BAB 61|AFTER FIVE YEAR

2.1K 71 5
                                    

"Mama , tengok Abang Faiz dengan Fawwaz buli Lia " adu Emillia kepada Qayra .

Qayra yang sedang membaca majalah terus sahaja mendapatkan anaknya itu .

"Abang Faiz dengan Abang Fawwaz tak nak ajak Lia main Clash Of Clan sama-sama kat iPad walid " Emillia memuncungkan mulutnya .

Zahirul yang baru sahaja siap mandi terus duduk di sebelah isterinya.

Qayra hanya tersenyum apabila Zahirul memeluknya dari sisi .

"Kenapa anak walid ni ?"

Emillia terus memeluk Zahirul kerana Zahirul lebih manja dengannya berbanding Qayra yang agak tegas itu .

Emillia terus menceritakan perangai kembarnya itu . Zahirul hanya tergelak mendegar aduan daripada anak perempuannya . Dia mengangkat Emillia ke atas ribanya dan mengelus lembut rambut ikal mayang perang milik anaknya . Qayra hanya melihat Zahirul memujuk anaknya itu .

"Lia , abang Lia tu lelaki . Permainan tu lebih sesuai dekat laki . Lia kan perempuan . Lia jangan jadi macam mama Lia tu main game lawan-lawan tapi dia kat realiti lembut macam kapas " usik Zahirul . Qayra membulatkan mata kepada suaminya agar tidak membocorkan rahsianya.

"Yeke walid ? Wahhh tak sangka mama main game sebab mama garang ." Balas Emillia dengan selamba . Makin sakan gelak Zahirul .

"Ye sayang.  Mama main game . Sampai sekarang tapi game mama tu semua orang main . Boleh kahwin-kahwin lagi tau " sampuk Qayra .

"Yeke mama ? Mama kahwin dengan siapa?"

"Mama kahwin dengan walid lah sebab walid pun sama je main game tapi dia tak adil sebab bila dah level pro dia suruh kawan dia main" cerita Qayra bersungguh-sunguh.

"Ohh . Mama pro tak dalam game tu ?" Tanya Emillia .

"Mama Lia ni pro tau . Pernah top 1 dalam game tu . Kalah walid . Tapi sekejap jelah dia top 1 lepastu no 2 balik sebab walid selalu pintas dia" jawab Zahirul dengan bangga .

Qayra mencebik kerana geram .

Tingtong…

"Eh abang , siapa datang ?" Tanya Qayra .

"Ya Allah abang lupa lah sayang ,  Rayyan dengan Najihah datang . Sebab nak minta tips mengandung dari sayang . Kalau tak silap abang Omar dengan Nurin pun datang kut tapi tak tahulah sebab anak kecil lagi ." Balas Zahirul . Qayra terus berlari ke biliknya kerana mahu memakai tudung .

"Sayang ! Hati-hati ! sayang tu mengandung 3 bulan dah tau ." Jerit Zahirul.

"Yeee" Qayra menjerit dari tangga .

Zahirul terus membuka pintu dan membenarkan semua tetamunya masuk .

"Mana bini kau ?" Tanya Omar yang sedang mendukung Nur Irdina Husna yang baru sahaja berusia 2 tahun .

"Sekejap lagi ada " balas Zahirul .

"Asalammualaikum" tegur Qayra sambil membawa air Fresh Orange .

"Waalaikumussalam Mak Buyung 3 Bulan" balas Najihah.

"Eh ingat sikit kau tu mak buyung 8 bulan" selar Nurin .

Najihah hanya tersenyum . Dia baru sahaja pulang dari Jepun kerana mahu bersalin di Malaysia  . Alang-alang tu dia mahu berjumpa dengan Nurin untuk mendapatkan tips bersalin .

"Faiq berapa bulan ?" Tanya Zahirul kepada Omar.

"3 bulan baru " balas Omar . Dia menatap wajah anak keduanya yang diberi nama Muhammad Nur Faiq  . Nurin mendukungnya menepuk-nepuk lembut punggung Faiq .

----------------------

Malam…

"Sayang , terima kasih sebab menjadikan cerita cinta Zahirul Arsyad ni menjadi kenyatan" kata Zahirul dengan ikhlas .

"Sama-sama . Terima kasih juga sebab merealisasikan cinta seorang Gamer Girl "balas Qayra pula . Dia mengiring menghadap suaminya .

"Terima kasih sebab sudi mengandungkan zuriat kita"

"Sama-sama kasih . Ucapan terima kasih adalah tanda kita menghargai seseorang kan ?" Kata Qayra pula .

"Ye. "

"So nya , terima kasih sebab sentiasa menghargai Qayra dan anak-anak . You are the best , abang . Qayra sayang abang " balas Qayra sambil mengucup pipi Zahirul .

"Sama-sama . Insya-Allah kita akan sentiasa bahagia.  Abang berjanji selagi abang bernafas , abang akan cuba bahagiakan sayang"

Qayra tersenyum bahagia

'Terima kasih , Ya Allah' getus Qayra .

TAMAT.

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA FOLLOWER SAYA YANG SUDI MEMBACA CERITA SAYA . ALHAMDULILAH SAMPAI DI SINI CERITA SAYA . INSYA-ALLAH ADA CERITA LAIN SAYA AKAN BUAT . WAIT FOR MY UPDATES 💕

Terima kasih Syarraz, zoharohmustaffa,omar_hamizan sbb sokmo support my novel 💕

Love Story-A Gamer Girl ✔Where stories live. Discover now