Hari Persekolahan yang Tidak Begitu Teruk

Start from the beginning
                                    

"Eh? Kenapa dengan muka awak , Berry?"

"T-takde a-apa. Apapun siapa nama budak tu?"

"Oleum Williams"

Aku terdiam seketika. Oleum Williams? Nama dia pelik.

"Hahaha. Kenapa pelik je bunyi nama dia?"

"Biasalah. Nama sekolah ni pun pelik. Apa salahnya kalau pelajar sekolah ni pun pelik kan?"

Aku mengangguk sebagai tanda setuju.

Kringggggggg

Loceng sekolah mula kedengaran menandakan waktu sekolah telah tamat. Aku melonjak kegembiraan. Finally , I'm freeeee!!!

"Wuhuuu~"

"Haha seronoknya awak"

"Mestilah!"

Aku dan Amber tertawa bersama. Hari pertama sekolah aku dah dapat kawan yang cukup baik.

"Kau nak tau tak , kau ni kawan pertama aku tau"

"Ya ke?"

Aku mengangguk lalu tersenyum.

"Bangganya saya. Mulai hari ni , kita jadi kawan rapat okay?"

Amber mengeluarkan jari kelinglingnya. Aku hanya memandang lalu mengangguk.

"Okay!"

Aku mengeluarkan jari kelingking juga lalu menyatukan jariku dengan Amber sebagai satu perjanjian rasmi kami. Heh gembiranyaa! Aku dan Amber berjalan perlahan meninggalkan meja kami sehinggalah sesuatu benda terjatuh di hadapanku. Bekas cermin mata.

"Mm..ni awak punya ke?"

Aku menghulurkan bekas cermin mata tersebut ke Oleum. Dia hanya terdiam atau lebih kepada terkaku.

"Mm hello? Ada sesiapa tak ni?"

Aku melambai-lambai di hadapan muka Oleum. Berkhayal ke apa budak ni. Tidak lama selepas itu , Oleum seakan-akan tersedar semula lalu bersuara.

"Y-ya. S-saya p-punya. T-terima kasih , B-berry"

"Sama-sama"

Aku memandangnya lalu menghadiahi Oleum satu senyuman manisku. Oleum terkaku lagi sekali. Alahai.

"Mm..okaylah. Saya balik dulu. Bye , Ole"

Muka Oleum mula memerah. Aih malu ke. Secara tiba-tiba , baru aku tersedar. Aku memanggil Oleum dengan panggilan 'Ole'. Suka hati aku je panggil dia dengan nama tu. Sekarang giliran aku pula untuk malu. Alahai~

"Mm..sorrry. Saya tak sengaja panggil awak dengan nama panggilan tadi"

"E-eh! Takpe! Saya tak k-kisah"

Aku tersenyum kecil. Dia ni baik juga. Comel juga. WAIT.WHAT DID I SAY?!

"Okay kalau macamtu. Bye , Ole. Haha"

Aku tertawa lalu melambai ke arahnya. Oleum hanya terkaku lalu melambai dengan kekoknya.

"B-bye , Berry"

Aku berlari anak ke luar pagar sekolah. Tiba-tiba seseorang menolakku dari belakang. Aku menoleh lalu melihat Amber mengukirkan senyuman sinis.

"Eceh~ bersweet dengan Oleum tadi. Nampak sepadan sangat"

Muka aku memerah seperti epal merah. Malu yang amat. Aku memukul perlahan pada bahu Amber.

"Mana adalah"

Tidak lama selepas itu , aku ditolak sehingga hampir mencium bumi. Namun aku selamat disambut oleh seseorang. Aku membuka mata untuk melihat empunya badan. Oleum Williams?!

"Mm..terima kasih , O-ole"

"Sama-sama"

Kini pandanganku beralih kepada empunya badan yang menolakku. Nampaknya dia seronok mentertawakan aku. Empunya badan tersebut memaling ke arahku dengan senyuman sinis di bibir.

"Aloo~ kesiannya. Hampir nak jatuh ya?"

"Grrr~"

"Eh! Ni boyfriend ke? Superhero dah datang selamatkan dialah. Sweetnyaaa~"

Aku memandang ke arah Oleum. Mukanya sudah merah. Memang nak kenalah perempuan ni.

"Alicia! Kau nak ejek aku dipersilakan tapi jangan kaitkan orang lain dalam hal ni"

"Alahai.. Backup pula. Gelikan geng. Ewwww~"

Gelak ketawa Alicia bersama geng gediknya bergema satu sekolah. Gelak macam pontianak heh. Aku gelak lagi sopan daripada kaulah.

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku ha , Alicia?"

"Takde apa. Aku cuma nak bergurau dengan kau je"

Sedang khusyuk Alicia tertawakan aku , sekumpulan pelajar lelaki mendekati kami berdua. Tiba-tiba , Alicia menjerit macam gila.

"BRENDANN!"

"Hei jangan dekat dengan akulah perempuan gedik"

Langkah Alicia mati. Dia terkaku. Heh padan muka.

"Dengar sini. Tak payah beranganlah nak jadi girlfriend aku. Lagi satu , jangan usiklah Berry ni. Kalau tak , kau kena berhadapan dengan aku dan geng aku"

Alicia tergamam. Kemarahan boleh dilihat melalui matanya. Dia mengalihkan pandangan ke arahku.

"Kau tunggulah , Berry! KAU TUNGGU!"

Dengan itu , dia berlalu pergi. Aku terdiam. Heh Alicia penakut. Pelajar lelaki bernama Brendan mendekati aku.

"Hai. Saya , Brendan. Awak okay?"

"Okay. Terima kasih"

Aku memandang ke arah Oleum. Mukanya masih merah dari tadi. Aku mendekati jarak aku dengannya lalu membisik sesuatu ke telinganya yang menyebabkan dia terkaku macam patung dan mukanya menjadi merah macam epal merah.

"Terima kasih , Ole. You're such a hero. Saya terhutang budi pada awak"

Aku mengenyitkan mata pada Oleum lalu melambai ke arahnya , Brendan and the geng dan juga Amber. Senyuman manisku diserlahkan membuatkan mereka semua tergamam. Tidak lama kemudian , kereta Jake telah tiba. Aku membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta. Aku memandang ke luar tingkap dan tersenyum. Hari ni aku dapat musuh yang teruk tetapi aku dapat ramai kawan yang baik sangat. Aku hanya tersenyum memikirkannya sepanjang dalam perjalanan pulang.

Daughter Of Light Where stories live. Discover now