Bab 2

2K 49 5
                                    



Tepat jam 12.30 tengah malam akhirnya Minggu Mesra Mahasiswa menutup tirai. Awira cepat-cepat bergegas pulang. Dia berjalan seorang diri sahaja. Tidak seperti penuntut lain yang berjalan bersama kawan-kawan.

Dia juga mencari Najmi tadi tetapi kelibat budak itu langsung tidak kelihatan. Entah-entah si Najmi ini ponteng. Teruk betullah budak Najmi ini. Minggu pertama masuk universiti dah pandai buat perangai. Tak berubah. Sama macam dulu, getusnya.

Masih tak hilang dia punya perangai hantu.

Dalam perjalanan pulang ke Blok O, sekali lagi dia terjumpa dengan perempuan berjubah hitam. Namun kali ini dia bukan dari kawasan perkuburan, tapi sedang duduk di pondok asrama. Seorang diri. Kepala ditundukkan. Sedikit pun tidak kelihatan wajahnya.

Awira cuba curi-curi pandang tetapi yang kelihatan hanya tudungnya yang bewarna hitam. Terdetik juga di hati Awira mahu menyapa, Namun, apabila difikirkan, buat apalah nak menyibuk hal orang. Biarlah sajalah makcik itu. Mungkin dia sedang menunggu anak 'manja'-nya.

Dari bawah, dia melihat biliknya yang menghadap ke jalan, masih terang. Mendorong dia meneka yang Sofi mesti belum tidur lagi. Tanpa memperdulikan makcik tadi, Awira terus menapak ke tangga blok.

Jejak saja tangga pertama, Awira sudah mula merungut dalam hati. Ini semua pasal akak fasilitator pagi tadi. Padahal masih boleh tukar untuk tinggal di tingkat bawah. Disebabkan dia, Awira terpaksa tinggal di tingkat paling atas. Penat weh! Mahu tercabut segala sendi.

"Assalamualaikum." Awira membuka pintu bilik.

"Eh, Awira. Kau dari mana?"

Sofi tidak menjawab salam sebaliknya terus menanyakan soalan pada Awira. Dia duduk di atas katil seraya memandang Awira yang melangkah masuk. Raut wajah kawannya yang kepenatan jelas terpapar. Di hadapan Sofi, kelihatan bidak-bidak catur yang masih tersusun di atas papannya. Dia bermain seorang diri. Mungkin sedang merangka strategi.

"Aku dari minggu mesra pelajarlah. Kau tanya aku macam tak tahu apa-apa saja. Mesti selama ini kau ponteng, kan?"

Sofi tersengih. "Memang pun. Buat apalah nak susah-susahkan diri pergi. Lebih baik aku di bilik saja. Tidur lagi baik tahu."

Oh, heaven!

"Tak sangka aku. Rakan sebilik aku teruk betul perangainya. Kau pakai ilmu apa sampai tak kena tangkap dengan fasi, Sofi?" Awira ingin tahu. Dia mengambil tempat di birai katil. Mahu menuntut tip daripada Sofi.

"Mana ada ilmu apa-apa. Mereka yang buta tak nampak aku. Alah, sebenarnya kau tu yang lurus bendul, Awira. Tak susah pun sebenarnya. Kau kunci saja bilik. Lepas itu, tutup lampu, tutup kipas. Mesti mereka ingat kau tak ada dalam bilik."

Awira tersenyum. Boleh pakai juga otak Sofi ini. Gila!

"Weh, hebat betul kau, kan. Kenapalah aku bodoh sangat sampai tak dapat idea macam kau."

"Well, ini Sofi-lah. Memandangkan kau budak baru, aku nak nasihat. Jangan jadi budak baik sangat tahu. Tak guna jadi baik. Buat apa. Jadi jahat lagi bagus. Hidup ini lebih tenang kalau tiada peraturan, tahu."

Tak sangka orang yang nampak ala-ala soleh macam Sofi rupanya buruk perangai. Ini mak kata orang Pantai Timur semuanya baik? Jadah betul. Eh, tapi bukankah Sofi orang Johor? Ah, lantaklah. Ada aku kisah? Semuanya sama saja!

"Haha. Kau nak ajak aku jadi jahat, Sofi?" Awira tersengih-sengih.

"Kalau kau rasa nak jadi jahat, boleh saja nak ikut aku. Kau pun bukan jenis kaki solat, kan? Aku tak kisah kalau kau jahat pun. Asal kau tak macam-macam dengan aku dah cukup," balas Sofi dengan jujur.

Room MateKde žijí příběhy. Začni objevovat