BHMM 9

11.5K 388 14
                                    

"Okay. Ingat, saya tak nak ada apa-apa masalah lepas ni sebab saya yakin saya dah jelaskan apa yang patut dilakukan oleh awak semua. So, kalau tak ada apa-apa. That's all for today. Kamu semua boleh bersurai"

Kakitangan Syarikat Z Enterprise segera bangun dari tempat duduk masing-masing sambil membawa fail dan juga buku nota mereka. Tapi, tidak pada Iqbal. Iqbal yang duduk di sebelah Indra, masih lagi tidak berganjak.

"Bal, kau kenapa ni? Dari tadi aku tengok asyik termenung je" tegur Indra.

Iqbal menghelakan nafasnya. Riak wajahnya menunjukkan dia seakan-akan mempunyai masalah.

"Takda apalah"

Belum sempat Indra berkata apa-apa, Iqbal sudah bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan Indra di ruang mesyuarat itu.

"Ai pelik. Tak pernah-pernah si Iqbal ni macam ni. Oi, Iqbal, kau period ke apa?!"

*****

Flashback..

"Tolonglah, Iqbal. Kamu je lah satu-satunya harapan kami untuk dapatkan Indah semula. Pak Ngah dah tak tahu mana nak cari Indah kat mana lagi" rayu Tan Sri Izuddin.

"Kamu pun satu, Iz. Kenapa kamu tergamak halau Indah dari rumah tu?! Kenapa? Apa salah yang dia dah buat sampai kamu buat keputusan yang bodoh ni?!" kata Tok Izziyah, nenda kepada Indah dan Iqbal.

"Umi.. Sabar. Jangan marah-marah macam ni nanti tekanan darah umi naik lagi. Nanti umi sakit lagi" kata Datin Izzatul, ibu kepada Iqbal dan juga merupakan kakak kepada arwah Datin Izzati Anisa.

"Sabar? Sabar kamu, kata? Hei, cucu umi hilang tau! Kita tak tahu dia kat mana sekarang. Dia hidup ke dah mati ke, kita tak tahu! Nenda tak kisah. Nenda nakkan Indah balik ke pangkuan kita!" balas Tok Izziyah dengan marah sekali.

"Nenda, nenda jangan risau. Iqbal janji. Iqbal akan bawa Indah balik dengan secepat mungkin" Iqbal yang tadinya hanya mendiamkan diri di pelusuk dinding rumah juga mula bersuara.

"Kamu jangan cakap je, Iqbal. Nenda tak nak ada apa-apa jadi kat Indah. Nenda... Nenda.."

Belum sempat Tok Izziyah menghabiskan ayatnya, dia mula rebah namun cepat saja Tan Sri Izuddin dan Datin Izzatul menyambutnya.

"Abang Iqbal!"

Lamunan Iqbal tersentak apabila seseorang memanggilnya. Dia menoleh ke arah belakang.

"Abang Iqbal, sorry, sorry. Indah singgah kedai lagi tadi. Indah ada beli air. Nah, untuk abang" katakuyang masih lagi tercungap-cungap sambil menghulurkan air kotak soya kepada Iqbal.

"Perlu ke Indah buat semua ni?" tanya Iqbal yang duduk di bangku kayu tanpa mengambil air kotak soya dari tanganku.

Aku diam seketika lalu melabuhkan punggungku di sebelah Iqbal yang sudah ku anggap seperti abang kandungku itu.

"Pak Ngah dah bagitahu abang apa yang jadi" kata Iqbal.

"So you already know why I like this, abang. Indah tak akan lupakan apa yang papa buat kat Indah. Indah ni anak dia tau. Sanggup dia buat Indah macam ni" jawabku sedikit pun tidak memandang ke arah Iqbal.

"So now what? Indah nak bagitahu abang yang Indah nak balas dendam dengan papa Indah sendiri? Indah, Indah sedar tak apa Indah buat ni?"

"Just because I realize I've made all of this. Disebebkan Indah sedarlah, Indah nekad, Indah tak nak dah ada apa-apa hubungan dengan papa apalagi kalau ada aunty Ilya tu. Entahlah apa perempuan tu dah buat kat papa sampai papa sanggup halau Indah dari rumah"

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Where stories live. Discover now