Bab 4

2K 43 15
                                    


Pada awal minggu semester pertama, Awira bersemangat sekali menuju ke kelas yang berada di blok G. Tadi, sebelum ke kelas, Sofi beria-ia mengutuk Awira sebagai skema. Mengejeknya sebagai 'nerd' dan sebagainya. Tetapi Awira ke kelas hanyalah sekadar hendak menunjukkan muka, manalah tahu kalau-kalau dipertemukan dengan bakal jodoh di dalam kelas itu nanti. Pertama-tama, dia haruslah tunjuk akhlak yang baik. Bukan tunjuk perangai kaki ponteng. Barulah ada mata yang memandang. 'First impression' itukan paling penting?

Sampai sahaja di kelas Ga05, Awira menolak daun pintu. Mata Awira merayap ke arah rakan-rakan sekelas termasuk yang perempuan. Tetapi hampa. Tiada satu pun yang berjaya membuat Awira tertarik hati. Dia mencebik bibir dan duduk di sebelah pelajar lelaki.

Ini kelas apa? Kelas makcik tua ke? Semua perempuan dalam kelas ini muka dah macam mak nenek... Rasanya Makcik Limah yang duduk hujung kampung aku lagi cun...Putus selera Awira.

"Hai. Nama kau apa?" tanya penuntut di sebelah Awira. Dia tersenyum manis.

"Awira. Kau pulak?" Laju Awira membalas.

"Aku Muqri Hamdani. Kau boleh panggil aku Muqri. Aku asal sini. Kau pulak orang mana?"

"Aku asal Kuala Lumpur. Eh, boleh aku tanya kau sesuatu? Tapi kau jangan anggap aku pelik lah." Awira tersengih.

"Tanya ajalah. Aku tak kisah. Jenis open aku," balas Muqri. Lagaknya seperti seorang yang peramah.

Awira tersenyum. Dari situ nanti, Muqri ini boleh jadi kawannya atau tidak. Sama ada jelmaan malaikat atau iblis. Kalau iblis, baguslah,. Jahat fikiran Awira.

"Aku bukan apalah Muqri. Aku tengok perempuan dalam kelas ini lain macam. Semua aku tengok dah macam air longkang. Fesyen dah macam mak nenek. Tudung punyalah labuh macam telekung sembahyang. Siap baju kurung bagai. Dia orang semua ini tak ikut trend semasa ke? Ke dia orang baru keluar dari bertapa kat gua Zimbabwe?" hilang terus niatnya hendak mencuci mata apabila melihat pemandangan yang sebegitu rupa.

"Ish! Kau ni Awira, mulut kau boleh tahan. Macam gampang. Dia orang pakai macam tu sebab ikut peraturan. Kalau keluar universiti tengoklah. Dah macam anak haram sorang-sorang. Munafiq semua budak kelas kita ni," ejek Muqri. Makin lebar senyuman Awira.

"Yes!"

Ujian lulus. Satu kepala. Boleh jadi kawan baik ni nanti. Awira memang suka dengan budak yang bukan skema. Jenis yang otaknya 'masuk air'.

"Kau duduk blok mana dan tingkat berapa, Muqri? Yalah. Mana tahu nanti kalau bosan-bosan aku boleh lepak bilik kau ke."

"Blok N tingkat lima. Marilah. Aku memang suka pun kalau ada yang datang bilik aku. Bukan apa. Daripada menghadap roommate aku yang bajet-bajet alim, baik hadap kau lagi bagus. Gila weh roommate aku. Tiap-tiap hari suruh aku solat. Aku bukan tak nak solatlah kan. Tapi tak suka lah weh main paksa-paksa macam tu," ujar Muqri sambil mencebik bibir.

Lagilah bertambah lebar senyuman Awira mendengar Muqri bercakap begitu.

Sedang Awira sibuk bersembang dengan Muqri, seorang pelajar perempuan menuju ke arah meja Awira. Di tangannya terdapat sehelai kertas.

"Hai awak. Boleh tolong edarkan kertas ni tak? Mintak awak dengan kawan-kawan awak tolong isikan nombor telefon sekali, sebab nanti nak masukkan dalam group whatsap. Kalau nanti ada perubahan kelas atau pensyarah tak masuk, boleh beritahu aja dalam group," kata pelajar perempuan itu.

Wajahnya manis dipandang. Sejuk hempedu Awira seketika. Hampir terketar-ketar tangan Awira menerima kertas daripada tangannya .

"Boleh. Takda hal. Tapi sebelum itu nama awak apa ya? Mana tahu kita boleh jadi kawan," tanya Awira yang ingin mengenali perempuan itu secara lebih dekat.

Room MateWhere stories live. Discover now