambil melihat sayur yang dipotongnya sebentar tadi sudah menjadi lumai.

"Apa yang aku nak masak ni?"Alisya menjadi tidak tentu arah dengan apa yang dia ingin lakukan. Nasib baik pada waktu itu restoran sudah pun tutup dan dengan bantuan kunci spare yang disimpannya dia terus masuk,mencari bahan dan terus memasak.

Itula cara Alisya menghilangkan stress, dengan memasak tetapi pada akhirnya makanan itu dibuang sahaja ke dalam tong sampah.

Sedang Alisya sibuk memasak kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri belakangnya dan tanpa menoleh Alisya menyiku orang itu sehingga terjatuh dan mengadu kesakitan.

"ADUH!!"

'Eh! Asal suara dia familiar sangat'

Alisya tidak dapat melihat wajah orang itu kerana dia sedang duduk membongkok sambil memegang pinggangnya yang disiku oleh Alisya sebentar tadi.Alisya membongkokkan badannya sedikit dan apabila matanya bertembumg dengan orang itu, matanya membesar bagai bola golf dan dengan pantas dia menolong orang itu bangun.

"Apa yang along buat kat sini? Macam mana along tahu angah kat sini?"tanya Alisya bertubi-tubi setelah menolong abangnya berdiri.

"Along agak je, lepas pergi bukit sana tu, along terfikirkan restoran pulak"jawab Aiman dan bersandar di kaunter memasak untuk menampung beratnya sementara pinggangnya masih sakit."Asal keluar rumah tak bagitahu kitorang,risau along bila pergi bilik then tak nampak angah tadi. Cepat-cepat along keluar supaya ibu tak syak apa-apa"sambung Aiman.

"Dari duduk dalam bilik tak buat apa-apa,baik aku datang sini lagi baik dapat masak lagi"

"Maaflah kalau along tanya tapi kenapa angah tak nak kahwin dengan anak uncle Iskandar?"tanya Aiman berhati-hati tak nak menambahkan minyak pada api.

Alisya tidak menjawab tetapi hanya mengeluh panjang dengan soalan Aiman,"Angah tak nak kahwin lagi, nanti kalau dah kahwin tiada kebebasan. Yang paling penting, angah tak kenal pun lelaki yang angah nak kahwin. Angah tak suka orang atur hidup angah"

Aiman memandang adiknya rasa serba salah hendak cakap,"Apa kata angah bagi lelaki tu peluang? Ntah-ntah dia baik ke penyayang ke? Nanti angah menyesal pulak. Walaupun along benci perkahwinan yang diatur tapi mesti ada hikmah disebaliknya"pujuk Aiman.

"Along takkan faham sebab bukan along yang kena kahwin tapi angah. Apa-apa pun angah tetap dengan keputusan angah untuk tidak berkahwinan dengan bukan pilihan angah"Alisya nekad tapi dengan soalan Aiman seterusnya membuatkan dia rasa apa yang dia buat ni salah.

"walaupun terpaksa menderhaka dekat ibu dan ayah?"

Aiman menantikkan jawapan Alisya yang masih tidak tahu dengan apa yang patut dia buat. Tiba-tiba hidung Aiman terbau benda hangit dan cepat-cepat dia memusingkan kepalanya dan melihat dapur di belakangnya sedang terbakar.

Tindakan pantas Aiman dengan menutup api dapur gas sebelum mengambil sebesen air dan menyimbahnya ke arah kuali yang sedang terbakar bersama-sama dengan ayam yang sedang digoreng Alisya sebelum abangnya datang.

Alisya yang  baru tersedar dengan bunyi air disimbah,"Apa yang terjadi ni dengan dapur aku long?"tanya Alisya terkejut dengan dapur yang penuh dengan asap dan bau hangit.

Setelah beberapa saat berlalu, baru dia teringat yang sebentar tadi dia menggunakan dapur dan terlupa untuk menutup api.

Aiman hanya menggeleng memandang Alisya manakala Alisya hanya tersengih malu.

vote + komen = thankyou

Minhyukie-











[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now