BAB 21

3.4K 112 0
                                    

Suhaidah p.o.v

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju iaitu Aeon. Kami keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk Aeon.

Kami berjalan sehingga sampai di kedai yang bernama 'Starbuck'. Kami duduk di meja yang tersorok sikit untuk mengelakkan bunyi bising.

Iqbal tolong orderkan air untuk kitorang. Sementara menunggu air untuk siap, kami berbincang serba sedikit tentang kerja sejarah ni.

"So korang nak buat tempat kat mana ni? ",tanya Azam.

"Aku ingat kan apa kata kita cakap tentang Menara Condong, Teluk Intan sebab tempat tu paling banyak maklumat. Jadi senang sikit nak bentang",kata Ain .

"Bagus jugak tu. Jadi semua setuju ke??, tanya iqbal.

Aku dan Azam menganggukkan kepala menandakan setuju dengan pendapat Ain. Kami pun berbincang dan mencari maklumat serba sedikit tentang tempat yang kami nak bentang nanti.

Selepas 1 jam berlalu, akhirnya kami siap berbincang. Selepas mengemas barang-barang yang terdapat atas meja, Iqbal mengajak kami untuk pergi ke panggung wayang.

"Korang, jom pergi panggung nak tak?? ",ajak iqbal.

"Aku on je",kata azam.

"Aku pun sama. Tapi aku nak pilih cite eh. Takde bantahan!! ",kata ain.

"Mana boleh. Entah2 cite yang kau nak tengok tu tak Best",kata azam.

"Best lah",kata ain pulak.

Tengah azam dan ain bergaduh iqbal mendekati aku dan mengajakku untuk terus pergi ke panggung wayang meninggalkan mereka berdua.

Kalau ikut kan hati aku, aku tak nak pergi sebenarnya sebab aku still awkward nak lepak dengan iqbal. Tapi ain dengan azam dah setuju nak buat macam mana.

"Woi, korang tunggu lah",jerit ain.

Ain dan azam berlari ke arah kami. Sampai sahaja di pawagam, ain dah serbu kaunter.

"Akak, saya nak 4 tiket untuk cerita 'Doctor Stranger' ya",kata ain.

"Eh, sedap kau je kan. Aku nak tengok cerita lain lah",kata azam.
"Tak payah. Best lah cite ni. Tengok je lah",kata ain pula.

"Masalahnya aku tak nak. Kau paham tak??! ",kata azam.

"Kau ni tak puas hati sangat dengan aku kenapa hah!!! Dari sejak kau datang sekolah lagi kau asyik kacau aku. Kenapa??!! Give me a reasons please!!! ",jerit ain.

Aku dan iqbal cuba untuk meredakan keadaan. Diorang ni pun satu nak bergaduh pun agak-agak lah. Depan khalayak ramai ni. Buat malu je..

Tidak sempat aku nak meleraikan pergaduhan mereka, kata-kata azam buatkan aku tergamam kat situ. Bukan aku je, iqbal pun sama. Ain dah berdiri macam patung kat situ.

"Kau nak tahu sebab apa!! Sebab aku sukakan kau lah ngek!!! Aku suka si budak pendek depan aku ni sangat-sangat!!!! I LOVE YOU AIN!! ",kata azam.

Bila dia cakap macam tu kat depan khalayak ramai ni, aku rasa nak tepuk tangan kat azam sebab dia berani untuk luahkan kat sini. Kalau aku nak buat macam tu.. Dalam mimpi lah agaknya.

"Aku tak sangka azam suka dekat ain ",bisik iqbal padaku.

"Aku pun.. Tapi aku ship diorang. Sebab sweet sangat",kataku.

"Wei suhaidah, jom kita beli popcorn dulu. Biarlah diorang tu. Nanti dah start cite kita panggillah diorang",kata iqbal.

