santau

518 63 1
                                    

Sebagai seorang pemilik sebuah kedai makan, aku sudah ada pengalaman berhadapan dengan santau ataupun orang kampung panggil buatan orang. Santau ni tujuan dia satu je iaitu untuk menjahanamkan perniagaan seseorang yang sedang laris. Selalunya pemilik kedai makan lah yang menjadi mangsa santau ni.

Setakat ni dah tiga kali kedai makan aku terkena ilmu sihir ni. Semuanya jadi ketika perniagaan aku sedang laris. Tak menang tangan pekerja-pekerja aku memasak sebab terlalu ramai pelanggan kat kedai.

Tiap-tiap malam macam tu tapi entah kenapa tiba-tiba satu hari tu kedai makan aku sunyi terus. Nak cari seorang pelanggan pun susah. Boleh kata dalam dua jam tu seorang je pelanggan masuk.

Memang sakit masa tu. Bayangkan sendiri lah dua jam seorang je pelanggan datang. Tu pun dia order makanan biasa-biasa je. Memang takde untung langsung. Aku memang stress time tu. Rasa macam nak tutup kedai pun ada. Nasib baik ayah aku bagi cadangan bernas juga. Dia suruh aku jumpa pengamal perubatan alternatif tanya tentang ni.

Diaorang datang lah siasat kat kedai aku. Diaorang cakap tak rasa apa dalam kedai tapi belakang kedai rasa macam panas sangat. Bukan setakat panas, diaorang juga cakap keliling kedai aku tu dah dikepung oleh satu kegelapan yang sangat dasyat. Oleh sebab itulah takde orang datang kedai aku. Penglihatan mereka dikaburkan oleh sihir yang diletakkan di kedai aku tu.

Diaorang suruh aku check kat belakang kedai dan korek tanah belakang tu. Aku pun pergi lah korek. Nak tahu apa aku jumpa? Amat memeranjatkan bila aku korek tu aku jumpa anak patung yang diikat dengan dawai besi dan kain merah. Seram gila aku time tu. Tengok muka anak patung tu pun aku dah naik gerun.

Kali kedua kedai aku disantau lagi teruk. Kali ni pelanggan datang macam biasa tapi ada seorang pelanggan aku tu datang bagi balik semangkuk mi kuah yang dipesannya. Dia kata ada seekor cacing dalam kuah dia. Aku pun check lah dan memang betul ada cacing dalam tu.

Aku pun suruh pekerja aku masak lagi mi kuah untuk pelanggan aku tu. Sejak-sejak tu, banyak lagi les cacing dalam makanan terjadi. Boleh dikatakan sehari sepuluh orang yang makan kat kedai aku tu complain ada cacing dalam makanan diaorang.

Lama-kelamaan orang pun dah tak datang kedai aku sebab takut ada cacing dalam makanan mereka. Aku sekali lagi panggil pengamal perubatan alternatif yang aku panggil dulu tu. Diorang datang dan terus korek tanah dalam pasu bunga yang aku letak depan kedai.

Diorang macam dah tahu ada benda dalam pasu tu. Memang ada pun. Ada satu botol kecil air mineral yang penuh dengan cacing di dalamnya. Yang lebih hairan, cacing tu semua hidup lagi walaupun botol tu ditutup rapat.

Selepas aku buang botol tu, kedai aku kembali laris seperti biasa. Tiada lagi les cacing dalam makanan. Aku ingat semua dah settel tapi aku silap. kali ketiga lagi teruk aku kena. Kali ni dia tak sihir pelanggan aku, dia sihir aku terus. Aku dan semua pekerja-pekerja aku turut jadi mangsa. Semua sekali terkena sampai kami tak mampu nak buka kedai. Ini menyebabkan kedai makan aku  tu ditutup selama seminggu.

Memang teruk kami kena. Bayangkan badan kami habis jadi kudeh dan gatal sangat, Bila garu habis luka. Pergi klinik doktor bagi krim bila disapu langsung tak baik kudeh tu. Bukan tu saja, setiap malam sebelum lelapkan mata rasa ada orang berdiri depan katil sambil menampar dahi kami. Bila buka mata nampak ada seorang perempuan pakai jubah putih muka hodoh Allah saja yang tau. Muka marah betul sambil kata “padan muka kau”.

Kami semua kena kacau dengan cara yang sama. Kali ni team pengubat alternatif tu datang terus rumah aku. Sejam juga lah diaorang deal dengan makhluk tu. Sampai last sekali diaorang berjaya tangkap dia dan kurung dia dalam botol. Alhamdulillah sejak-sejak tu takde lagi gangguan sampai hari ini.

Tapi apapun aku tak yakin tu gangguan yang terakhir. Ada saja orang yang tak puas hati dengan perniagaan aku. Aku yakin lepasni dia mesti hantar lagi sihir kat aku. Aku tak kisah. lagi mampu aku lawan aku akan lawan sebab makhluk-makhluk ni bukan kuat pun. Akan kalah juga dengan kalam Allah.

voteeeee!!!!

horor?!Where stories live. Discover now