Izz Haikal menghampiri mereka dengan di tangannya terdapat sebuah bungkusan berwarna putih,

“saya rasa awak suka ni” Izz menghulurkan bungkusan tersebut kepada Ida.

“untuk apa?” tanya Ida yang masih tidak mengambil bungkusan itu di tangan Izz.

“ni untuk tanda persahabatan kita sebab esok saya dah nak bertolak ke Johor” jelas Izz dengan tersenyum sambil berharap bahawa Ida menerima hadiahnya.

“Ida, ambil aje lah” rungut Dayana sambil mengocang badan Ida yang terkaku mendengar penjelasan Izz.

Ida terus mengambil bungkusan tersebut,

“terima kasih” beritahu Ida sambil mencapai bungkusan yang berada di tangan Izz.

“maaf saya tak bagi ni pada petang takdi sebab saya nak sweet depan awak je tapi Dayana pun ada jugak so takpelah” jelas Izz sambil tersenyum.

“tak payah nak sawit sangatlah” usik Dayana sambil ketawa.

“jom lah kita balik sebab malam dah ni, selamat malam” ucap Ida sambil tersenyum ke arah Izz lalu meninggalkannya.

“selamat malam sweetheart” bisik Izz selepas melihat Dayana dan Ida berada di dalam lift.

Pada paginya bunyi loceng berbunyi semasa mereka bersiap untuk pergi kerja,

“Dayana, tolong buka jap” Fatin mengarahkan Dayana supaya membuka pintu tersebut.

Apabila Dayana membuka pintu tersebut, dia terus melompat dan menjerit,

“Farahhhhh” jerit Dayana sambil memeluk kawannya.

“aku dengar orang tu pergi bercuti tinggal aku” usik Farah sambil menjeling ke arah Dayana.

“bukan aku ajelah, diorang pun pergi jugak kecuali kau je” beritahu Dayana sambil mengangkat beg pakaian Farah.

“kau tahu dekat mana,Farah?” tanya Sipah.

“aku tengok dekat ig Ida” jelas Farah sambil tersenyum.

“kau pergilah makan dulu, kami nak bersiap pergi kerja. Kau cuti lagi kan?” tanya Dayana sambil menyarung shawlnya pada kepalanya.

“entah, aku pun tak tahu bila cuti aku habis dan bila aku berkerja” beritahu Farah dengan mengerut dahinya.

Dayana menepuk dahinya akibat terlupa bahawa Farah mengalami separa anemesia.

“sebenarnya aku dah lewat nak pergi kerja ni nanti monster tumbuh tanduk kan tak pasal aku” jelas Dayana dan terus meninggalkan mereka.

“Dayana tu memang, selalu lambat” bebelan Najah apabila melihat Dayana tergesa meninggalkan mereka.

“jom” ajak Sipah untuk bertolak pergi kerja.

“tapi Farah okey kan kami tinggal kau ni” tanya Fatin sebelum menyarung kasut di kakinya.

“In Shaa Allah, aku okey” jawab Farah dengan tenang.

Akhirnya Farah ditinggalkan oleh kawan-kawannya yang sibuk berkerja.

Di pejabat The Majestic, Dayana mengatur langkah yang panjang menuju ke bilik bosnya, Badrul.

“boleh saya bantu bos” tanya Dayana kepada Badrul.

Dayana harus bersifat formal dengan Badrul kerana Badrul telah memarahinya apabila tersalah memanggil Badrul dengan panggilan ‘monster’ dan bercakap dengan Badrul seperti kawannya atau kebiasannya.

“sediakan saya fail dari encik Faizal sebelum cuti haritu” arah Badrul sambil membuat isyarat tangannya supaya Dayana beredar dari biliknya.
Dayana terus mengangguk dan meninggalkan Badrul.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now