bab25

55K 941 17
                                    

"Bangun!" Terasa seperti gempa bumi. Aku membuka mata untuk melihat Sofea melompat diatas katil. Aku memandang tempat kosong yang sepatutnya ada Akmar.. Dia sudah tiada disitu, dah turun agaknya.

"Apa kau buat ni! Turun!" Aku menolak Sofea kerana aku masih mahu menghabiskan sisa tidurku.

"Nope.. Papa kau suruh kejutkan kau. Kita nak pusing keliling tasik." Sofea meneruskan aktiviti melompatnya diatas katil. "Korang ada buat apa apa tak semalam?" Usik Sofea. Aku ketawa sambil menjelingnya. "Tak.."

"Lah.. Yeke? Aku tipu je pasal ada lubang kat dinding. Ruginya kau." Sofea ketawa besar sebelum turun dari katil. Aku menggelengkan kepala dengan gelagatnya.

Aku menyarung sweater dan sweatpant berwarna hitam sebelum turun ke bawah bersama yang lain.

Aku memandang papa yang memakai jaket berwarna hitam yang sedang merenggangkan badan. "Cepat lah.." Sofea mengangkat tangannya ke arahku sebelum mereka semua menoleh ke belakang untuk memandangku.

"Kita nak jogging ke?" Soalku sambil memeluk tubuh. "Ya.. Nak kuruskan badan sikit." Papa memegang perut sambil ketawa kecil.

Aku mengikut mereka dari belakang.. Akmar masih setia berjalan disebelah. "Kenapa diorang laju sangat?" Soalku sambil memerhatikan Sofea yang paling semangat. "Mana ada diorang laju, awak tu yang perlahan.." jawab Akmar sambil ketawa kecil.

Aku menarik muka. "Tak apa.. Take your time, sayang." Aku menghiraukannya sebelum terdengar bunyi gelak tawa gadis gadis yang menghampiri kami. Mereka menjeling Akmar. Akmar turut memandang mereka sebelum aku menyiku lengannya.

"Apa?" Akmar mengerutkan dahi. "Awak pandang diorang." Aku menjelingnya. "Saya tengok je pun." Akmar tergaru garu kepala. "Awak cuma dibenarkan pandang saya je." Aku mengetap bibir.

"Ye lah sayang.." Akmar tersengih sambil memaut tanganku. Kami meneruskan aktiviti kami sebelum papa menjerit memanggil aku dan Akmar supaya bergerak lebih laju.

Kami singgah di kedai makan berdekatan tasik selepas mengeluarkan peluh yang tak seberapa.

Makanan yang dipesan kami terhidang diatas meja makan. Papa tahu aku amat menyukai ayam masak madu, dia awal lagi mengambil seketul ayam masak madu bahagian peha untuk meletakkan diatas pingganku.

Tapi hari ni aku terasa lain macam. Aku memegang dada.. Jantungku berdegup kencang. Aku memandang Akmar yang sedang menundukkan kepalanya sambil memejamkan mata.

"Awak mengandung ke sayang?" Soalan yang tiba tiba terkeluar dari mulut Akmar. Papa hampir tersembur nasi didalam mulutnya ketika dia sedang mengunyah. Akmar menekup mulutnya sambil memandang mereka dengan wajah yang sudah pun berubah warna.

Aku mengerutkan dahi. "Merepek lah awak ni." Aku menyiku lengannya sebelum menyentuh nasi.

Belum sempat aku memasukkan ayam masak madu yang digaulkan bersama nasi, perutku seperti sedang mengamuk minta supaya dia tidak diusik.

Aku berlari ke arah sinki untuk mengeluarkan apa yang diminta perutku supaya terkeluar..

Tapi, tiada sedikit pun isi perutku yang terkeluar, mungkin kerana masih kosong. Belakangku digosok. Aku menoleh ke belakang untuk memandang Akmar.

"Awak mengandung.. Kan?" Soalnya sambil merenungku. Aku turut memandang matanya sambil mengangkat bahu.

Papa menghantar aku dan Akmar ke klinik terdekat untuk memeriksa. "Tahniah puan Aleisha.." Puan? Aku mengandung. Jantungku berombak kencang..

"Dah tiga minggu?!" Akmar kedengaran teruja. Aku memandang Akmar saat dia mengenggam tanganku erat. "Sayang dengar tak?!" Akmar tersengih sambil menarikku ke dalam pelukannya.

"Anak pertama?" Soal doktor berbangsa india itu. "Ya.." Jawab Akmar sambil menguntumkan senyuman. "Jaga kandungan tu baik baik..." Doktor memesan kepada kami.

Aku sekadar mengangguk. Kami keluar dari klinik.. Aku akan gemuk lah nanti.. Oh gosh!

"Awak tak nampak happy.." Akmar memegang bahuku. "Mana ada lah." Jawabku sambil menguntumkan senyuman. Aku happy sebab kandungkan anak Akmar. Aku cuma tak happy sebab aku akan gemuk, tu je..

"Are you sure?" Soal Akmar. "Ya.." Jawabku sambil memaut lengannya. "Saya janji akan jaga awak." Bisik Akmar. Aku tahu dia akan menjagaku.. Ketika aku tidak mengandung pun dia sudah menjagaku, inikan pula sudah berisi..

Aku dan Akmar masuk ke dalam kereta.. "So, how?" Soal papa sambil menoleh ke belakang untuk memandangku. "Pregnant, kan?" Sofea menduga. Aku dan Akmar saling berpandangan.

"Ibu akan jadi nenek ke?" Soal ibu pula. "Zairi akan jadi pakcik ke?" Zairi pula menyoal. "Macam mana nak cakap eh.." Akmar tergaru garu kepalanya seperti dia sedang merasa serba salah.

"Kenapa? Ke Al tak sihat?" Ibu sudah bersangka ke arah lain pula. "Al sihat, baby dalam perut dia pun alhamdulillah sihat juga." Kata Akmar sebelum Sofea terjerit didalam kereta. "Oh my God! Aku akan jadi auntie!" Sofea memelukku erat.

"Papa akan jadi atuk lah ye.." Papa mengusap janggutnya. "Kan Ri dah cakap, tak lama lagi ibu akan dapat cucu.." Wajahku terasa panas ketika mengingat kembali peristiwa yang memalukan terjadi tempoh hari.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now