BAB1 AKU "CACAT"

3.1K 263 27
                                    

Seorang budak lelaki berjalan melalui lorong gelap untuk menuju ke kelasnya. Lorong itu sunyi kerana hanya beberapa orang pelajar sahaja yang berada di situ.

"Oiii cacat, nak ke mana tu?" Beberapa orang pelajar lelaki sedang mengejeknya. Dia terus berjalan tanpa menghiraukan ejekan itu.

"Oii cacat, kau pekak ke? Dahla cacat, pekak pulak tu?" Pelajar lelaki itu terus mengejeknya sambil ketawa. "Hoi!!! Berani korang kacau dia!!!" Seorang pelajar perempuan tiba-tiba muncul di belakang pelajar lelaki itu sambil bercekak pinggang.

"Alamak!, singa dah datang lah, lari!!" Budak lelaki itu bersama kawannya berlari meninggalkan perempuan itu. Perempuan itu menuju ke arah budak lelaki yang diejek itu. "Kau okey tak? Diorang ada buat apa-apa tak kat kau?". "Aku okeylah Freyla" budak lelaki itu menjawab dengan nada marah. "Kau marah aku ke Erlan? Maaf lah, tapi aku tak boleh biarkan diorang kacau kau. Aku taknak diorang buli kau lagi". Freyla memegang tangan Erlan untuk menghalang Erlan daripada terus berjalan.

"Aku tahu aku tak sama macam korang, aku tak ada kuasa. Aku cacat. Tapi, aku boleh jaga diri sendiri, aku tak perlukan kau untuk jaga aku. Aku tak kisah apa diorang nak kata. Aku dah biasa. Sekarang lepaskan aku!!" Erlan merentap tangannya daripada dipegang oleh Freyla. Freyla terkejut lalu segera menghalang Erlan daripada meneruskan perjalanannya.

"Tak!!! Aku tak akan biarkan kau dicaci macam tu. Erlan, kita kan kawan, aku boleh tolong kau, aku akan lindungi kau" Freyla berusaha untuk memujuk Erlan.
Erlan terkejut mendengar kata-kata Freyla lalu menundukkan kepalanya. Erlan sememangnya tidak mempunyai kawan di sekolah itu kerana kekurangannya itu. Semua pelajar tidak mahu berkawan dengannya kerana menganggapnya lemah dan bodoh. Hanya Freyla yang sanggup berkawan dengan Erlan. Dia merasa kasihan akan masalah yang ditimpa oleh Erlan dan ingin menolong Erlan.

"Hahahaha....." Erlan tiba-tiba ketawa lalu mengangkat wajahnya. Freyla terkejut lalu berundur beberapa langkah."kawan? Aku tak pernah ada kawan, tak ada orang yang sanggup jadi kawan aku. Sekarang, kau nk mengaku yang kau tu kawan aku?? Kau ingat aku percaya?" Erlan berkata dengan nada mengejek. Mata Erlan tiba-tiba berubah menjadi warna merah gelap. Freyla terkejut melihat perubahan itu."Erlan... mata kau...." Freyla berkata dalam nada ketakutan.
Mata Erlan berubah semula ke warna yang asal. Erlan seperti baru tersedar daripada mimpi. Dia terus berjalan meninggalkan Freyla yang masih kaku di lorong itu.

Waktu latihan, waktu yang paling dibencinya. Ketika waktu latihan, dia hanya boleh berlatih dengan memggunakan pedangnya sahaja manakala pelajar lain berlatih menggunakan kuasa mereka.

Setelah selesai "bermain" dengan patung kayu yang selalu dijadikan alat untuk membantu dia mengasah skill bermain pedangnya, dia berbaring di atas rumput sambil memerhati pergerakan awan dilangit untuk menghilangkan rasa letih.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi derapan tapak kaki memijak rumput. Pedang dicapai lalu bangun. Bunyi derapan tapak kaki itu semakin kuat, ia datang dari arah belakangnya. Sarung pedang dicabut. Apabila bunyi itu semakin dekat, dia berpusing lalu menghunus pedang ke arah bunyi itu.

"Aaaaa!!! Apa ni?! Ni aku lah Erlan." Freyla menjerit kerana terkejut dengan perbuatan Erlan. Erlan juga tidak menyangka yang bunyi itu datang daripada Freyla. Pedang dimasukkan semula ke dalam sarungnya.

"Kau rupanya, aku ingatkan siapa lah tadi" Erlan membalas dengan selamba lalu duduk bersila di atas rumput membelakangkan Freyla. Freyla turut duduk di sebelah Erlan. Kedudukannya sangat rapat dengan Erlan. "Eh, jauh sikit, jangan dekat sangat dengan aku". Erlan mula gelabah.

"Kenapa? Awak malu ke?" Freyla berkata dalam nada lembut. Semakin lama semakin dekat. Muka Erlan bertukar merah akibat malu. "Eh eh, jauh sikit, jauh sikit". Freyla bergerak semakin dekat ke arah Erlan. Lalu Freyla menyentuh tangan Erlan yang berada di atas rumput.

1....2....3........

"Aaaaa!!!!! Erlan menjerit lalu menjauhi Freyla. "Apa kau dah buat?!!" Erlan berkata sambil memegang tangannya yang telah disentuh oleh Freyla. "Alaa, sentuh je pun, bukan buat apa-apa pun kat tangan kau tu". Sememangnya Erlan sangat penakut dengan perempuan kecuali ibunya. Pada usia kecilnya dahulu, dia selalu melarikan diri daripada pengasuhnya yang bernama Cicy. Perasaan takutnya pada perempuan telah menyusahkan ibunya lalu terpaksa mencari pengasuh lelaki yang sememangnya sukar untuk dicari.

Erlan masih lagi memegang tangannya itu sambil mempamerkan wajah yang sedang ketakutan. Freyla yang melihat hanya ketawa. "Hei Erlan" Freyla mula memanggil Erlan selepas selesai ketawa.
"Apa?" Erlan menyahut. "Kau masih marah pada aku ke? Aku buat macam tu pun sebab nak lindungi kau" freyla berkata sambil jarinya bermain dengan rumput. "Aku dah tak marah, aku pun nak minta maaf sebab marah kau tadi. Sepatutnya aku berterima kasih kat kau sebab tolong aku". "Tak apa, kita kan kawan" Freyla berkata sambil menghdiahkan senyum yang manis. Erlan tersentak mendengar kata-kata Freyla.

Erlan tertunduk sambil tersenyum pahit "kawan...". "Hey Erlan..." Freyla sekali lagi memanggil Erlan. Erlan mengankat muka memandang Freyla. "Apa lagi?". "Hmmm... tak ada apa-apa".

Erlan memandang Freyla dengan pandangan curiga. Freyla perasan tentang perlakuan Erlan. "Apa tengok-tengok, aku tahu lah yang aku ni cantik" Freyla berkata sambil memuji diri sendiri.

"Uwekkk, nak muntah aku dengar. Kau?? Cantik?? Hahaha.. dinding lagi cantik dari kau" Erlan mengejek Freyla. Freyla menyampah mendengar kata-kata Erlan lalu membelakangi Erlan.

"Heh, merajuk lah tu" Erlan bangun dari duduknya, pedang dicapai lalu diletakkan di pinggang. "Oiii Freyla, aku pergi dulu, bye" Freyla langsung tidak membalas. Erlan berlalu pergi meninggalkan Freyla keseorangan.

"Hmph! ingatkan nak pujuk, orang tengah merajuk ni, dia lari macam tu je" Freyla berkata sambil memasamkan muka.

Elemental World: The Cursed BoyWhere stories live. Discover now