Alisya hanya menganguk dan membalas dengan berlagaknya,"Betul tu kalau takde angah mesti rumah ni tak berseri seperti sekarang"sambil menolak-nolak rambutnya ke belakang.

Semua yang berada di ruang tamu itu hanya tergelak sambil mengeleng-geleng kepala mereka dengan perangai kebudak-budakkan Alisya sebentar tadi.

"So macam mana dengan cadangan kami?"tanya salah seorang tetamu sambil memandang kedua-dua ibu bapa Alisya dengan tanda tanya. Alisya kelihatan terkejut. Alisya yang tidak fahan dengan situasi itu mula bersuara,"Cadangan apa?"

Semua memandang ke arah Alisya. Dengan perasaan cuak Alisya memberanikan diri untuk bertanya,"u-uh kenapa pandang angah macam tu"

Encik Mukhriz berdehem sebelum membetulkan suaranya dan menjawab."Kami dah bersetuju untuk mengahwinkan angah dengan anak lelaki kawan ayah kamu"

"Oh kahwin"kata Alisya sebelum riak wajahnya berubah terkejut,"APA! ANGAH KENA KAHWIN!"

AKU APA!?

Alisya yang masih tidak percaya masih tertanya-tanyakepada diri sendiri. 'Aku bermimpikan, please cakap aku tengah bermimpi ,betul tu Alisya semua ni mimpi ja--'

"AUCHH!"Alisya menjerit kesakitan apabila ibunya mencubit lengannya apabila dia hilang dalam dunianya. Alisya menggosok lengannya yang pedih sambil memandang ibunya,"Kenapa cubit angah ni? Sakitlah!"

"Orang tanya angah,angah tak jawab sebab tu ibu cubit angah bagi angah sedar sikit dari apa-apa yang tengah angah fikirkan tu"jawab ibu lalu menjongket bahunya tanda tidak bersalah.

IBU NI

"Diorang tanya angah nak buat majlis kat mana? Nak buat besar-besaran ke kecil-kecilan? Atau ---"

Alisya memotong ibunya yang mula teruja apabila bercakap pasal wedding dan mengambil kesempatan untuk menambah-nambah soalan."Bila masa angah setuju untuk berkahwin ni? Angah tak setuju, angah tak kenal pun lelaki yang angah nak kena kahwin tu. An----"

"ANGAH!"

Alisya terdiam apabila encik Mukhriz mula bersuara, Alisya tahu apabila ayahnya itu mula meninggikan suara maknanya itu masa untuk dia tutup mulut. Encik Mukhriz hanya bercakap bila perlu sahaja dan hanya mendengar tanpa bersuara.

Alisya dan semua yang berada di situ dalam keadaan senyap dan memandang encik Mukhriz.

"Keputusan kami muktamad! Angah suka atau tak, angah kena ikut jugak sebab angah dah takde pilihan lain"

Alisya terkedu memandang encik Mukhriz, air matanya mengugut untuk jatuh tetapi ditahan, "kenapa angah kena kahwin dengan lelaki tu?"

"Sebabnya...."

*flashback*

Encik munkhriz yang berumur 17 tahun berjalan berjengket-jengket ke arah susuk badan seseorang yang membelakanginya dengan perlahan sambil tangannya memegang seketul burger ayam.

"IS!!!!"jerkah Mukhriz dari belakang dan air yang diminum Tengku Iskandar tersembur keluar dari mulutnya.

Mukhriz ketawa berdekah-dekah melihat Tengku Iskandar hampir tercekik dan membantu menepuk belakang Tengku Iskandar."Kau okay ke?"

"Aku okaaay sangat!"jawab tengku Iskandar dengan nada geram dan menumbuk bahu Mukhriz,"apahal kau buat aku terkejut macam tu ha? Haih nasib aku takde serangan jantung kalau tak dah arwah dah aku kat sini"kata Tengku Iskandar sedikit memberontak.

"Hahaha, sorry lah, aku saja je nak kenakan kau, asyik kau je yang kenakan aku. Aku pun nak balas dendam balik"

"Meh sini duduk sebelah aku, aku nak cakap sesuatu kat kau"arah Tengku Iskandar dan menepuk tempat duduk kosong di sebelahnya.

