Kerana dendam...
Hatinya ditutup dari kebenaran,
Dusta dan khianat menjadi kawan,
Bagaikan perempuan sihir putih di dalam kegelapan,
Disingkirkan sesiapa yang menghalang.
Kerana dendam...
Dirinya dibutakan dengan keinginan yang sementara,
Kebenciannya yg membuak-buak membuatkan dirinya sanggup memakan kawan.
Kerana dendam...
Perbuatannya membawa penyesalan dan kesedihan yang tiada kesudahan,
Tangisan atau raungan sekalipun tidak akan dapat mengubah apa yang sudah dilakukan,
Gema suara itu memanggil dia.
Dendam...
Ah!Sifat itu sangat berbahaya,
Kesilapan pada satu saat membawa duka sepanjang hayat,
Semuanya sudah terlambat,
Dia sudah tidak bernyawa lagi,
Dia tidak akan hidup kembali,
Dia...sudah tiada.
