Part 1

489 7 0
                                        


Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

           "Mak, Dhia pergi dulu ye," kedengaran suara gadis yang ayu berbaju kurung dengan selendang yang dililit di kepalanya. Mak cik Rosmah yang sedang khusyuk menjahit pakaian yang ditempah oleh pelanggannya itu memberhentikan kerjanya. Matanya memandang ke arah anak sulungnya yang sedang menyandang beg sekolah untuk pergi ke kelas tambahan.

"Hati-hati Dhia, bawak basikal tu elok-elok lepas kelas tambahan balik rumah terus ye," ujar Mak cik Rosmah sambil melihat anaknya menuruni tangga usang rumahnya.

"Ya Mak, lepas kelas nanti Dhia terus balik rumah. Assalamualaikum," balas Dhia sebelum mengayuh basikalnya untuk ke sekolah yang terletak agak jauh dari rumah mereka.

"Waalaikummusalam," Mak Cik Rosmah menjawab salam dengan perasaan yang sebak apabila melihat anaknya bersusah payah pergi ke sekolah dengan basikal tua peninggalan arwah suaminya.Dia hanya bekerja mengambil upah menjahit baju dan menjual nasi lemak di pagi hari untuk menyara hidup mereka tiga beranak.Semenjak pemergiaan arwah suaminya 3 tahun yang lalu kerana kemalangan jalan raya sudah pasti hidup mereka sekeluarga tidak sesusah ini tetapi dia masih bersyukur kerana selama 3 tahun ini dia masih mampu memberi makan,minum dan pelajaran kepada anak-anaknya. Dia tidak mahu bergantung harap kepada orang lain selagi dia masih bernyawa dia tidak anak membiarkan anak-anaknya kebuluran.

Anak-anaknya iaitu Dhia Mirza dan Ahmad Firdaus masih dapat meneruskan pelajaran mereka. Dia tidak ingin melihat anak-anaknya tercicir dalam pelajaran mereka kerana dia ingin melihat anak-anaknya menjadi seorang yang berjaya dalam hidup mereka.Supaya apabila mereka besar kelak mereka dapat menjadi orang yang berguna bukannya menyusahkan orang lain.

Tetapi hati seorang ibu berasa kasihan apabila dia melihat anak gadisnya yang menginjak usia remaja terpaksa hidup susah sedangkan anak seusia mereka dapat memiliki apa yang diingini. Dia faham pasti Dhia juga ingin memiliki apa yang kawan-kawannya miliki. Tapi apakan daya sebagai ibu dia tidak mampu untuk memenuhi keperluan anak-anaknya walaupun Dhia tidak pernah sekalipun merungut atau mengeluh dengan kekurangan keluarga mereka. Dhia merupakan seorang anak yang baik dan mendengar kata. Dia bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Apabila Dhia tiba di hadapan pekarangan sekolahnya, hatinya dibuai rasa gelisah apabila melihat tidak ada seorang pun rakan-rakan sekelasnya. Selalu apabila ada kelas tambahan malam yang dibuat oleh Cikgu Fatimah pasti berduyung-duyung rakan sekelasnya datang kerana Cikgu Fatimah terkenal dengan sikapnya yang tegas dan garang orangnya. Maklumlah Cikgu Fatimah merupakan guru displin sekolah mereka.

Tanpa membuang masa Dhia menghampiri pondok keselamatan yang terletak di sebelah pagar sekolahnya apabila terlihat Pak Mat iaitu pegawal keselamatan di sekolahnya.

"Assalamualaikum Pak Mat, kenapa saya tengok sunyi semacam je sekolah malam ni. Bukan ke malam ni Cikgu Fatimah buat kelas tambahan kan?" tanya Dhia kepada Pak Mat. Pak Mat merupakan sahabat baik kepada arwah ayahnya sebab itu Dhia tidak kekok bertanya kepada Pak Mat.

My Girl, My LoveBağımlısı olacağınız hikayeler. Şimdi keşfedin