Bab 4 : Jawapan Kepada Jawapan

43 1 0
                                    

Ahad, 9-8-1998, 9.05 malam.

Hafiz memberhentikan keretanya betul-betul ditepi sebuah hotel tumpangan lama di kawasan sekitar Chow Kit. Yusuf meninjau-ninjau keadaan diluar, kemudian kembali memandang ke arah Hafiz. Yusuf menunjukkan tanda bagus kepada Hafiz menandakan inilah destinasi yang tepat.

"Aku tak berapa cam bangunan ni. Kali terakhir aku ke sini semasa P Ramlee mula mengarah filem pertama dia, Penarek Becha. Haha. Jadi agak tak cam." Kata Yusuf.

Gerak laku Yusuf benar-benar membingungkan Hafiz dan Sara. Walaupun mereka boleh melabelkan Yusuf itu sebagai orang gila, namun mereka tetap memberi peluang kepada Yusuf untuk memberikan mereka satu jawapan kepada Hafiz.

Siapakah Hafiz sebenarnya?

Tambahan, cerita-cerita Yusuf mengenai keluarga Sara amat menyakinkan. Tiada siapa yang mampu membuatkan Sara menitiskan air mata sebegitu.

"Yusuf. Sekejap." Kata Hafiz sambil memegang tangan Yusuf. "Apa jaminan kami akan sentiasa selamat dengan kau?" Tambah Hafiz.

Yusuf memanjangkan senyumannya. Dia keluar dari kereta dan menepuk bumbung kereta itu menandakan ajakannya untuk memanggil Hafiz dan Sara keluar dari kereta. Namun mereka tetap tidak keluar.

"Okay-okay. Kau nak jaminan macam mana Fiz? Korang berdua tak akan apa-apa dengan aku." Kata Yusuf.

Hafiz memandang Sara yang berada di tempat duduk belakang. Sara senyum sedikit, tanda Yusuf patut diberi peluang. Sebelum keluar dari kereta, Sara sempat membetulkan ikatan rambutnya. Peluang yang diberi kepada Yusuf lain tak bukan kerana cerita yang begitu meyakinkan. 

"So Fiz? Dah lewat ni. Sara pun okay, dah keluar. Kau? Aku tak banyak masa ni." Pujuk Yusuf. Gelapnya langit tidak mematikan Kuala Lumpur yang sentiasa hidup dengan lampu-lampu.

"Baiklah. Tapi, jika berlaku apa-apa terhadap kami, terutamanya Sara, aku janji aku tak akan lepaskan kau." Balas Hafiz yang bersetuju untuk mengikut Yusuf.

Yusuf, Hafiz dan Sara menuju masuk ke lobi utama hotel tumpangan itu. Hafiz menjangkakan bahawa Yusuf akan menempah sebuah bilik untuk mereka bermalam pada malam ini namun jangkaannya meleset. Yusuf terus berjalan ke belakang lobi melepasi beberapa bilik di aras bawah sehingga ke sebuah pintu belakang.

"Ikut sahaja." Kata Yusuf.

Mereka kemudian keluar dari banggunan itu dan menaiki tangga berpusing di bahagian belakang bangunan sehingga ke tingkat 3. Keadaan di lorong belakang gelap. Hanya ada beberapa punca cahaya dari hujung lorong. Mereka masuk ke sebuah pintu di hujung tangga tingkat itu dan kemudian Yusuf membuka sebuah lagi pintu di kanan mereka. Mereka tiba di sebuah bilik kosong. Yang ada hanya meja dan 12 buah kerusi. Dindingnya putih. Lantai kayu berwarna gelap.

"Masuk." Yusuf mempelawa.

Yusuf mengunci semula pintu itu dan meletakkan topinya di atas meja.

"Yang ini susah sikit." Kata Yusuf sambil menarik sebuah kerusi ke belakang.

