BAB 5

2.8K 133 0
                                    

Rakan perempuan Auni sudah meleleh air liur melihat lelaki tampan di depan kelas manakala yang lelaki pula siap betulkan rambut dan baju mereka.rasa tercabarlah tu.

"Handsomenya mamat ni!"kata Fasya di sebelah Auni.Auni mengerutkan dahinya memandang Fasya.

"Kau ni dah kenapa.tengok orang macam nak telan.jaga perangai tu sikit."tegur Auni.Fasya tersengih.matanya tidak lepas memandang Fahmi Adrian.

"Wehh,,tulang rusuk aku bergetarlah.Auchh"kata Syaf.Auni menampar bahu syaf.eh,minah,sila sahkan jantina kau dulu.

Baru sahaja hendak menasihati lagi  si Fasya dan Syaf ni.guru kelasnya memanggil namanya dengan kuat.terpaling Auni dibuatnya.

"Belakang Awak kosong kan Auni?"Auni mengeluh.ingat apa tadi.dia hanya mengangguk perlahan.

Fahmi Adrian terus berjalan ke arah meja di belakang Auni.dia terus duduk tanpa mempedulikan mata-mata yang masih memandangnya.

Seketika kemudian,Mr Lee masuk.seisi kelas mengucapkan selamat pagi pada guru Matematik mereka.buku Matematik Auni keluarkan dari bag di belakangnya.dia memusingkan badannya perlahan matanya memandang begnya sahaja.manakala Fahmi memerhati minah di hadapannya tidak berkelip.dia berpegang teguh dengan prinsipnya selagi orang tak kacau dia..dia juga akan diam.Fasya di sebelahnya tertoleh-toleh ke belakang curi-curi pandang muka handsome Fahmi.Fahmi buat muka selamba sahaja.bukan Fasya sahaja.malah separuh perempuan yang perangai gedik tertoleh-toleh melihatnya.dia fokus pada cikgu Lee di hadapan.

"Auni selesaikan soalan ini"panggil Cikgu Lee melihat Auni yang sibuk menconteng buku teks.terkejut Auni.nasib baik pensel di tangannya tidak mengores buku Teks.lambat-lambat dia bangun ke hadapan kelas.

"Macam mana ea?Ya Allah tulisan cikgu aku ni macam cacing kerawit.juling mata aku menengok!"desis Auni.dia mengambil marker yang dihulurkan.Auni mula menulis jawapan.dia juga turut memadam dan menulis semula soalan tadi.terangkat kening cikgu Lee.

"Baru faham"jerit Shah di belakang kelas.Auni berpaling.merah muka cikgu Lee.

"Hmm,sorry cikgu.saya bukan tak faham cikgu tulis tadi.saya nak tunjuk jawapan saya sama atau tak sama dengan soalan yang cikgu beri.itu cara saya check jawapan"panjang lebar Auni menerangkan kepada Cikgu Lee.dia tersengih.

"Takpe.sengaja saya tulis macam tu.saja nak test"kata Cikgu Lee.ternganga Auni.Sengaja betul cikgunya ini.dia kembali ke tempat duduknya semula.

"Cikgu,jawapan yang perempuan ni buat salah.jawapan tu patutnya ada negatif"sampuk satu suara di belakang Auni.Auni berpaling melihat Fahmi  buat kali pertamanya yang sedang beriak  selamba.seisi kelas memandang Fahmi dan Auni.

"Ahah,betul cikgu ada negatif."sampuk satu suara lagi.suara gedik Azlin.matanya terkelip-kelip memandang Fahmi.Auni hendak termuntah.

Cikgu Lee segera menganalisa jawapan muridnya tadi.Auni menjeling Fahmi geram.Fahmi pula berpeluk tubuh.

"Opps,sorry my bad,patutlah Auni tak nampak tanda negatif.saya buat kecik sangat .jimat dakwat.you did a good job Auni"kata Cikgu Lee.Auni tersenyum lega.Azlin di hujung kelas sudah masam mencuka.Fahmi dibelakang tersenyum kecil.

Selesai kelas matematik,Auni meletakkan kepalanya di atas meja berlapikkan lengan.Fasya dan Syaf sudah ke tandas.

"Jangan riak sangat"kata Azlin tiba-tiba lalu di tempat Auni.Auni mengangkat kepalanya malas.apahal perempuan ni meroyan!

"Aku tak kacau kau..jadi jangan kacau aku sebelum aku debik kau."ugut Auni.dia bangun ke kelas sebelah.mujur kelas itu kosong.Azlin menghentak kakinya geram.

Fahmi yang mendengar melebarkan senyumannya.
Garang betul minah tu!.







Sila vote dan komen
Lovbiu
Hafizah Syahirah

Suamiku Satu SekolahWhere stories live. Discover now