HINA

154 3 0
                                    

Pernah dihina?
Atau pernah menghina?
Suka? Bahagia? Seronok?

Hati-hati sikit takut dah terbiasa nanti jadi "makanan harian"

Bila dah rasa seronok menghina, boleh jadi lupa apa makna menghina

Mungkin setiap percakapan dengan orang ada unsur menghina dan jangan pelik kalau kata² hina tu dah kau anggap gurauan apabila bercakap dengan orang lain
Contohnya;
A seorang yang agak gempal badannya dan di sekelilingnya cuma ada kawan² yang keding tak segempal dia. Kawan-kawannya selalu memanggil dia Mok disebabkan kelainannya tu.

Sesetengah orang mungkin dah biasa dengan lawak kasar
Tapi yang lainnya tak, lagi² yang jenis cepat terasa

Bagi yang menghina pastinya menganggap omongan tu cuma gurauan

"lek ah, bergurau pun tak boleh"
"ala macam tak biasa pula dengan gurauan aku"

Tapi masalahnya bila yang diajak bergurau tu terasa hati.
Bahayanya kalau terdetik rasa sakit hati yang lama² terpendam jadi benci & dendam.

Jangan sampai je yang terguris tu doa bukan² untuk si penghina.
Doa orang teraniaya kan dimakbulkan Tuhan :')

Kalaupun yang dihina tu pemaaf orangnya jangan ingat dah selamat.
Ingat Allah senang² nak lepaskan kau selepas apa yang dah kau buat?

Seronok "bergurau" dengan orang lain sampai lupa yang di kiri & kanan mencatat perlakuan kau?

Kau sangka sakitkan hati orang tu tak dikira berdosa

Kau silap sama sekali
Kalau terus-terusan alamatnya macam air mengalir lah dosa kau
macam hutang kad kredit yang sentiasa bertambah.

Harap jelah seseorang yang terasa tu jujur dengan kau supaya kau boleh berhenti daripada terus buat macam tu.

Biasanya perkara macam ni susah nak sedar sebab namanya pun dah terbiasa kan .

Bila dah tersedar, cepat-cepatlah minta maaf dengan orang yang berkaitan, mohon ampun & berdoa supaya dijauhkan dari benda² mungkar macam ni

Kalau tak insaf jugak, jangan ingat selamat hidup kau.
Selamat kat dunia tak bermakna selamat di akhirat.
Sekian....

Certot SENTAPWhere stories live. Discover now