Bab 8

1.3K 38 7
                                    

1 Ini adalah bab terakhir yang akan saya paparkan di wajah "watpadd". Sekiranya anda semua menyukai cara saya menulis. Jalan cerita saya. Boleh follow fb saya untuk dapatkan versi cetak.  Nama fb saya Khaidir Helmi. Terima kasih.

2 Dua minggu dari sekarang, karya "Rommmate" akan mula berada di pasaran. Terima kasih buat yang menyokong saya. Yang baca karya saya. Yang minat karya saya. Terima kasih semua. Saya amat hargai anda semua. Terima kasih sangat. Anda semua ohseme!

"Aku mahu kita sama-sama mati. Satu tanah. Satu kubur."

Pagi itu, para pelajar berpusu-pusu ke kelas masing-masing. Awira mencari-cari kelibat Muqri, namun hampa. Dia langsung tidak terpandang akan kelibat Muqri. Mungkin Muqri sudah masuk ke kelas, fikir Awira.

Gara-gara semalam, Awira jadi mengantuk. Tidurnya tidak lena. Ikutkan hati, Awira tidak mahu ke kelas pagi ini. Namun, apabila terfikir yang dia sudah banyak kali ponteng, dia hadir. Lebih baik dia pergi untuk mengelak daripada dipanggil dekan fakulti, Doktor Nurazan kerana berlakuan tidak baik.

Sewaktu Awira bangun tadi, Sofi masih belum pulang. Entah ke mana dia pergi. Semarah-marah Awira pada rakan sebiliknya, dia tidak sampai hati hendak membiarkan Sofi dalam keadaan begitu. Kalau ada jalan, dia akan bantu Sofi untuk lepas daripada genggaman Bloody Mary. Hantu pujaan pelajar-pelajar universiti ini.

Khurafat!

"Awira!"

Awira menoleh ke belakang walaupun dia sudah tahu siapa yang memanggilnya. Muqri.

"Semangat kau ke kelas. Aku ingat kau nak ponteng kelas Dr. Hayyi hari ini. Kau kan budak jahat. Budak jahat mesti tak masuk kelas,"

"Aku masuk kelas bersebab. Aku nak tunjuk baik depan Qirin. Mana tahu dia nampak aku baik. Rajin masuk kelas. Dia jatuh hati pada aku. Tengok, aku siap pakai kopiah lagi. Nampak macam ustaz, kan?" Awira tersengih.

"Kotor taktik kau. Nak ngorat Qirin tapi pura-pura jadi baik. Memang bapa segala munafik kawan aku ni,"

"Kadang-kadang kita perlukan lakonan untuk merebut hati perempuan, Muqri. Lagi-lagi perempuan tudung labuh macam Qirin. Aku tahu perempuan macam dia akan cepat cair dengan orang soleh ala-ala daie millenia macam aku."

"Aku dah bagi amaran supaya jangan dekati Qirin. Tapi kau degil juga. Apa yang aku boleh kata. Aku cuma mampu cakap, 'Good luck, bro.' Moga kau dapat tawan hati beku dia"

"Kelas kita di mana, Muqri? Kau tahu tak?"

Awira sengaja mengubah topik. Tidak perlulah meleret bagai pasal cinta ini. Takut orang yang dengar, boleh muntah hijau.

"Kalau ikut jadual, kelas kita di Bangunan Umar. Tu dia!"

Muqri menunjuk ke arah bangunan yang dimaksudkannya. Awira mengerling jam di tangan. 8.55. Fuh! Lega. Belum pukul 9.00 pagi. Kalau masuk lambat, mesti Qirin fikir Awira tak beradab dengan pensyarah. Dia kena tunjuk akhlak yang baik. Pantas saja dia berjalan ke Bangunan Umar.

Tak sabar nak jumpa Qirin.

***

Dalam kelas, Awira tidak menumpu sepenuh perhatian kepada apa yang diajar. Sebaliknya, matanya asyik melirik Qirin. Sengaja dia mengambil tempat duduk di bahagian belakang sekali semata-mata untuk melihat si buah hati. Muqri yang perasan, menegur.

"Kau mabuk ketum-kah? Dari tadi aku perasan kau asyik tengok Qirin saja. Bukannya kau nak dengar Dr. Hayyi cakap apa. Sengal betul. Agak-agaklah weh. Kita dalam kelas ni."

"Aku punya sukalah nak buat apa. Weh, dalam kelas saja aku boleh hadap muka dia tahu. Luar kelas, takkan aku nak buat kerja gila masuk asrama perempuan pula."

