Royals 63

30.1K 2K 77
                                    

Lyssa menolak pintu biliknya yang tidak tertutup dan tidak berkunci. Dia terus mengatur langkah ke arah katil. Wajah si kecil dipandang redup. Sejuk je hati tengok bayi tidur. Nak marah pun belum tentu sampai hajat nak marah tu. Mata yang bulat milik Haydar memandang Lyssa lalu terketawa sendiri.

"Dah bangun rupanya dia." Tegur Luthfi.

Luthfi terus mendukung Haydar. Haydar pula nampak selesa dengan Luthfi. Tak nangis pun. Bila dengan Nathra, mahu melalak budak tu.

"Eh biar saya dukung lah. Awak kan tetamu." Ujar Lyssa.

"Tak apa." Ujar Luthfi.

"Jomlah kita turun." Ajak Luthfi lagi.

Lyssa mengangguk. Wah, happy family!

Sampai saja di hall besar istana, mereka berdua terus menuju ke arah meja yang diduduki Nathra. Lyssa terkaku tatkala terpandang kakaknya yang sedang berbual dengan Nathra.

"Kenapa ni?" Soal Luthfi.

"Kakak saya..." Jawab Lyssa.

Kakinya seperti digam.

"Jomlah." Luthfi memegang tangan Lyssa.

Lyssa hanya menurut.

"Bila akak sampai?" Soal Lyssa lalu menyalam tangan Lynna.

"Baru je." Jawab Lynna.

"Akak datang dengan siapa?" Soal Lyssa lagi.

"Doktor Izz."

"Wah, doktor tu datang?! Mana?! Mana?!" Soal Nathra lalu matang terus tercari-cari Encik Izz atau lebih dikenali sebagai Doktor Izz.

"EHEMMMM!!!" Nashran berehem.

Ops!

"Eh akak macam ada apa-apa je dengan doktor tu?" Usik Nathra.

"Tak de lah. Doktor dengan pesakit je." Jawab Lynna.

"Ye je?" Usik Nathra lagi.

"Hai korang!" Tegur Farra dan Iris di belakang Nathra.

"Farish dengan Iqram mana?" Soal Nashran sambil menjamah buah strawberi bersalut coklat.

"Kita orang malas nak layan gay dua ekor tu. Diorang ajak kita orang menari. Tapi kita orang tak nak. Lepastu, dia orang pergi joget berdua." Jelas Iris lalu menggeleng kepala.

"Kita orang pun blah lah." Sambung Farra.

"What the.. lelaki menari dengan lelaki?" Soal Nashran sambil mengunyah strawberi.

"Ya!"

Terus tersembur kunyahan strawberi dari mulut Nashran.

"Nah air ni." Nathra terus menghulurkan segelas air mineral sejuk.

"Mana?!" Soal Luthfi.

"Tuuuuuuu.."

"Astaghfirullah." Terus mengucap Nashran dan Luthfi.

"Haydar, tengok tu uncle-uncle awak." Kata Luthfi kepada Haydar.

"Kejap ya. Makin lama dibiarkan, makin menjadi-jadi dua ekor ni." Kata Nashran lalu bingkas dari kerusinya.

Nashran berjalan ke arah Iqram dan Farish lalu menarik telinga mereka.

"Meh sini ikut aku." Kata Nashran sambil tangannya tidak lepas dari memiat telinga mereka.

Sampai saja di meja, tugas memiat telinga di ambil alih oleh Farra dan Iris pula.

"Awww sakit."

"Sakit..sakit..sakitlah!"

"Haa padan muka!" Kata Iris lalu melepaskan telinga Iqram.

Begitu juga Farra.

Maka, bertikam lidah lah mereka berempat.







Vote kalau suka. Comment anything. And keep following 6 Royals till ending ok?😉 Syira akan cuba ending kan dia secepat mungkin. Huhuuuu.. Bye!

6 RoyalsWhere stories live. Discover now