❄04

251 25 2
                                    

"Awak tahu, esok saya dan keluarga saya nak pergi butik. Sebab kitaorang mahu beli baju memandangkan lusa adalah hari ulangtahun perkahwinan mamma pappa saya." Walaupun di atas talian tetapi Jungkook tahu bahawa Yuju sedang terkumat-kamit bercerita mengenai keluarganya. Dia bersandar pada kepala katilnya sambil bibir yang tidak lekang dengan senyuman.

"Ya? Sambut besar-besarankah? Woah, belikan saya buah tangan kalau boleh sebab saya pun mahu." 

Kedengaran gelak halus Yuju di talian dan Jungkook mendengarnya hanya tersengih. Suka sangat dia ajak bermain kata-kata dengan Yuju. Lagi-lagi pabila wanita itu rancak bercerita, sukalah dia mengusik gadis itu.

"Boleh juga. Alang-alang beli hadiah untuk ulangtahun hubungan kita yang setahun ahahaha. Awak tahu, tadikan saya beritahu mamma dan pappa saya tentang awak itu boyfriend saya. And guess what baby, they liked you! Mereka tanya tentang awak pada saya dan saya beritahu. Mereka kata mereka suka awak sebab gentleman." Giliran Jungkook pula tertawa. Tidak sangka pula Yuju akan bertindak memberitahu ibubapanya tentang hubungan mereka apabila mahu genap setahun. Jungkook pula memberitahu ibubapanya mengenai hubungan mereka setelah mereka bercinta sepanjang sepuluh bulan. Awal kan?

Ya, mereka merahsiakan hubungan percintaan mereka dari pengetahuan sesiapa.

Sebab itulah salah satu sebab Jungkook tidak bosan berhubung melalu talian dengan Yuju, terlalu banyak yang Yuju ceritakan. Ada juga Yuju beritahu cerita yang sama berulang-kali. Malangnya, Jungkook tidak bosan dan dia layankan saja.

"Awak cakap hari itu awak tidak mahu beritahu ibubapa awak mengenai hal ini sebelum hari ulangtahun, kan? Kenapa awak-"

"Saya tidak sabar! Saya terlalu teruja untuk beritahu bahawa saya bercinta dengan lelaki yang kacak, gentle dan paling penting baik-"

Jungkook tersenyum manis. Dia mengambil bantal kecil yang berada di sebelah lalu tangan kirinya menguis bantal tersebut sambil tangan kanannya memegang telefon bimbit agar sentiasa melekap di telinga. "Saya lagilah teruja dan bertuah sebab saya bercinta dengan perempuan yang cantik, tinggi, baik dan paling penting, pandai."

Diam.

Tiada respon dari Yuju. Hilang kata-kata mungkin atau dia berasa kekok. Biasanya, Yuju akan berdiam diri apabila dia dipuji atau dikata sebegitu.

"Yah, Yuju."

Tiada respon. Jungkook mengerutkan dahi. Kenapa-?

"Honey-"

Kedengaran dengkuran halus dari talian di sana. Jungkook tersenyum, patutlah diam rupanya sudah tidur. Jungkook melabuhkan badannya ke atas katil dan memasang pembesar suara telefon. Suka dia mendengar dengkuran halus gadis itu.

"Jungkook." Baru sahaja dia mahu melelapkan mata, suara Yuju memanggilnya. Jungkook mendekatkan telefon bimbit itu ke telinga. "Ya, kenap-"

"Terima kasih dan saya sayangkan awak."

Mengigau.

Sekali lagi, Jungkook mengukirkan senyuman. Kali ini, lebih lebar. Gembira dia mendengar kata-kata Yuju itu kerana perkataan 'cinta' agak susah diungkap oleh gadis itu.

"Sama-sama dan saya sayangkan awak juga."

"Jungkook."

"Aik, Yuju? Belum tidur lagi?"

"Bukan Yuju tapi-"

"Siapa kau?"

"Adalah. Aku cadangkan baik kau tinggalkan dia."

Ting!

--------

Hai! Aku just bagitau bahawa cerita ini aku sudah tukar jalan cerita dan tajuk dari IDEAL ke IDIOCY WORDS. Mohonlah baca dari prologue dan maaf sebab lambat update.

idiocy words ❀ jjkWhere stories live. Discover now