21 : Aku adalah si buta

934 133 2
                                    

"Hoi si buta! Apa seronoknya hidup kau bila tidak dapat melihat?"

Bodoh!
Ungkapan yang bisa aku berikan.
Kerana dihidupnya aku bukan untuk seronok.

Buta,
nikmatnya lebih dari si celik,
dosa dihindar jauh dari dirinya,
yang kekal cuma dosa di hati.

Istighfar berpaut sering di lidah,
mendengar suara-suara manusia,
tidak henti mengata perkara sia-sia,
sehingga kadangkala hati ini turut terpaut,
bergelumang dalam dosa-dosa dicipta hati.

Soalan engkau tadi,
ibarat kau tidak buta.
Hakikatnya kau lebih buta daripada aku,
Kau sibuk melihat dunia dengan sebelah mata kau,
Hingga kau terlupa pada dunia yang kekal di sebelah sana.

Kami,
Ada yang tidak dapat mendengar,
Ada yang tidak dapat berkata-kata,
Bahkan ada yang tidak dapat bergerak.
Namun itu bukan satu alasan buat kami,
Untuk terus lemah dalam menongkat semangat diri.

Untungnya engkau,
Bisa menggunakan semua pancaindera,
Malangnya engkau,
Bila tidak pandai menggunakan 'mereka'.

Geram.
Ah, sekali lagi hati mahu amuk.

Sembang Abah KauHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin