BHMM 35

8.8K 201 0
                                    

Sinaran matahari membuatkan Indra terbangun dari lenanya. Dia menggosok-gosok matanya agar penglihatannya menjadi jelas.

"Indra! Wake up! Hari ni kita ada meeting"

"Okay bah!"

Entah baru berapa saat Indra bangun dari tidurnya, pintu biliknya sudah diketuk oleh Datuk Izhar. Namun begitu, Indra langsung tidak mengeluh. Dia terus bangun dari katilnya dan bersiap-siap hendak kerja.

Selepas keluar dari bilik air, Indra melihat dirinya yang masih basah itu melalui pantulan cermin. Kemudian, dia beralih pula ke arah sebingkai gambar yang terpampar gambar Indah.

Indra mengusap gambar itu sambil tersenyum kecil.

"Dah siap?"

Lamunan Indra terhenti sebaik saja Datuk Izhar masuk ke dalam biliknya.

"Arrr.. Iya, ya.." jawab Indra lalu memakai kot hitamnya dengan segera.

Datuk Izhar yang sempat melihat Indra mengusap sebingkai gambar, terus mencapainya.

Indra kelihatan gelisah dan kekok sebaik saja bingkai gambar Indah berada di tangan Datuk Izhar. Dia hanya berbuat selamba.

"Do you miss her?" tanya Datuk Izhar.

Indra melihat ke arah Datuk Izhar lalu tersandar di almari. Dia tidak mampu lagi berpura-pura di depan Datuk Izhar.

"Kamu rindu dia?" ulang Datuk Izhar.

Indra menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menganggukkan kepalanya perlahan.

"I miss her... So much, bah. So much"

Datuk Izhar hanya mampu tersenyum kecil lalu meletakkan semula bingkai gambar Indah di tempat asal dan keluar dari bilik Indra.

Indra sempat melihat sekilas ke arah bingkai gambar Indah sebelum menutup pintu biliknya.

*****

Oleh kerana aku tidak mahu Iesya mengesyaki apa-apa, aku membuat keputusan untuk keluar dari rumah tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Bukan apa, aku keluar rumah untuk berfikir siapakah yang telah menhubungiku semalam siap boleh ugut aku pula tu.

Aku berjalan sambil menghirup milk shake yang berada di genggamanku. Sudah lama rasanya tidak berjalan di khalayak orang ramai sebegini. Langkahku ke depan dan terus ke depan. Sambil berjalan, mataku juga sibuk memerhatikan keadaan sekeliling.

Baru saja aku hendak masuk ke dalam kereta, tiba-tiba telefonku berdering.

Aku mula berasa cemas. Sekali lagi, private number!

Aku menarik nafas sebelum menyambut panggilannya.

"Indah, Indah, Indah. Seronok bersiar-siar? Cantiknya kau hari ni"

Bagaikan terhenti degupan jantungku apabila orang misteri itu berkata sedemikian. Sah, dia ada berdekatan dengan aku sekarang ni!

"Hei! Siapa kau, ha?! Apa kau nak?!"

"Ingat Indah. Jangan tersilap langkah"

"Siapa kau?! Apa kau nak?!"

"Kau yang buat aku jadi macam ni, Indah! Jangan menyesal! Ini semua berpunca dari kau!"

Belum sempat aku berkata apa-apa, dia telah mematikan talian. Aku menghempas tanganku di kereta. Aku bengang! Sudah dua kali dia menghubungiku tapi kenapa susah sangat aku nak cam suara dia?!

"Indah?"

Aku terus menoleh ke belakang sebaik saja seseorang menyebut namaku.

"Ifwat"

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Where stories live. Discover now