Tick Tock Tick tock
Masa dirasanya seakan tidak berganjak. Sudah jenuh telinganya mendengar bait bait kata yang keluar dari mulut Pn. Hafizah,guru kimianya.
Matanya pun seolah-olah mengerti,semakin lama makin kuyu. Ah ! Inilah akibatnya jika lewat tidur malam semalam .
"Bilalah masa Kimia nak habis ni?" , monologku di dalam hati.
"Kringggg!" Bunyi loceng yang dinanti nanti sudah kedengaran. Tanda sesi persekolahan pagi telahpun selesai. Cepat-cepat aku kemaskan barang kalau tidak, mahu beleber kawan baik aku ni.
Kawan baik aku ni namanya Siti Stella. Unikkan nama dia? Seunik lah dengan tuan empunya badan yang mulut becok.
Fikiranku melayang seketika teringat ketika kami mula berkenalan.
Stella ialah orang pertama yang menegur aku. Ketika itu aku hanya duduk bersendirian , maklumlah budak baru . Bermula dari situlah persahabatan kami terjalin hingga sekarang.
"Shara ! Jomlah balik ke kau nak tercegat jer kat situ ?",Stella melaung kepada aku.
Alamak,nenek kebayan dah marah. Aku segera menghampirinya sambil tersengih sengih.
"Janganlah marah marah. Nanti cepat tua",kataku kepada Stella. Dia cuma menjeling ke arah ku.
"Jomlah. Hari ni lauk nasi beriani lah . Aku tengah lapar ni. Tengoklah kalau lauk habis,kau yang aku ngap nanti",Stella memberi amaran kepada aku.
Aku terpaksa melajukan langkah ku untuk menyaingi Stella. Tuah badanlah kaki aku ni pendek kalau nak dibandingkan dengan Stella.
*******************************
YOU ARE READING
M . I . A
ActionDua tahun berlalu setelah peristiwa hitam yang menjadi igauan Shara. Dia telah berpindah ke sekolah yang baharu dengan harapan untuk permulaan baharu. Tiada siapa menyangka ada kisah tersembunyi di sebalik seorang budak baru yang 'socially awkward'...