Sebenarnya, Awira sendiri tidak sedar apa yang dia cakap. Sekadar hentam apa yang terlintas dalam fikiran waktu itu.

"Amboi, cakap. Main lepas saja. Apa kata kau masuk saja asrama perempuan tu. Orang, kalau dah bercinta, sanggup buat apa sahaja. Lautan api sanggup diredah, gunung yang tinggi pun sanggup didaki."

"Kau cabar aku, Muqri? Aku buat sungguh baru terkejut beruk kau." Awira tersengih-sengih.

"Terserah. Kalau dah berani sangat, buat. Itupun kalau rasa nak kena buang universitilah. Lagi aman hidup aku kalau kau tak ada."

Berdesup Awira memalingkan wajah ke arah Muqri. Dia merenung Muqri macam hendak ditelan.

"Amboi, mulut! Macam mintak kena cili,"

Muqri ketawa kecil. Perlahan sahaja agar tidak didengari pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Ketika itu jugalah seorang pelajar lelaki baru masuk ke dalam kelas dan duduk di hadapan Awira. Mula-mula, Awira tidak perasan kehadirannya kerana asyik berbual dengan Muqri. Namun setelah menghadap ke depan, dia rasa macam kenal dengan pelajar itu.

"Eh, Sofi, kau kelas sekali dengan akukah? Sama course dengan aku?"

Tiada jawapan. Macam bercakap dengan anak patung. Awira mengherotkan bibir.

"Sudahlah semalam kau buat perangai macam orang gila. Sekarang kau senyap bak patung cendana pula. Weh, baik kau lepak di hospital sakit jiwalah, Sofi. Aku pun dah malas nak ada rakan sebilik macam kau. Gila!"

Awira sakit hati dengan sikap yang ditunjukkan Sofi. Nanti tak pasal-pasal dia pula yang gila. Kemudian, dia menumpu pada apa yang diajar oleh Dr. Hayyi. Malas hendak melayan orang ada masalah jiwa ni.

"Kau benci aku, Awira. Sampai hati," ujar Sofi. Kawan sebiliknya itu kemudiannya berpaling ke arah Awira.

"Apasal aku cakap tadi kau tak jawab? Pekakkah?"

"Aku bukan tak nak balas. Tapi kau tahu kan aku ada masalah. Semalam pun aku dah nak jadi gila. Mujur hari ini aku masih ke kelas,"

"Kau yang cari pasal. Memanglah, Sofi. Cuba kalau kau dengar nasihat Najmi. Taklah kau jadi gila macam semalam."

"Wei, Awira, kau cakap dengan siapa? Kau gilakah?"celah Muqri.

"Kau yang gila kata aku gila pula. Kau butakah? Tak nampak aku tengah cakap dengan rakan sebilik aku ini?" Awira berpaling ke arah Muqri.

"Apa yang mengarut sangat kau ni? Dari tadi mana ada orang depan kita. Dahlah kita berdua saja duduk belakang sekali."

Awira tergamam. Betulkah cakap Muqri? Perlahan-lahan dia berpaling semula untuk mencari Sofi. Tiada. Hanya kerusi kosong yang tidak bertuan.

"Jadi maknanya, aku cakap soranglah dari tadi?"

"Itulah kau. Orang suruh fokus Dr. Hayyi cakap apa, kau tumpu benda lain. Kan dah kena kacau dengan syaitan."

Awira sangat yakin dia bercakap dengan Sofi sebentar tadi. Peliknya, Sofi boleh hilang begitu saja. Dia semakin tidak faham dengan semua ini. Apakah itu syaitan? Atau dia yang berkhayal? Persoalan demi persoalan menerjah, membuatkan dia buntu.

"Ada apa-apa soalan sebelum saya keluar?" Dr. Hayyi bertanya.

Semua pelajar diam. Macam berat sangat nak jawab ya atau tidak.

"Baiklah, saya faham. Nanti kelas seterusnya, saya nak pelajar saya pula yang bercakap memandangkan semua dah macam pandai. Boleh?"

"Boleh, Dr. Hayyi, boleh."

Semua pelajar dalam kelas itu menoleh tajam pada Awira.

'Salahkah apa yang aku cakap? Dr. Hayyi tanya, aku jawablah. Korang tengok aku macam nak makan apasal? Nak penumbukkah?'

Dari luar tingkap, kelihatan suatu jasad yang sejak tadi memerhatikan Awira. Kepalanya senget ke bahu. Matanya hitam bulat. Wajahnya bersih putih. Rambutnya mengerbang sampai ke punggung. Dia mengukir senyum.

"Awira ... Awira ..."


Room MateWhere stories live. Discover now