19. Hari pertama pesta

Start from the beginning
                                    

"Selagi darahlah Sconne" jawab salah seorang pelanggan yang juga merangkap peminat Sconne. "Kalau Sconne sudi, saya nak minum darah Sconne"

Sconne tersenyum. Namun dalam hatinya gerun. Kalau seorang tak pe lagi. Kalau yang lain menuntut benda yang sama, mati kekeringanlah jawabnya.

"Lee Lee, rehat!" Sconne menanggalkan apronnya dan berlari pergi. Dia perlu selamatkan diri.

Qui Lee mengeluh lagi, sudah kali ke berapa si Sconne rehat. Nasib baiklah kehadiran Sconne lebih kepada promosi.

****

"Biar aku teka, kalau tengahari macam ni, ada vampire kejar kau" Teka Marvin. Sconne mengerut dahinya, hairan bagaimana Marvin tahu.

"Kalau pagi, aku percaya duyung nak angkut kau masuk tasik." Tambah Marviel, Sconne mengangguk mengiyakan kata-katanya. Bukan dia tak tahu, dia pun lalui benda yang sama. Cuma Sconne mangsa yang senang nak didekati semua. "Malam nanti werewolf pula kejar kau"

"Tak aci. Asyik aku je jadi mangsa."

"Apa boleh buat, kau antara jejaka tampan yang senang nak makan umpan." Kembar Cornerludge sepakat mengetawakan Sconne. Sconne memeluk tubuhnya.

"Baik aku kawan dengan Dan je"

"Pergilah cari Dan. Dan melepak dengan Snivel, kau kan suka sangat dekat Snivel tu" balas Marviel dengan sarkastik. Sememangnya Daniel dengan Snivel tidak dapat dipisahkan buat sementara waktu bagi sepanjang Pesta Kemuncak Bulan Purnama.

Meremang bulu roma Sconne. Ish, dahlah budak hybrid tu boleh keluar taring sekarang ni. Kot nya kena denda, habis darah segelen. Minta-minta tak terjumpa kat mana-mana pelosok Akademi pun.

"Korang tak de aktiviti ke?"

"Esok baru syif kitorang jaga rumah hantu."

"Pelik, dah tengok hantu betul. Nak takut apa lagi" komen Sconne ringkas. Semua pelajar di akedemi pasti telah berjumpa dengan hantu-hantu Akedemi. Sudah tiada apa yang nak digerunkan, pasti jika ditanya benda yang paling menggerunkan di akedemi jawapannya Snivel.

"Siapa cakap rumah hantu versi kuno tu" jerkah Marviel. "Ni rumah hantu versi American's top model. Barisan hantu-hantu yang tampan, jelita buat adengan semula era dahulu kala dengan gaya negara yang tersendiri"

Ketawa sendiri Marviel mengingatkan beberapa shaman yang berusaha mencari hantu yang sedap mata memandang. Marvin yang turut serta ketawa.

Sconne memandang pelik. Tak dapat dibayangkan dia patut singgah ke rumah hantu tersebut. Ada jelitawan, jadi tak rugilah kiranya.

"Kau dah dapat jawapan teka-teki Dan?" Soal Sconne setelah minum posyen yang dibuatnya. Baki posyen itu diserahkan kepada kembar Cornerludge.

Masa-masa seperti ini, harusnya minum posyen ni. Biasalah bila deria semulajadi pelajar dilepaskan, ada sahaja orang yang mencuri dengar perbualan mereka terutamanya peminat-peminat. Biarlah apa yang dipedengaran mereka ada gurauan palsu hasil posyen.

"Tak" Bangga sahaja Marvin menjawabnya. "Kami dah beberapa kali berusaha mengikut si Justin, asyik-asyik kantoi."

"Aku rasa Justin tu ada deria ke enam." tambah Marviel.

"Deria ke-enam apa yang buatkan si Royalize dan kita ni menarik bagi dia?" Sconne cuba mempersoalkan jawapan Marviel dengan klu yang di beri.

"Ah!" Marvin mengejutkan teman-temannya. "Entah-entah Justin tu Vampire." teka Marvin. "Daniel ada darah, kita pun ada darah. Tidakkah logik jika Justin tertarik dengan kita. Sebab darah royalize lain macam sikit tu lah Royalize lebih menarik."

"Kalau Justin tu vampire. Kenapa Vampire yang lain tak macam Justin? Tak mengekor adik-beradik Royalize?" giliran Marviel mempersoalkan jawapan Marvin.

Mereka bertiga mengeluh. Masing-masing mula minum. Melepak di kafe yang terletak di taman Featherave sememangnya menyenangkan, lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tidak terlalu panas. Cuma senior tahun akhir yang berjaya mendapat tempat istimewa seperti ini. Manakan tidak, siapa lagi berani berurusan awaldan terus dengan Snivel melainkan pelajar Tahun yang sama.

"Cak!" Mata Sconne membuntang melihat wajah Damia yang tiba-tiba muncul dihadapannya. Damia ketawa sebelum mengambil tempat duduk bersama mereka. Sconne melilau sekeliling, hanya Damia seorang.

"Mia tak sibuk?"

"Sibuk, sekarang ni waktu rehat Mia." ujar Damia.

Marvin dengan menyuap kek ke mulut Damia. Manakala Marviel membantu Damia minum. Kembar Cornerludge gemar manjakan Damia seperti adik sendiri seperti mana mereka manjakan Lunar. Lebih-lebih lagi tanpa kehadiran Justin yang sentiasa menghalang mereka daripada melakukan aktiviti tersebut.

"Mana Justin? Dia tak ikut Mia?"

Damia menggeleng. "Cuaca panas sangat. Nanti Just sakit"

"Anaemia?" Damia mengangguk. Sconne meramas rambutnya. Justin sakit? Apa gunanya Daniel pilih Justin?

"Mia nak pergi mana-mana? Boleh kami temankan?"

"Tak perlu" jerkah seseorang. Mereka menoleh.

Justin menarik tangan Damia pergi. Damia mengucapkan selamat tinggal dan meminta maaf bagi pihak Justin. Sahabat-sahabatnya sekadar tersenyum dan melambai mereka pergi.

"Justin tu memang. Macamlah Mia hak milik sendirian berhad dia. Orang lain tak boleh nak dekat pun, aku ni bukan orang lain pun" rungut Marviel. Entah bila si Justin boleh muncul tiba-tiba. Marvin mengusap kepala Marviel.

"Jom pergi perpustakaan" Ajak Sconne yang sudah berdiri.

Marviel mengangkat kepalanya. Hairan. Marvin pula dah berada disebelahnya. "Perpustakaan? Eh, pesta?"

"Tolonglah Viel. Kita dah ada klu yang paling nyata." tambah Marvin menarik Marviel yang kebingungan.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now