00 - Salji pertama

798 24 2
                                        

Bella mengambil tempat disebuah bangku. Hujung baju ditarik kerana suhu semakin sejuk. Butir-butir salji sudah mulai turun sejak petang tadi, dia bercadang untuk memakai baju sejuk tapi Bryan beria-ia meminta Bella terus menuju ke dataran Beverly - tempat untuk melihat bunga api sempena salji pertama musim sejuk. Jadi dia tidak sempat untuk singgah kerumah mengambil baju sejuk tersebut.

Satu jam. Dia sudah menggosok-gosok telapak tangan supaya haba panas dapat menyamankan tubuh.

Dua jam. Dia menggigil, lengan ditutup rapat dengan kedua belah tangan. Dia memandang sekeliling namun bayang Bryan langsung belum muncul.

Tiga jam. Dataran mulai sesak dengan orang ramai yang menantikan pertunjukan bunga api. Lagi seminit sebelum dilancarkan. Bella mengeluarkan android, nama Bryan di cari. Masuk kali ketiga dia gagal menghubungi Bryan. Android diletakkan ditepi, bunga api sudah dilancarkan. Ada yang bersorak gembira bersama anak-anak dan ada juga pasangan yang duduk diatas bukit menghabiskan masa bersama.

Dia? Masih menanti Bryan. Kemudian android berdering. Pantas Bella menjawab, tak lama selepas itu dia meletakkan kembali android di tepi dan meraup wajah. Dia tidak sedar ada yang memerhatinya.

"Aku tunggu kau tiga jam dan kau boleh batalkan date kita macam itu saja? Aigoo kau ingat aku apa? "Bebelnya sambil mengesat air mata. Dia sudah pun berdiri untuk kembali pulang. Buat apa lagi jadi patung disitu.

Lelaki yang memerhatinya tadi bergerak laju kearah bangku tadi, android Bella tertinggal. Pada masa yang sama, Bella juga menyedari android miliknya tertinggal di bangku tadi.

"Haish, apa nak jadi dengan aku ni, senang sangat cuai." Bebel lagi kemudian pusing kebelakang.

Bella dan lelaki tadi kini bertentang mata. Jantung berdebar menanti apa yang Bella akan kata kan.

"Letak semula, itu saya punya!" Jeritnya marah. Dia terus melulu kearah Kim(lelaki tadi) dan merampas android.

"Ehh bukan, saya cuma--" Kim belum sempat menjelaskan.

"Hidup ni memang sukar tapi apa yang awak lakukan itu tak baik." Bella mula berceramah. Kim terpinga-pinga.

"What? " Seakan tidak percaya dirinya dituduh mencuri pula.

"Haish macam-macam lah orang sekarang, kalau tak ada duit boleh minta secara baik. Pasti ada insan baik hati yang sudi tolong. " Bella berkata perlahan, dompet dibuka dan not $10 dikeluarkan.

"Apa awak cakap? " Dia pasti perempuan ni ada berkata sesuatu.

"Ambil ini dan janji jangan buat lagi. Hari ini hari pertama salji turun, lebih baik kalau awak lakukan perkara yang baik. Perbuatan awak ini jika saya reportkan pada pihak polis, paling kurang awak akan masuk lokap. Tapi macam yang saya cakap, hari pertama salji ni kita sepatutnya lakukan perkara yang baik sahaja. Jadi saya tidak akan laporkan awak pada pihak polis." Bella menghulurkan not $10 kepada Kim.

Kim terlopong. Seumur hidupnya dia tidak pernah rasa terhina seperti ini sekali. Perempuan dihadapannya ini memang sangat melebih.

"Ambil saja, jangan malu malu. Awak patut malu dengan perbuatan tadi." Bella memasukkan duit tadi kedalam poket Kim. Dia senyum dan berlalu pergi. Sekali lagi Kim tidak terkata.

"Hei, nanti dulu." Panggil Kim, dia mengeluarkan duit tadi dan melambaikan.
"Tak apa, sama-sama." Bella menjerit dari jauh.

"Aigoo apahal dengan dia ni, sepatutnya dia berterima kasih pada aku. Aku tak perlukan pun duit ni." Dia menggeleng-gelengkan kepala. Bella sudah hilang dari pandangan. Kim berjalan-jalan disekitar dataran Beverly, ada banyak gerai motor kecil disepanjang dataran.

"Sweet spicy chicken satu set." Ujar Kim pada penjual. Dia menangguk sambil menyediakan hidangan ayam itu. Kim meraba-raba poket.

