Bab 1 - Part 2

231 16 1
                                    

******

Ijah yang sedang menghadap komputer riba di meja belajarnya menoleh ke belakang apabila dia terdengar pintu dibuka dari luar.

"Assalamualaikum." Dania memberi salam.

"Waalaikumussalam." Ijah membalas salam Dania.

Oh, Ijah ada dalam compartment-nya.

"Dona, balik dah?" Ijah berjalan dan berdiri di sebelah locker-nya.

"Dah. Tadaima!" Pulang!

"Okaeri!" Selamat pulang!

"Aku ingatkan semua dah pergi kafe." Dania melihat bilik mereka. Hanya ada dia dan Ijah sahaja. Dia dan gengnya dah berjanji nak makan sama-sama di kafe.

"Aku nak turun sekejap lagi. Aku ingatkan kau gerak ke kafe terus."

Dania segera meletakkan fail dan buku-buku ke atas meja. Dia masuk ke dalam compartment Ijah dan terus duduk di atas katil Ijah.

"Adaplaster?"

"Nak buat apa?"

Dania menunjuk telapak tangannya pada Ijah. "Aku jatuh tadi. Berdarah."

Ijah pegang tangan Dania. Besar jugak luka di tangan Dania. "Kau duduk situ. Sekejap aku ambik first aid kit."

Ijah menyapu Dettol Antiseptic Cream ke tangan Dania. "Hai, turun la duit hantaran kalau macam ni."

Dania tendang kerusi yand diduduki Ijah dengan kakinya. Mulutnya mencebik tanda dia bengang dengan Ijah. Tiba-tiba cakap pasal hantaran ni dah kenapa? "Sikit je tu. Nanti aku letak aloe vera, tak ada la parut dah."

Ijah tekan sedikit luka di tapak tangan Dania dengan kapas.

"Ahhhh sakitlah gila!" Dania menjerit kuat.

Ijah ketawa keji. Haa cari pasal lagi dengan Ijah!

"Macam mana boleh jatuh ni?" Ijah bertanya sambil tangannya masih lagi membelek-belek luka di tangan Dania.

"Aku tak nampak longkang."

Tipu.

Yalah, kalau cakap dia berlanggar dengan mamat entah-turun-dari-planet-mana-entah, kecoh la cik akak di depannya ini. Ijah ni, gosip memang la nombor satu! Plus nanti entah apa-apa lagi yang Ijah bebelkan.

"Itulah, aku nak tolong tadi kau tak nak. Konon hero la tu boleh angkat sorang-sorang."

See.... Kan aku dah cakap!

"Kalau kau ada laki nanti, aku tak tahulah samada dia boleh bertahan dengan kau atau pun tak." Dania dah mula dah dengan kejian terhadap Ijah. Betullah apa Dania cakap tu. Ijah ni tahap bebelan dia boleh tahan pedas jugak. Kalau tak mampu nak tahan, baik jauhkan diri. Silap haribulan boleh berdarah telinga.

"Kutuk lagi, kutuk lagi. Tak habis-habis isu tu yang kau bawak naik setiap kali aku bising."

"Aku rasa laki kau mesti sumbat kapas dalam telinga dia setiap kali kau orang berbual. Takpun, elok je kau cakap, "abang, jom borak!" Terus dia cabut hearing aid dia." Harap maklum, Ijah ni suka menjerit juga. Memang telinga suami Ijah sangatlah hebat kalau mampu bertahan dengan Ijah.

******

"Kau nampak apa benda kat fail Hitomi tu?" Tengok sekarang Thaqif dah terikut Ahnaf panggil perempuan misteri bermata cantik itu sebagai Hitomi.

Lama Ahnaf diam, cuba mengingat nama buku atau fail Hitomi yang dia tolong kutip kelmarin. "Something with.... moots? Compulsory Moots? Tapi aku tak tahu apa benda tu."

Thaqif petik jari. "Aku tahu dah."

"Kita nak pergi mana?"

"Menjalankan misi."

"Misi? Jururawat?"

Thaqif tepuk dahi. "Sejak bila kau sungguh bengap tahap dewa, wahai Ahnaf Danial?"

Ahnaf mencebik. "Dah kau guna bahasa yang aku tak faham. Lagi mau salahkan aku."

"Kita nak cari orang."

"Okey. Siapa?" Ahnaf bertanya lagi.

"Hitomi."

Ahnaf dah sengih lebar.

"Ada?" Thaqif bertanya setelah hampir tujuh lapan kali jugak la mereka tawaf Law Section yang sejuk gila ni. Dah la underground, sejuk membunuh pulak tu. Aku tak tau la macam mana dia orang ni boleh tahan sejuk-sejuk macam ni. Dah tu bukan duduk sejam dua. Kadang-kadang dari pagi sampai petang.

Ahnaf menggeleng kepala. Kenapa hari ni tak ada pulak orang yang dicarinya? Dia mengerling jam di pergelangan tangan kanan. Memang tepat-tepat sekarang ni waktu dia dan Si Hitomi itu berlanggar. Tapi kenapa dia tak ada??

Kismet; of the past and the futureWhere stories live. Discover now