Dia kemudiannya merangkak masuk ke bawah meja. Hafiz dan Sara pelik dengan kelakukan Yusuf. Mereka hanya berdiri sahaja di situ. Dengan perlahan-lahan Sara menggenggam tangan Hafiz. Yusuf ialah seorang lelaki yang meyakinkan buat Sara, namun dia masih mempunyai sedikit rasa risau - mengikuti lelaki yang tidak dikenali di kota Kuala Lumpur.

"Okay jom. Tunggu lagi? Di bawah ini ada jawapan yang mungkin boleh membantu kau untuk ke orang yang kau nak jumpa." Kata Yusuf sambil mengeluarkan kepalanya dari bawah meja. Hafiz dan Sara memandang ke arah satu sama lain sebelum Hafiz mengikuti Yusuf merangkak ke bawah meja itu.

Di bawah meja itu terdapat sebuah laluan untuk turun ke bilik bawah.

" Okay, Hafiz dan Sara. Ini ialah bilik kajian aku."

Bilik yang penuh gambar-gambar, peta, garis-garis masa yang menggunakan benang dan beribu helainan kertas bertimbun. Terdapat juga gambar Hafiz semasa bersekolah dahulu.

"Apa ni semua Yusuf? Siapa kau sebenarnya?" Tanya Hafiz meneliti satu demi satu gambar dan tampalan-tampalan lain di dalam bilik itu.

"Macam aku cakap siang tadi. Aku ni pengembara Hafiz. Ni lah semua mengenai pengembaraan aku. Dan setiap pengembaraan aku ada melibatkan kau." Jawab Yusuf. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sebuah kerusi.

"Ini ayah. Kan?" Tanya Sara sambil membelek sebuah gambar yang ditampal di sebuah dinding.

"Itu Zainal. Ya. Ayah kau Sara." Balas Yusuf.

"Jadi? Apa jawapannya. Dimana dalam gambar ini ayah..err..orang yang aku tunggu?" Hafiz mula mencari jawapan yang ada di dalam bilik ini.

"Gambar ayah kau tak ada dalam ni. Kalau itu yang kau cari."

"Eh Yusuf! Aku tak mahu main-mainlah. Aku dah datang sejauh ni!"

"Sabar Fiz. Kau dengar cakap aku. Aku ni pengembara masa! Aku mengembara melalui masa! Aku tak tahu kau nak percaya atau tidak, tapi.."

"Aku dah agak kau gila Yusuf. Sekarang kau kata, kau dari entah mana-mana?"

"Terpulang Fiz. Terpulang kau nak percaya atau tak. Tapi tulah hakikat. Aku tak minta semua ni, tapi inilah tugas aku. Masa memilih aku. Dan aku masih mencari jawapan mengenai semua ini dan cara membetulkannya."

Sedang mereka bertelagah mengenai hakikat dan realiti, lampu di dalam bilik itu mula berkelip-kelip. Meja mula bergetar-getar. Angin mula masuk dari laluan tadi dengan kuat.

"Hafiz, Sara. Aku dah tak banyak masa. Malam ini kau bermalam di sini. Esok pagi kau keluar dan balik ke Taiping. Ambil kunci ni dan letak semula di dalam lubang tikus di luar pintu tangga tu semasa kau orang keluar. Mungkin antara kita memerlukannya nanti." Yusuf tenang menceritakan apa yang perlu mereka lakukan.

"Okay, yang akhir, aku nak kau jumpa aku di Bukit Merah Resort sekitar Januari 1999. Aku pernah jumpa kau di sana Hafiz. Mereka juga ada di sana semasa tu. Maksud aku orang yang kau tunggu. Jumpa nanti!"

Dalam sekelip mata Yusuf hilang dari pandangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam sekelip mata Yusuf hilang dari pandangan. Keadaan di dalam bilik kembali normal.

Sara melepaskan genggaman tangannya dari Hafiz.

"Jadi apa sekarang Fiz?" Tanya Sara.

"Untuk masa sekarang kita tiada pilihan melainkan mengikut apa dia cakap. 4 bulan dari sekarang kita ke Bukit Merah. Aku perlukan jawapan."

Dunia Antara 2 DuniaWhere stories live. Discover now