Mukhriz mengikut sahaja apa yang Tengku Iskandar arahkan tanpa mengetahui apa-apa yang akan berlaku."Ada apa yang kau nak cakapkan?",sebelum mengigit burger ayamnya

"Apa ya--"tidak sempat Tengku Iskandar menghabiskan ayatnya sebelum,

"KORANGGGG!!!"

Dengan tindak balas cepat kedua-dua lelaki itu, mereka menjerit terkejut dan burger yang encik Mukhriz pegang terbang ke udara sebelum tangan pantas pesalah mengambilnya dengan cepat sebelum ia jatuh ke tanah.

"WOI KAMARUL! KAU APAHAL DOH NAK TERKEJUTKAN AKU MACAM TU, NASIB BAIK KAU SEMPAT TANGKAP BURGER AKU KALAU TAK MEMANG AKU DAH TUMBUK DAH KAU NI"marah Mukhriz dan mengambil semula burgernya sebelum menumbuk bahu Kamarul.

"Kalau seorang lagi yang buat aku terkejut macam ni, confirm lepas ni aku kena heart attack"kata Tengku Iskandar sambil mengurut dadanya untuk memperlahankan degupan jantungnya yang agak laju itu.

Tidak disangkan apa yang diungkap oleh Tengku Iskandar menjadi kenyataan.

"Alang-alang kau pun ada kat sini, meh duduk sini aku nak cakap sesuatu"

"Apa dia ?"

"Kalau ada apa-apa yang berlaku kat aku waktu kita semua dah besar, aku teringin sangat nak kahwinkan anak aku dengan anak korang. Itu harapan aku iaitu untuk berbesan dengan salah seorang dari korang"Tengku Iskandar meluahkan hajatnya.

"Asal kau tetiba cakap macam tu Is?"tanya Kamarul pelik.

"Ntahlah! Aku sahaja cakap apa yang aku fikirkan. Mana lah tahu satu hari nanti ada apa-apa yang berlaku kat aku dan aku tahu anak aku selamat dengan korang dan boleh jadi ayah kepada anak aku nanti"

"Kau ni apahal Is, dahlah jangan cakap apa-apa lagi yang mengarut" Mukhriz menghalang Tengku Iskandar dari bercakap lagi dan menyambung semula makan.

Tengku Iskandar hanya menggeleng dan tersenyum.

*flashback tamat*

"Sebab tu je? Apa ni macam tak masuk akal je apa yang ayah cakapkan ni. Tapi kenapa angah ? Takkan kawan ayah tu takde anak perempuan, kenapa tak kahwinkan anak dia ngan along je tapi kenapa angah"Alisya memberontak sambil memandang encik Mukhriz yang tengah marah.

"Angah duduk dulu, kita bincang elok-elok"kata Alif sambil menarik tangan Alisya supaya kakanya itu duduk kembali ditempatnya.

"Macam mana nak bincang elok-elok kalau macam ni lah cara ayah nak buang Alisya, macam cara nak jual angah adalah"kata Alisya tanpa berfikir.

PAKKK!!!

"Ayah tak ajar anak ayah cakap macam tu, bila masa pulak ayah jual anak ayah. Ayah nak kau bahagia je" kata encik Mukhriz selepas tangannya terlepas dan melekat di pipi Alisya.

YA ALLAH! Apa yang aku dah buat ni

Encik Mukhriz sedar apa yang dia dah buat dan dengan cepat dia menarik tangannya dan memegangnya.

"Astagfirullahalazim abang, apa yang abang dah buat ni"kata puan Anis terkejut dan cepat-cepat berdiri disebelah suamiya untuk menenangkannya.

Kedua-dua anak beranak itu memandang satu sama lain dengan mata berkaca tanpa menhiraukan pandangan orang lain.

"Sampai hati ayah tampar angah, sebab benda ni je ayah tampar angah", air mata Alisya gugur perlahan-lahan dan tangannya memegang pipinya yang pedih ditampar.

Maafkan ayah nak

"Walau apapun yang terjadi, perkahwinan tidak akan dibatalkan walau sekali pun"

Ayah!

"Angah takkan kahwin dengan lelaki tu. Keputusan angah pun muktamad",Alisya mengelap air matanya dengan ganas sebelum berlari naik ke biliknya semula tanpa mengendahkan tetamu yang melihat drama percuma sebentar tadi.

Encik Mukhriz terduduk dan menangis sambil puan Anis memujuk disisinya.

-

vote + komen = thankyou

Minhyukie-


[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now