Rescue

738 104 22
                                    

"Saya berasa sangat berbesar hati untuk berada di atas pentas ini, dan saya takkan buat anda semua menyesal untuk datang ke majlis pelancaran ini" kata Chunji dalam ucapannya dan semua yang hadir menepuk tangan. Dia tersenyum yakin dan menunggu hingga tepukan reda sebelum menyambung kata-katanya.

"Jadi, kita tak perlu membuang masa, kita persilakan Human Assistant-bot ciptaan saya, CJY09!" Chunji menunjuk ke arah sebelah kirinya, dan dia menunggu pembantunya Changjo menolak balang yang terdapat Youngjae di dalamnya.

Tiada apa-apa berlaku.

Semua yang hadir mula berbisik apabila robot yang mereka harapkan tiada keluar dari belakang pentas. Chunji menjadi sedikit gementar dan dia memandang ke belakang pentas.

"Changjo?"

---

Pipi Changjo ditumbuk membuatkan lelaki itu terbaring jatuh. Jaebum memutarkan pergelangan tangannya, bersedia untuk memberi satu lagi tumbukan kepada Changjo.

Melihat Changjo yang masih terbaring, Jaebum terus menoleh memandang Youngjae di dalam balang yang tak sedarkan diri, tegak seperti robot tanpa bateri. Dia memegang dinding balang itu, kelihatan risau.

"Adik! Im Youngjae, bangun!" dia mengetuk balang itu sebelum dia menoleh dan terperasan Changjo sudahpun bangun untuk melawan Jaebum. Dia menepis tumbukan Changjo dan mereka mula berlawan lagi.

---

Chunji senyum tak ikhlas ke arah hadirin yang mula ragu-ragu dengan pembentangannya. "Maaf, ada kesilapan sedikit. Saya akan..." dia tak tahu nak cakap apa lalu dia terus masuk ke belakang pentas.

Dia menjadi terkejut apabila dia ternampak Jaebum dan Changjo sudah pun bergolek di lantai, bertumbukan. Badannya terasa panas apabila perasaan marah menular dalam tubuhnya. Dia terus menghampiri mereka berdua.

Jaebum merasakan yang dia akan menang apabila dia berjaya duduk di atas Changjo. Wajah lelaki itu ditumbuk berkali-kali sebelum tiba-tiba belakang kepalanya di acu dengan pistol membuatkan Jaebum berhenti bergerak.

"Hands up" dia dengar suara Chunji di belakangnya dan dia akur, mengangkat tangannya ke udara. Dia sempat mengerling Changjo di bawahnya yang terbatuk darah.

"Get up" kata Chunji lagi. Dengan perlahan Jaebum bangun, beralih daripada Changjo. Chunji melihat pergerakan Jaebum tanpa sebab menjadi sangat sakit hati, benci terhadap lelaki yang lebih muda daripadanya itu.

"Kau tak habis-habis menyusahkan aku, kan?" kata Chunji, menggetap gigi menahan marah. Fikiran Jaebum terfikirkan satu idea membuatkan dia terus turunkan tangan dan berpusing menghadap Chunji membuatkan Chunji sedikit terkejut dengan tindakannya. Jaebum kelihatan yakin.

"Tembaklah" kata Jaebum, matanya yang memandang tajam ke dalam mata Chunji itu agak menakutkan. Chunji apapun tetap belagak bagus. Dia tergelak sinis.

"Jangan cabar--"

"Aku cabar kau" Jaebum memotong kata-kata Chunji membuatkan Chunji terkejut. Jaebum memberikan senyuman sinisnya.

"Shoot me" kata Jaebum dengan yakin.

"Hyung-nim"

Chunji menjadi sedikit panik, oleh kerana dia tidak tahu apa yang dirancang Jaebum. Jaebum kelihatan begitu yakin dan berani, seolah-olah remaja itu sudah pun terdapat rancangan untuk menumpaskannya. Dan dia sendiri tahu yang dia tak boleh melepaskan tembakan. Hadirin di luar akan terdengar bunyi itu dan jawatannya akan tergugat. Jadi dia betul-betul panik. Hanya dari segi fizikal nampak dia seperti yakin.

Jaebum perasan yang fikiran Chunji melayang jauh dan Chunji kelihatan hilang fokus. Tanpa mengambil masa, Jaebum terus menyepak tangan Chunji dengan kaki kirinya menyebabkan pistol di pegangan Chunji terpelanting jauh.

[C] My Baby-bot 2 | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now