Aku melihat tempat dia rakanku. Aik kata dah sampai. Tak nampak pun. Aku beralih ke hadapan. Haqiem duduk di meja di hadapanku sambil memakai bluetooth headphone.

"Woi Qiem" aku hanya sekadar menampar bahunya. Tapi Haqiem ni bengong. Aih.

Akhirnya aku menendang kerusi. Dia berpaling.

"Asal kau Elen?" Soalnya.

"Aku duk tampar-tampar kau tak rasa ke. Ke reseptor deria dah mati" geramku.

"Ouh ye eh? Asal?"

"Dee ngan Ad mana?" Soalku.

"Keluar. Ouh ya geng ponti tu prank Ad. Mengamuk Ad tadi" terang Haqiem.

"Oh ok" balasku.

Beberapa minit kemudian Dee dan Adrinne masuk ke dalam kelas.

Adrinne duduk di tempatnya. Begnya dihempas.

Dalam hatinya dari tadi dia menyumpah si Delinna itu.

'Jaga la kau Del. Mampus kau rehat nanti'.

Selepas itu guru mata pelajaran Kimia mereka masuk.

SKIP

Kringgg

6 Bravo

"Fuh gila la si Del tu" tutur Nureen yang sedang mengemas bukunya untuk keluar rehat.

"Asal?" Soal kawannya.

"Wait Del kelas 6D tu ke?" Tambahnya.

Nureen mengangguk.

Kebetulan waktu itu mereka terlihat Dee,Adrinne dan Elena berjalan melepasi kelas 6 Bravo.

"Weyh weyh. Jom tengok" ajak Nureen.

Adrinne,Dee dan Elena melangkah ke kelas 6 Delta. Dee dan Elena masing-masing bersandar pada pintu.

Pelajar dalam kelas itu mula gerun. Ye la sudah mengapa pula 3 pelajar hot ini menapak ke kelas mereka ini.

Delinna menelan liurnya.

"Hai Del" kata Dee.

"Best Del kenakan aku" suara Adrinne mendatar. Dia sudah mula panas.

"Hai Del kau cari pasal betul la. Balik ni meet kitaorang. K bye. Jom Ad kita rehat" Dee menarik lengan Adrinne lalu ke FH.

FH

Shah,Haqiem dan Izz duduk di meja bulat yang memuatkan enam orang satu meja.

"Mana budak tiga orang tu?" Soal Shah.

"Jumpa Del la kot" jawab Haqiem selamba.

"Hah" Shah terkejut. Hampir sahaja terkeluar macaroni di dalam mulutnya itu.

"Weyh aku nak tanya?" Soal Izz

"Hah apa dia?"

"Si Ad tu gengster sekolah ke apa?" Soal Izz.

Habis terabur gelak Shah dan Haqiem.

Izz geram. Haih.

"Woi korang gelak ni asal?" Soal Izz.

"Ad tu kau nak kata gengster sekolah? Hahahahahh. Lawak lawak" kata Haqiem.

"Aku rasa Ad tu lagi bahaya daripada mana-mana group gengster dekat sekolah ni" kata Shah. Gelaknya masih bersisa.

"Asal?" Soal Izz.

"Sekali kau cari pasal selama-lamanya nama kau tu tersemat dekat hati dia tahu. As example kejadian dekat Starbucks haritu. Kau ingat senang-senang dia nak lupakan. Memang tak ah. Tengok ah sekali pun still dia baran dengan kau. Tu baru kau dalam sekolah ni dah berapa ramai dah kena dengan si Ad,Dee dengan Elena tu" terang Shah.

"Awek aku pun" kata Haqiem

"Siapa Nana tu ke? Dia buat apa?" Soal Izz.

"Ala Nana ngan Ad tu budak-budak hotwattys"

"Hah? Hotwattys. Apa tu?" Soal Izz. Adoii Izz ni memang banyak tanya.

"Wattfam. Apa nama app tu? Hah wattpad. Dee pun budak wattpad juga" jawab Haqiem.

"Huh. Tak pernah dengar pun. Ni mesti gred dak-dak bawah ni main" kata Izz.

Shah dan Haqiem sudah mengembungkan pipi mereka tanda menahan ketawa mereka daripada terlepas.

"Korang dah kenapa macam tu?" Soal Izz.

Shah mengangkat jari telunjuknya lalu ditala je arah Izz.

"Kenapa?" Soal Izz. Dia berpaling. Kelihatan Adrinne dibelakangnya dengan muka panas.

"Pikir jadi instafam bagus sangat la. Sampai semua orang kenal" hambur Adrinne sambil jalan melintasi mereka. Elena menemani Adrinne mengambil makanan manakala Dee duduk di sebelah idolanya.

"Dah kenapa minah tu?" Soal Izz sendiri.

"Ala biasalah Ad. Memang macam tu" celah Dee.

"Eh eh kau Dee. Kawan kau juga" kata Shah.

"Eh Izz. By the way kenapa pindah sini?" Soal Dee.

Gadis itu teramat la ingin tahu mengapa jejaka famous ini pulang dan bersekolah di Malaysia.

"Ya. Dah my dad nak tukar angin. Ikut je la" balas Izz.

"Ouh. Ta—"

"WOI MINAH"

Suara sergahan itu membatalkan niat Dee untuk menyambung percakapannya. Mereka berempat berpaling. Kelihatan ruang tengah FH dikerumuni ramai pelajar.

TBC

Instafamous VS Wattfamous✔Where stories live. Discover now