Apa tujuan pakai niqab ni ? Zaman dulu-dulu dekat Arab perempuan memang pakai niqab sebab apa ? Sebab kat sana cuaca panas , bahang dekat muka. Kalau tujuan lain pun mungkin sebab nak tutup muka , taknak dedah aib .Tapi zaman dulu mana ada make up semua ; Eyeshadow lah Mascara lah Eyeliner lah Contact lens pun belum wujud . Ala ada pun macam celak je .
hmm . sekarang ni ceritanya dekat Malaysia jelah . Berlambak Niqabis . Perasan ? Memang bagus pakai kalau ada niat yang baik . Baguslah kalau niat nak pelihara wajah daripada ditatap oleh golongan ajnabi .
MEMANG BAGUS TAPI .....
Perlu ke pakai Eyeshadow semua tu ? siap ala ala Smokey lah . Eyeliner Mascara tebal-tebal . Contact lens lagilah dah macam mata ular .
Kenapa buat semua tu ? Sebab mata je yang boleh ditunjuk?
Lepastu boleh pulak post dekat instagram .
Kenapa ? Instagram tak diprivate pulak tu .Selfie sana sini . Sedangkan yang tak berniqab pun ajnabi suka , yang berniqab apatah lagi . Lebih parah kalau si ajnabi siap cuba bayangkan muka sebenar yang berniqab tu . Terbayang-bayang dalam minda .
Post gambar selfie dengan caption agama .
Apa kaitannya?
Belum cerita lagi yang berniqab sebab baca buku-buku agama yang dijual di pasaran . Konon ditarbiyyah oleh buku tu . eh peliknya , selama ni ustazah ustaz mengajar tak tertabiyyah ke ? lepas tu , perangai tak ubah juga . Luaran dah ganti tapi dalamnya masih sama . Apa kebeno tarbiyahnya tu haih .
Tak mungkin takde orang yang tanya pasal "penghijrahan" kau tu
"Macam mana boleh tergerak hati nak berniqab ni weh"
"Apa perasaan kau bila dah berniqab
ni "Dan dengan bangganya ceritalah kisah penghijrahan kau tu dan yang keluar kat mulut orang lain
"woahh"
"baik ah"Kagumlah orang . Yelaa , dengan pengolahan ayat kau yang macam ahli kitab . Siapa je tak kagum . Sudah-sudahlah tu . Dah jelak aku melihatnya . Cukuplah bercakap macam tahu segalanya padahal kau masih baru nak mulakan perjalanan penghijrahan tu .
Macam sebelum ni aku cakap PENDAPAT ORANG LAIN-LAIN . Ni semua berdasarkan pemerhatian aku sendiri , mungkin orang pandang lain tapi nak buat macam mana kan , inilah pandangan aku .
Aku harap sangat sesiapa yang dah niat nak berniqab tu fikir-fikirkan lah . Takut kita bawak imej buruk kepada agama kita sendiri . Kalau setakat nak dipuji orang , tak payahlah . Lagipun agama tak mewajibkan pun pakai niqab . Jadi hang gatai2 nak pakai pasaipa ?!
sekian ...
p/s : ni semua umum , tiada kaitan dengan sesiapa. Cuma luahan pendapat.
YOU ARE READING
Certot SENTAP
RandomGuys im really sorry because certot are not certot anymore. Tbh, this is my life, this is the truth, this is the reality. AND STILL, MASIH MENGHARUNGI HARI2 YANG MENYAKITKAN