44%

2.9K 367 5
                                    

Seminggu telah berlalu selepas aku pulang dari US.

Yang paling aku pelik, aku langsung tak terfikir pasal YooNa. Tapi aku asyik fikir pasal HaeJin.

Perasaan apakah ini?

Harini, hari yang ditetapkan aku untuk berjumpa dengan Rinn secara face to face.

Macam yang di janjikan, aku tunggu Rinn dekat cafe honey bear.

Cantik gila cafe tu. Penuh dengan teddy bear. Lagi-lagi bila waktu malam macam sekarang.

Tapi dah setengah jam aku tunggu. Tapi dia tak muncul pun.

Aku melihat jam sekilas. 10: 09 p.m.

Adakah Rinn akan muncul waktu 10:10 p.m?

Kling~kling~

Bunyi loceng bergemercing menandakan ada pelanggan masuk. Jam sudahpun menunjukkan 10:10 p.m.

Seorang gadis berbaju pink lembut, berambut panjang melangkah ke dalam cafe tersebut.

"HaeJin?" Dia pandang ke arah aku.

Tapi lepastu dia buat tak hirau aku.

Cantik gila dia sekarang.

"Haejin, buat apa dekat sini?"

"Arghh..aku nak beli air chocolate green tea je. Lepasni nak keluar dengan Yoongi." Katanya dingin.

Aku tersentak. Yoongi? Kenapa yoongi? Haejin yeochin yoongi ke?

Eh Jin, kau jeles ke?

Takkan?

Hahahahha Takkan nak jeles kot.

Kau bukannya ada hati dengan Haejin pun.

Selama ni gurauan je.

"Jin?" Panggil Haejin. Aku tersedar dari lamunan.

"Ouh.."

"Aku pergi beli air dulu."

Aku mengangguk dan membiarkan dia pergi.

HaeJin dingin dari biasa sejak aku balik dari US.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Maaf encik, tapi kedai dah nak tutup.." kata seorang pekerja disitu.

"Ouh yeke? Maaf," aku bangun dan pergi dari situ.

Dah pukul 12:00 p.m.

Akhirnya aku pulang ke rumah.

Mungkin Rinn busy.

 [C] 10:10 + kim.sj Where stories live. Discover now