"Aduh, dompet tinggal dalam kereta. " Dia menepuk dahi, penjual sudah memasukkan ayam kedalam beg kertas. Sos dicurahkan sambil memandang serong pada Kim. Kim tersengih-sengih. Dia baru teringat yang perempuan sewel tadi ada sedekahkan dia duit. Lantas dia menyelupkan tangan kedalam poket baju.

"$8 encik." Kata si penjual ayam. Kim memberi not $10 dan tidak mengambil baki. Penjual tadi berasa malu kerana memandang rendah pada Kim sebentar tadi. Ayam digigit, dia masih berjalan disekitar dataran menuju ke kereta.

Baju seperti ditarik dari bawah. Ada peminta sedekah dibawah. Kelihatan seorang budak lelaki juga dipeluk oleh so ibu, Kim tersentuh tapi dia tiada wang Sekarang, bungkusan ayam diberikan. Mujur dia baru makan satu.

"Terima kasih encik" Ucap peminta sedekah.

*****

Setelah kereta di lock, dia menekan butang naik lif. Tiba juga seorang perempuan dengan shades Dior berwarna rose gold.

Tingg!

Pintu lif terbuka, kedua mereka memasuki lif tersebut. Perempuan itu menekan nombor 20 dan dia menunggu lelaki disebelahnya pula untuk menekan namun sehingga tingkat 10 pun lelaki itu masih berdiam diri.

Perempuan itu membuka shades dan memandang lelaki itu secara teliti.

"Aigoo awak ni bukan ke pencuri tadi?? " perempuan itu ialah Bella. Dan lelaki itu ialah Kim.

Kim hanya menyorotkan mata kearah Bella dan masih berdiam diri. Dia juga tidak menyangka perkara ini akan berlaku.

"Macam mana penghuni Gwang Gold Kondo ialah pencuri android? Saya sangat tak sangka." Ujar Bella sangat terkejut.

"Ceitt" Kim berdengus.

"Ceit?? Wah, itu saja? Betul ke awak tinggal disini? Saya tidak percaya, saya akan call security guard. Entah-entah awak mahu apa-apakan saya. Atau... " Dia berfikir dan menyambung kembali.

"Atau awak masih mahukan android saya? Aigoo awak sungguh nekad! Awak sangat bagus kerana nekad tapi saya rasa alangkah bagus kalau awak gunakan sifat murni itu untuk bekerja--"

Tingg!

Pintu lif dibuka. Kim melangkah ke luar dan berdiri dihadapan pintu kondo.

"Haish saya belum habis cakap, bagitahu saya berapa awak mahukan? "

"Apa maksud awak? "Kim bertanya.

Bella mengelengkan kepala, dia sudah bersedia untuk menghubungi security guard.

"Hello, saya nak maklumkan ada orang asing dikediaman saya--"

"Ya, nombor B2001--"

"Ohh ya boleh saya tahu nama penghuni kediaman sebelah saya? B2002?"

"Baik terima kasih. " Bella meletakkan panggilan.

"Awak tak sepatutnya berdiri disini, saya dengar penghuninya dingin. Baik awak berhenti berlakon sebab sekejab lagi security guard akan datang."

"Apa awak merepek ni? " Kim berasa sedikit marah apabila Bella menyebut dirinya dingin.

"Awak tahu ke siapa nama penghuni rumah ini?" Soalnya dengan lagak.

"Kenal. Sangat." Kim menggelengkan kepala.

"Tepi sikit. " Kim meminta Bella untuk jauh kerana dia akan memasukkan pin number rumah.

"Aigoo sekarang awak nak pecah masuk rumah orang pulak? Awak ni dah hilang akal! "

"Tepi, saya nak masukkan pin number." Kim menolak Bella dan dalam lima saat, pintu rumah terbuka. Pintu lif juga terbuka bersama dua orang security guard.

"Encik Kim" Sapa hormat dari security guard. Kim menggelengkan kepala pada Bella dan menghempas pintu rumah dengan kuat.

Bella terdiam cuba menghadam. Jadi lelaki tadi bukan pencuri? Dan ini ialah rumah dia?

Bella menggaru kepala. Dia tersengih pada security guard tadi.

"Boleh kami tahu mana orang asing yang Cik Bella maksudkan? "

Bella tersengih malu sendirian.

Votes and comments ya 😉💕👉 @koreanfae instagram // 1078 words.

THE FIRST SNOWStories to obsess over. Discover now