Aku hanya menganggukkan kepala dan mengikut iqbal membeli popcorn.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Ain p.o.v

Selepas azam meluahkan perasaannya kepadaku. Aku tergamam dan terkejut. Aku tak sangka dia akan luahkan perasaan dia dekat depan orang ramai ni.

Aku tak tahu nak cakap apa. Aku speechless gila sekarang ni. Semua orang dah pandang kitorang semacam.

Azam tiba2 menarik lengan aku dan bawa aku pergi ke sesuatu tempat yang tak banyak sangat orang.

"Aku... Aku minta maaf kalau buat kau terkejut.Aku...tak bermaksud pun nak .....",kata azam.

Belum sempat azam menghabiskan ayatnya, aku menyampuk "Takpe.. Aku tak kesah pun sebab aku tahu kau main-main je kan. Rileklah.. Haha",kataku dengan nada cool. Macam takde apa yang berlaku antara kitorang.

"Sapa kata aku main2..Aku takkan pernah main2 dengan kata2 aku Ain. Apa yang aku luahkan tadi tu semua datang dari hati aku",kata azam.

Aku tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Aku harap sangat ada orang yang selamatkan aku sekarang ni. Aku rasa awkward gila nak cakap dengan dia ni.

Tiba2 muncul suhaidah dengan iqbal datang ke arah kitorang. Aku bernasib baik sangat sebab diorang datang sini.

"Hah!! Rupanya sini korang dating ya",kata suhaidah.

Aku menjegilkan mataku ke arah suhaidah. Suhaidah buat tak tahu je dengan pandangan aku tu.

"Haha.. Dah lah korang. Jom cite dah nak start tu",kata iqbal pula.

Iqbal terus merangkul bahu azam dan bergerak masuk ke panggung wayang.

Tinggal aku dengan suhaidah je kat sini. Aku pun terus tak lepaskan peluang. Aku cubit lengan dia dengan kuat.

Awww!!!,jerit suhaidah.

"Asal kau cubit aku??!! Sakit tahu tak",kata suhaidah sambil mengosok lengannya yang sakit.

"Baru kau tahu.. Padan muka. Asal kau tinggalkan aku dengan azam tadi. Kau sepatutnya datang awal sikit",kataku.

"Eh!! Kau ni. Bersyukur lah sikit aku selamatkan kau tadi. Kalau tak kau duduk lama lagi dengan azam tu",kata suhaidah.

Aku mencebik dan terus pergi masuk ke panggung wayang. Dari belakang suhaidah mengejar aku dan berjalan masuk sekali dengan aku.

Sepanjang movie bermula,aku lansung tak tumpukan perhatian dekat cite yang ditayangkan depan aku ni. Aku pun tak tahu kenapa.

Dalam kepala otak aku ni,asyik teringat balik apa yang azam cakap dekat aku tadi.

"Kau nak tahu sebab apa!! Sebab aku sukakan kau lah ngek!!! Aku suka si budak pendek depan aku ni sangat-sangat!!!! I LOVE YOU AIN!! "

"Sapa kata aku main2..Aku takkan pernah main2 dengan kata2 aku Ain. Apa yang aku luahkan tadi tu semua datang dari hati aku"

Aku menggelengkan kepalaku dan cuba untuk tumpukan perhatian dekat cite ni. Tapi mata aku ni tak tahu kenapa tiba2 jadi gatal nak tengok muka azam yang duduk selang satu kerusi daripada aku.

Mata aku pandang muka azam yang still tak perasan aku tengok muka dia. Bila aku tengok muka dia, baru aku perasan yang azam ni pun hensem jugak.

Lama aku tilik muka dia dan tiba2 azam macam tahu ada orang tengok muka dia. Dia terus berpaling mukanya ke arah ku.

Aku terus pandang ke depan dan makan popcorn macam takde apa yang berlaku. Ain, kau memang pandai berlakon.

Dari hujung mata,aku nampak azam tersenyum memandang aku dan terus pandang ke depan semula.

Tbc..


[C]FALL IN LOVE WITH MR.TENGKUWhere stories live. Discover now