rumah opah

1K 91 5
                                    

tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau meninggal!

Berat sekali hati aku nak balik rumah opah hari ini. Bukan aku tak suka opah tapi aku takut sebenarnya. Banyak dah benda yang jadi masa aku tidur rumah opah. Latest, tahun lepas aku akan ingat benda ni sampai aku mati. Masa tu aku tengah tidur nyenyak dalam bilik lama rumah opah tu. Entah macam mana tiba-tiba aku dengar bunyi orang menangis.

Memang tak masuk akal sebab dalam rumah tu cuma ada aku dan opah saja. Lagipun rumah opah tu kat hujung kampung. Takkan ada orang nak pergi tengah-tengah malam macam tu. tapi nasib baik lah aku dengar 'dia' menangis je. Alhamdulillah walaupun aku kena kacau tapi aku tak pernah nampak rupa 'dia'.

Sejak aku kena kacau tu aku dah tak berani nak pergi rumah opah tapi hari ni aku kena pergi. Mak kena attend dinner reunion ex-students sekolah dia. Bukan setakat dinner sampai sewa hotel untuk bermalam. Jadi, mahu atau tidak aku terpaksalah tidur kat rumah opah sebab mak tak bagi aku duduk seorang diri kat rumah.

" Cepatlah sikit. Mak dah lewat ni."

Mak dah mula bebel sebab aku lambat siap. Aku sengaja melambat-lambatkan masa sebagai tanda protes tak mahu tidur rumah nenek namun mak bukan jenis layan protes aku. Dia buat tak kisah je kat aku. Dia tak percaya pun apa yang aku cerita kat dia tentang kejadian yang berlaku di rumah opah dulu tu.

Mak terus membawaku ke rumah opah menaiki Nissan Grand Livina nya. Laju sekali dia pandu, mungkin dia dah lewat agaknya. Kami sampai di rumah opah lebih kurang jam 6 petang. Mak tak naik rumah opah, dia terus pergi dinner kerana dia dah lewat katanya. Keadaan rumah opah macam biasa. Diulit sepi beserta dingin malam yang bakal menambahkan lagi rasa seram bulu romaku.

Opah memang jenis tidur awal. Aku hanya sempat berbual dengan opah sekejap sahaja. Pukul 9 opah dah masuk tidur. Tinggallah aku seorang. Aku memang tak berani lah duduk sorang-sorang kat ruang tamu tengok tv. Ruang tamu rumah opah tu scary. Ditambah pula dengan keadaan sunyi malam. Aku mengambil keputusan untuk duduk dalam bilik.

Walaupun masih awal, aku cuba lelapkan mata sebab aku tahu kalau tidur lewat ada saja benda nak kacau aku japgi. Jadi, sebelum dia kacau baik aku tidur. namun, nasib tidak sesekali menyebelahiku. Aku tak dapat melelapkan mataku sedikitpun. Mungkin sebab terlalu awal sebab dekat rumah aku mana pernah tidur masa ni.

Agak seram jugalah dalam bilik seorang diri bertemankan bunyi sepoi angin malam. Untuk kurangkan takut aku itu, aku main phone aje lah. Belek twitter, instagram, fb dan macam-macam lagi media sosial. Aku bernasib baik walaupun rumah opah di hujung kampung, line internet tetap ada.

Nasib tak menyebelahi aku juga. Tiba-tiba je aku rasa nak terkencing. Sudah. Kena keluar bilik untuk ke tandas. Tandas dah lah paling jauh dari bilik. Tapi nak buat macam mana. Aku dah tak boleh tahan nak kencing. terpaksa beranikan diri. Aku pun jalan lah selamba je ke bilik air. So far so good. tak rasa apa-apa yang ikut.

Namun, langkahku tiba-tiba terhenti di bahagian dapur. Tandas tu dah kat dapur dah. Sikit lagi je nak sampai tapi aku terhenti sebab nampak something yang tak masuk akal. Tahu apa aku nampak?

Aku nampak opah duduk mencangkung atas meja makan sambil meratah sisa-sisa makanan yang ada atas meja makan itu dengan lahap. Kalau makan elok macam manusia aku tak kisah tapi opah makan dengan gaya binatang. Sebijik macam binatang opah makan. Aku tak rasa takut sebab aku tahu tu opah walaupun hanya nampak sipi-sipi sebab gelap masa tu. Lampu dapur opah tutup sebelum dia tidur.

" Opah buat apa kat sini?"

Aku pun tegurlah dah tahu dia opah aku. Tapi aku silap. Silap besar pergi tegur dia. Sebaik saja aku tegur dia terus paling muka ke arah aku. Muka dia hodoh sangat. Allah saja yang tahu. Darah penuh kat muka dia. Rambutnya pula kusut masai bukan macam opah. Aku baru sedar yang tu bukan opah aku. Aku pun apa lagi, hilang terus rasa nak kencing. Terus aku lari balik ke bilik. Aku rasa seram sejuk. Mungkin sebab terlalu takut.

Aku sangka dengan menunjukkan rupanya kepadaku dia tak ganggu aku lagi, tapi aku silap. Aku dah lock rapat pintu bilik, tarik selimuat tutup muka dengan harapan dapatlah lelapkan mata. Namun, belum sempat aku lelapkan mata, aku dengar pintu aku diketuk. Aku yakin bukan opah sebab kuat betul dia ketuk. Dah macam ah long datang minta hutang. Aku buat tak tahu je dan terus tutup mata. Lima minit macam tu dia tak ketuk lagi pintu aku.

Dah stop ketuk pintu, tingkap pulak dia cakar. Takut gila aku dengar bunyi cakaran tu. Korang bayangkan guna pisau hiris cermin tingkap korang. Macam tulah bunyinya. Lama juga bunyi tingkap tu dicakar. Aku makin tak sedap hati. Aku terus dan terus baca ayat kursi dan berdoa supaya aku selamat daripada gangguan jin ini.

Aku terlena dalam ketakutan. Sebaik saja aku sedar, mak dah ada kat rumah opah datang ambil aku. Hairan juga akau sebab mak datang ambil aku awal padahal dia kata kelmarin nak datang ambil aku petang. Aku tanya lah mak, dia cakap tak sedap hati. Dia terus bawa aku balik rumah. Aku tanya kenapa dia tak sedap hati, dia langsung tak jawab. Aku pun tak bagitahu mak apa yang aku nampak semalam sebab mak bukannya nak percaya pun.

huh dah baca jangan lupa vote.

ingat sebelum tidur baca doa

follow me for more...

horor?!Where stories live. Discover now