bab 1

43 4 3
                                        

Sarah Qaisah memainkan pelbagai irama sumbang di atas meja cafeteria itu. Sesekali tangannya mengetuk- ngetuk meja persis pemain gendang profesional. Sudah hampir 15 minit dia menunggu ketibaan sahabat baiknya, namun sampai sekarang batang hidungnya pun dia tidak nampak. Ni lah orang melayu, janji tak pernah nak ditepati.
       Sarah Qaisah memerhatikan lembaga yang sedang berlari- lari anak kearahnya. Siapa lagi kalau bukan Fadlin. Dia saja yang suka menggayakan pakaian serba hitam seperti itu. Nasib baik gadis ayu itu berkulit putih, kalau tak memang nampak gigi saja lah jawabnya...
       "Sorry babe, kelas habis lambat tadi. Lama dah ke kau tunggu?",soal Fadlin yang masih tercungap-cungap. Letih amat gayanya.
       "Boleh tahan lah. Kau ada kelas apa tadi? ", soalnya setelah sahabatnya itu melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengannya.
        Fadlin menghadiahkan muka seposen kepada Sarah Qaisah.  Tapak Tangannya dirapatkan tanda memohon maaf. Dari reaksi sahabatnya, nampak sangat dia sedang marah. Fadlin kenal sangat dengan peragai sahabatnya yang tidak suka menunggu lama.
        "Sorry lah. Tadi aku ada kelas bio dengan Prof. Kamal. Kau macam tak kenal dia tu. Kalau tak ambil masa lebih memang tak sah"
        Sarah Qaisah sekadar mengangguk. Baru dia teringat pada tujuan utama dia mengajak sahabatnya itu untuk berjumpa. "Weh, aku nak ajak kau pergi konsert band platinum dekat Shah Alam hujung bulan ni. Nak tak nak kau kena ikut aku juga", kata Sarah Qaisah penuh semangat
       "Tak nak lah aku. Kau fikir tiket masuk dia seringgit dua? Mahal bukan main. Tak nak lah. membazir saja. Kau tak apa lah kau anak korperat, aku ni anak peniaga pasar malam saja.", Fadllin menolak mentah- mentah ajakan sahabatnya itu. Lagipun, dia kurang berminat dengan hiburan dan yang sama waktu dengannya.
      "Aku dah beli tiket untuk kau sekali. Jangan risau kali ni aku belanja", ujar Sarah Qaisah. Sengaja dia mempamerkan senyuman bangga.
       Fadlin pantas menggeleng. Walaupun persahabatan mereka persis isi dengan kuku, namun sekali dia tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan   atas kekayaan sahabatnya itu
      "Malas lah. Lagipun kau pun tahu aku tak berminat dengan benda-benda macam ni. Ajak orang lain lah"
       "Aku dah try ajak orang lain, tapi semuanya ada hal hujung minggu ni. Kau saja lah harapan terakhir aku. Please", Sarah Qaisah membuat muka persis kanak- kanak hendak minta dibelikan barang.
       "Tengok lah macam mana.  Aku kena tanya mak aku dulu. By the way, band platinum tu bukan kumpulan yang kau benci separuh mati tu ke? Tak kan dah berubah hati kot?", soal Fadlin pelik dengan sahabatnya itu.
       "Sebagai seorang hater yang berjaya, aku kena lah pergi konsert tu. And then find out weakness diaorang. Tak pun aku post gambar aku pergi konsert tu, then, aku kutuk lah habis-habisan. Amacam? Geliga tak otak aku?",cerita Sarah Qaisaah tentang rancangan jahatnya.
       Fadlin sekadar menggeleng melihat sahabatnya itu. 'Ish, anak orang kaya ni. Dah tak ada benda lain nak buat lah tuh'
      "Apa geleng-geleng? Kutuk aku lah tu",marah Sarah Qaisah sambil mencebikkan mulutnya.
       "Mana ada kutuk.... Mengata sikit-sikit saja. Aku curious sebenarnya dengan kau ni. Kenapa hah kau benci sangat dengan band apa namanya tadi? Platipus? Plantem?",soal fadlin. Sememangnya dia hairan dengan Sarah Qaisah yang memegang jawatan penolong pengarah dalam kelab haters itu.
       "Ada sebab kenapa aku benci mereka sampai macam ni sekali, tapi aku rasa kau tak perlu lah tahu sebabnya",ujar Sarah Qaisah yang wajahnya sudah bertukar redup.
         Jawapan Sarah Qaisah langsung tudak menghilangkan tanda tanya di hati Fadlin, makin tertanya-tanya dia dibuatnya.

"ABANG Am, hujung minggu ni jadual free tak? Orang ingat nak pergi balik penang jumpa keluarga tercinta",soal Amir sebelum meneguk minuman malt coklat yang baru dibancuhnya sebentar tadi.
        "Aku pun ingat nak balik kampung lah. Dah hampir 4 bulan aku tak menjejak kaki kat situ. Mesti mak ayah aku dah rindu dekat aku. Maklumlah, aku kan anak kesayangan",dengan bangganya Afiq menyatakan rancangannya. Hakimi yang mendengar dari jauh sempat membaling kusyen sofa kearah sahabatnya itu. Naik loya tekaknya mendengar ayat perasan bagus Afiq tadi.
       "Hujung minggu ni tak ada apa-apa event. So, korang boleh lah jalankan plan-plan korang tu", kata Adam Mukriz selaku pengurus kepada band Platinum itu. Sempat dia membelek- belek tablet ditangannya.
       Megat Khairi yang baru pulang itu terdengar perbualan rakan-rakannya. Terus dia mengambil tempat di atas sofa. "Kalau korang semua balik, aku macam mana?",soal Megat Khairi setelah punggung dilabuhkan ke atas sofa.
       "Kau balik rumah kau lah. Kalau kau nak stay sorang-sorang kat sini pun boleh", kata Hakimi sambil ketawa. Sengaja dia buat-buat tak faham. Bukannya dia tidak tahu yang anak tan sri  itu telah mencipta tembok antara dirinya dengan keluarganya sendiri.
        Megat Khairi sempat menghadiahkan jelingan tajam kepada Hakimi yang masih belum habis tawanya. Sakit hati pula dia dengan rakannya yang seorang ni.
       "Aku tak balik kot. Mak ayah aku bukan ada kat rumah pun hujung minggu ni. Diorang outstation. Buat apa nak balik kalau tak ada orang.... Aku stay sini lah dengan kau" ujar Lay Zafril sambil pandangannya masih melekat pada skrin televisyen.
      "Cantik lah kalau macam tu"

love you mrs. haterHistorias para obsesionarse. Descúbrelo ahora