Royals 2

43.5K 2.9K 250
                                    

Sudah dua minggu mereka berada di tingkatan 4. Seminggu itu juga mereka menjadi rapat.

4 PA 1

Farra tidak mengikat rambutnya hari ini. Rambut itu menyembunyikan lebam di mukanya. Iris pada mulanya menganggap bahawa Farra memang tidak mahu mengikat rambutnya. Semakin lama semakin curiga dia terhadap Farra.

Iris menyelak rambut Farra.

"Beb!" Iris terjerit kecil.

"Shh.." Tiba-tiba Farra menangis.
Iris memeluk Farra.

"Kau kena pukul dengan ayah angkat kau lagi ya?" Soal Iris sambil menggosok belakang Farra.

Farra mengangguk.

"Shh dah dah. Jangan nangis." Pujuk Iris.

Amisya menoleh ke belakang. Dia turut terkejut.

"Why?" Bisik Amisya.

"Dia kena pukul lagi." Jawab Iris.

Amisya menepuk-nepuk bahu Ariana. Ariana mengeliat. Amisya menepuk lagi. Ariana mengeliat lagi. Amisya menepuk lagi. Ariana geram!

"Apa?!" Marah Ariana.

"Tuu." Jawab Amisya.

Ariana berpusing ke belakang.

"Again?" Soal Ariana.

Iris mengangguk.

Nathra dan Lyssa di meja depan Ariana dan Amisya turut berpusing kebelakang tatkala mendengar bisik-bisik di belakang.

"Sabarlah Farra. Aku pun semalam kena maki dengan abang angkat aku. Dia kata aku ni anak pungut dan menyusahkan keluarga aku." Kata Iris sambil menggosok belakang Farra.

Amisya memegang tangan Iris untuk memberi semangat kepadanya.

Nathra dan Lyssa berjalan ke arah mereka.

"Dah lah Farra jangan menangis lagi. Kita semua ni senasib. Kita orang faham apa yang engkau rasa." Pujuk Nathra pula.

Lyssa dan Nathra saling berpandangan lalu mengeluh kecil.

"Aku tak tahu apa salah aku sampai ayah aku benci sangat dengan aku. Mak ayah aku, dua-dua tak sayang aku." Kata Farra dengan tersedu-sedu.

"Tak apalah kalau diorang tak sayang kau. Kita orang saaaaaaayang kau." Kata Amisya lalu memeluk Farra.

"Yeah, kita orang sayang kau." Mereka berenam berpelukan bersama.

******🍒6Royals🍒******

2.30 petang. 4 PA 1 baru saja selesai kelas tambahan.

Ariana cepat-cepat mengemas barang-barangnya. Huru-hara dirinya tika ini.

"Kau kenapa Ari?" Soal Amisya.

"Aku lupa nak beritahu mak aku yang aku ada kelas tambahan. Mesti mak aku tunggu aku. Balik nanti mesti aku kena pukul ." Jawab Ariana sambil tangannya lincah mengemas buku-buku.

"Nak kita orang teman tak?" Soal Farra.

"It's okay." Jawab Ariana lalu berlari keluar dari kelas.

"Oh gosh that girl memang suka barang tercicir. Nanti kita hantar novel dia ni eh?" Kata Amisya.

Yang lain balas anggukan.

6 RoyalsWhere stories live. Discover now