BAB 18

3.3K 112 0
                                    

Suhaidah p.o.v

Aku pergi ke sekolah macam biasa hari ni. Aku datang awal sedikit hari ni sebab aku bertugas hari jumaat.

Aku membersihkan kelas dengan senyap sehingga terdengar derap kaki masuk ke dalam kelas.

Aku melihat orang itu dan rupanya ialah Iqbal. Aku terus buat tak tahu sambil buat kerja aku.

Dia mendekati aku. "Hai suhaidah",tegur Iqbal.

"Hmm",balasku.

"Sombong dah awak sekarang eh..hmm.. Saya nak minta maaf pasal...

Belum sempat dia menyambung ayatnya aku dah memotong percakapannya.

"Sudahlah saya tak nak ungkit benda lama. Perkara yang lama biarlah berlalu",kataku.

"Baiklah saya takkan ungkit tapi kita still boleh jadi kawan kan? ",tanya iqbal.

Aku teragak-agak untuk menjawab soalannya. Nak kawan atau tak? Aku berfikir sekejap sedangkan soalan tu senang ja.

"Baiklah kita kawan",kataku.

Yelah buat apa nak bermusuh. Perkara lama tu biarkan berlalu. Kita bukak buku baru.

Aku melihat dia tersenyum gembira kepadaku dan mengucapkan terima kasih.

Aku membalas senyumannya dan pada masa tu lah muncul Alif and the geng. Aku terus memberhentikan kerjaku dan keluar dari kelas.

Sampai sahaja di kantin, aku membeli makanan dan duduk di tempat yang disediakan. Tiba-tiba muncul muka Iqbal di hadapanku.

Aku terkejut bila masa dia ni ikut aku. "Iqbal, bila masa awak ikut saya ni?? ",tanyaku.

"Sejak awak keluar dari kelas tadi",jawab Iqbal.

"Oohh",keluh ku.

"Awak tak suka ke dengan geng Alif tu?? ",tanya Iqbal.

"Saya okay je dengan geng dia cuma saya anti dengan Alif je sebab dia selalu kacau saya sebab tu saya keluar dari kelas tadi",kataku.

"Oohh ye ke.. Takpe saya akan pastikan dia takkan kacau awak lagi",kata Iqbal.

Aku hanya tersenyum dan berbual sementara sehingga loceng masuk kelas berbunyi.

Kami masuk beriringan ke kelas. Selepas aku duduk di tempat aku, rabiatul, Ain, nik dan nieza dah pandang aku semacam. Aku paham maksud pandangan tu.

Diorang mesti nak tanya pasal macam mana aku boleh masuk kelas sama-sama dengan Iqbal.

Aku memberi isyarat kepada mereka bahawa aku akan bagitahu nanti.

"Kau wajib bagitahu kitorang eh nanti dari awal sampai akhir",bisik rabiatul kepada ku.

"Ya2..nanti aku bagitahu lah",kata aku.

⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨
Alif p.o.v

Aku memandang Suhaidah dan si Iqbal tu masuk ke dalam kelas bersama. Lepas tu sempat lagi gelak-gelak tu. Apa yang lawak sangat?

Semasa pembelajaran aku tak menumpukan perhatian langsung dengan apa yang cikgu ajar. Aku asyik memikirkan apa hubungan Suhaidah dengan Iqbal tu. Macam rapat je.

Tak silap aku Suhaidah ni payah nak rapat dengan lelaki. Dengan aku pun kalau bertembung je terus bergaduh. Memang payahlah nak rapat.

Aku panggil Azam buat beberapa kali. Tapi dia tak menyahut pun.

"Woi, Azam kau pekak ke?? Aku panggil kau kan tadi!!",kata ku dengan geram.

"Hah!!! Kau panggil aku ke?? Sorry lah wei aku tak dengar lah",kata Azam.

"Agak2 lah pun tak dengar. Duduk sebelah-menyebelah kut bukannya jauh sangat. Cara kau bercakap tu macam aku ni jauh 10 meter dari kau",kataku.

"Sorry lah.. Ok2..Kau nak cakap apa? Cite lah",kata Azam.

"Nanti lah masa rehat aku cerita. Aku nak minta pendapat Hazim dengan Aqil jugak",kata ku.

Azam hanya menganggukkan kepalanya dan menumpukan perhatian kepada guru mengajar.

Kring.....

Loceng rehat berbunyi..

Aku dan geng aku lepak dekat taman belakang sekolah. Aku takde mood nak makan bila teringat pasal tadi.

"Alif cepatlah.. Kau nak cite apa sampai panggil kitorang ni??",tanya Aqil.

"Aku nak cite pasal Suhaidah dengan si budak baru tu",kata ku.

"Iqbal?? ",tanya Hazim.

"Yelah ,sapa lagi",kata ku.

"Lepas tu cepatlah cerita",kata Azam.

"Korang perasankan masa kita masuk kelas pagi tadi, kita nampak Suhaidah dengan Iqbal kan. Bila Suhaidah nampak aku je terus dia lari. Aku pelik bila Suhaidah macam lari dari aku. Aku baru je nak kejar dia tapi si budak baru tu pula yang menyibuk",jelas ku.

"Lepas tu?? ",tanya Aqil.

"Lepas tu disebabkan sifat ingin tahu dalam hati aku ni, aku ikut diorang sampai lah ke kantin. Aku duduk jauh sikit daripada diorang.Lepas tu aku nampak diorang bersembang siap gelak-gelak lagi.Panas jugak lah hati aku masa tu",jelas ku.

"Aku rasa panas lagi bila Suhaidah jalan sama-sama dengan Iqbal masa masuk kelas tadi",jelas ku lagi.

"Aku dah agak dah topik ni akan muncul",kata Azam.

"Itu maksudnya kau ada pesaing lepas ni bro. Aku pun rasa Iqbal tu macam rapat semacam dengan si Suhaidah tu",kata Hazim.

"Betul tu. Itu bermakna kalau kau betul jatuh cinta dengan Suhaidah tu,baik kau pergi kejar dia bro sebelum dia dapat kat si Iqbal tu. Right azam?? ",kata Aqil.

"Betul tu aku sokong. Lagipun pesaing kau tu boleh tahan hensem jugak",kata Azam.

"Lepas tu kau nak cakap aku tak hensem lah sekarang ni??!!",kata ku dengan geram.

"Bukan macam tu.. Si iqbal tu ada rupa jadi sapa2 perempuan pun boleh cair dengan dia. Jadi kau kena lah tinggi sikit daripada dia",kata Azam.

"Macam mana?? ",tanyaku.

"Aduh!! Kau ni. Takkan dalam bab-bab tackle orang ni pun aku nak ajar. Fikir sendiri lah bro!! ",kata Azam.

Hazim dan Aqil dah ketawakan aku. Tapi aku tak kesah pasal diorang. Sekarang ni aku kena fikir macam mana nak tackle hati Suhaidah.

Sedang aku memikirkan perkara ni, kedengaran bunyi loceng rehat berbunyi menandakan rehat untuk form3 dah tamat. Kami masuk ke kelas dan belajar seperti biasa.

TBC....

[C]FALL IN LOVE WITH MR.TENGKUWhere stories live. Discover now