❄05

311 27 1
                                    

11.30 malam, 10 Jun 2017

Jungkook menunggu Yuju di sesuatu tempat, pantai, setakat mahu meraikan hubungan mereka.

"Sudah habis membeli baju?"

"Sudah. Kalau tidak habis, tiadalah saya bersetuju untuk jumpa awak disini." Jawab Yuju sambil tersenyum. Lagi pula, memang dia mahu ke sini dari awal lagi tetapi kerana mahu menyambut ulangtahun kedua orang tuanya, dia batalkam sahaja.

"Ya, Yuju." Jungkook tersenyum, senyumannya itu manis jika dilihat tetapi sebenarnya kelat. Entahlah, ada sesuatu yang sukar ditafsirkan dari senyumannya itu. Dia memegang tangan Yuju lalu di tempatkan ke dadanya, berhasrat untuk mengenang kenangan ini nanti.

Jungkook memejamkan mata tatkala terasa pedih di matanya dan pedih di bahagian tekak. Jantungnya juga berdetak laju, belum bersedia untuk menerima kenyataan yang sebegini pantas.

Yuju yang terkejut itu menoleh ke arah kekasihnya. Sungguh, dia terkejut tetapi pada masa yang sama dia pelik dan gembira. "Jungkook? Awak, kenapa?" Tanya Yuju dengan lembut, yang lebih kepada sarkastik.

"Awak okey?" Tambah risau Yuju dibuatnya apabila melihat air keluar dari mata Jungkook. Jungkook... Menangis? Dia memegang wajah Jungkook dengan panik. Sejujurnya, dia tidak faham akan situasi sebegini, kenapa Jungkook menangis? Apa yang buat dia menangis?

Jungkook membukakan matanya. Matanya merah tetapi tidak berair, apa-

Ttik.

Ttik. Ttik.

Yuju melihat ke atas. Tahulah dia bahawa itu bukan air mata Jungkook tetapi... air hujan.

"Aih, air hujan ini, buat saya risau sahaja. Saya fikirkan awak menangis." Yuju tersenyum lega lalu mengusap dadanya. Dia mendekati Jungkook dengan duduk di atas lutut lalu dicium dahi lelaki itu, ciuman pertama Jungkook terima dari Yuju.

Yuju leraikan ciuman itu lalu tersenyum kepada Jungkook dan senyumannya itu, membuatkan jantung Jungkook bertambah sakit. Sebak dan kecewa, entahlah, semuanya bercampur-baur dan susah untuk diungkapkan.

Jungkook mendongakkan wajahnya memandang Yuju. Merah sungguh matanya dan bibirnya juga sedikit bergetar. "Jungkook, awak sakit ke?"

Jungkook tersenyum dan menggelengkan kepala sebagai balasan. Dia memegang tangan Yuju lalu berdiri dan memeluk tubuh genit kekasihnya. Bertambah kerutan di dahi Yuju.

Tanpa di sedari, air mata Jungkook mengalir.. sekali lagi.

"Kenapa awak menang-"

"Saya cintakan awak." Sekelip mata, dia melekapkan bibirnya ke bibir Yuju. Lama.

Yuju memejamkan mata dan dapat dia rasai bahawa air hujan ini hangat  apabila terkena bibirnya.

Ttit. Pukul 12 malam, 11 Jun 2017.

Hari ulangtahun hubungan mereka yang setahun sudah tiba, begitu juga dengan ulangtahun kedua ibu bapanya.

Mereka meleraikan ciuman tersebut lalu melekapkan dahi mereka dan memandang sesama sendiri. "Saya cintakan awak juga." Balas Yuju dan tersenyum.

Mereka menghadap satu sama lain lalu menjarakkan tubuh mereka.

Hari ini merupakan hari gembira Yuju, kerana dia mendapat ciuman pertamanya, hari ulangtahun hubungan mereka dan mereka dapat meluahkan perasaan masing-masing.

Tetapi semua itu tidak kekal sehinggalah...

"Yuju?"

"Nae?"

"Kita putus."

"H-huh?" Mata Yuju sedikit berkaca. Dia tahu yang dia salah dengar kerana hujan, malahan hujan semakin lebat. Jungkook memejamkan mata seketika lalu membukanya kembali. "God, Choi Yuju, you hear me just now. Kita putus." Jungkook memegang rambut lalu menyerabutnya, sakit hatinya dengan kelakuan Yuju dan juga, kata putus itu.

"T-tapi, kenapa?" Air mata yang di tahan sejak tadi, mengalir. Ya, air mata Yuju mengalir di pipinya, dia memandang mata Jungkook dengan redup.

"Just, ergh, break-up, please? I beg you. Saya tidak mahu sakit lagi, cukuplah sampai di sini sahaja. Tolong, Yuju, tolo-."

"Apa salah saya pada awak?! Awak minta putus dengan saya?! Apa motif awak?! Minta putus dengan saya ketika ulangtahun ini?! Ini semua bodoh! Awak permainkan saya, Jungkook and you ask for a break-up on this stupid meaning day. Oh my god!" Sakit di hatinya usah di kata.

"SAYA YANG PATUT TANYA AWAK, SIAPA YANG MAINKAN SIAPA?!" Tanpa sedar, suara Jungkook sudah naik tiga oktaf dan itu membuatkan Yuju terkedu. Bertambah deras air matanya mengalir.

"A-apa s-salah saya? A-awak-"

"Lepas ini, jangan cari saya, hubungi saya atau berkomunikasi dengan saya. Saya tak suka dan saya tak nak awak buat semua itu kepada saya. Cukuplah setahun ini bagi saya dan ya, kita tiada apa-apa lagi. Bye." Seusai menuturkan kata-kata itu, Jungkook membuka langkah meninggalkan Yuju yang sedang terkebil-kebil.

--------

Cliche? Ya, aii know but who cares all that cliche's things ahahahha!

idiocy words ❀ jjkWhere stories live. Discover now