DRA 13

8.3K 228 10
                                    

Today, somewhere in UK.

Your booking has been confirmed. Aku merenung emel berisi itinerary penerbangan pulang ke Malaysia. Aku screenshot and send dekat group whatsapp adik beradik aku.

Bunyi WA yg masuk tak ku hiraukan. Aku merapatkan lagi jaket yg aku pakai. Sekarang aku tengah duduk di kerusi usang bersebelahan pohon yg telah hampir gugur seluruh dedaunannya. Aku menghela nafas. Pandangan ku menyapu keseluruhan taman yg dari awal aku menjejak kaki di universiti ni, menjadi tempat favorite aku. Dari sini hanya 10 minit berjalan kaki ke apartment yg aku dan budak lain sewa.

Hari ini, hari Ahad. Hanya kelihatan beberapa orang yg lalu lalang. Aku menatap semula henfonku.

Angah: orait, nanti kami sekampung dtg ambik hang. Bhahah

Along : alhamdulillah alang. Ayah hepi sangat sampai nak buat kenduri time berbuka nanti katanya. *Attached dgn pic anak buah aku dgn ayah bserta kimi.

Aku tertawa kecil. Rindu semakin menjalar dalam tangkai hatiku. Tetiba aku makin tak sabar bersua muka dgn mereka.

Ada beberapa lagi voice note yg diorang hantar buat aku gelak sorg diri di taman tu. Lepastu, smentara wifi masih laju area kampus ni. Aku mengambil kesempatan membuka media social yg aku ada. Bukan pakai nama betul pun. Semua nama sembrono aku rasa.

Bnyk2 apps, instagram yg pling aku suka sebab bnyk aku follow pasal nature and travelling. Meluangkan masa bergabung dengan nature adalah salah satu therapy yg sgt efektif bila aku lagi dilanda tekanan atau masalah (walaupun dengan hanya memandang gambar 😣). Then, aku log out setelah teringatkan sesuatu.

Aku buka ig akaun achik. Dekat explore, jariku bergerak dengan sendirinya menaip nama insta dia. Stalker tegar sungguh. Ape2 tentang dia aku guna akaun achik sebab akaun aku yg dulu dah delete atas sebab tertentu.

Aku terpana melihat gmbar kedua yg dia post baru2 ini. Posted 3 days ago.

Gambar rantai kunci. Beruang Teddy kecil.

Dengan caption. 'Even this smallest cute lil thing, had such a big big big meaning to my life.'

Tidak lupa hash tag Lo siento.

Skrin henfon aku renung. Hanya tuhan yg tahu aku juga sgt merinduinya di benua sana. Dada sebelah kiri aku remas ingin mengurangkan sedikit keperihan yg aku rasa. Air mata tak terbendung lagi, mengalir berlinangan begitu saja.

*****

Penerbanganku lagi sejam setengah. Aku duduk di kerusi kosong dekat dengan boarding gate sebelah pasangan omputeh. Sudah banyak penumpang yg menunggu lebih didominasi oleh rakyat Malaysia. Kebanyakan lebih sibuk dgn gadget masing2 dan ada juga yg sibuk bergurau senda bersama keluarga.

Aku pun menyibukkan diri dengan henfonku memaklumkan kepada family aku. Lepastu, aku memakai earphone dan memasang playlist favorite. Pilihanku jatuh pada  Secret love song.

Lagu yg mempunyai sentimental dgn diriku.

I wish that it could be like that,
Why can't we be like that,
Coz I'm yours....

Bersambung.....

Halo gaisss, chapter ni special skit sbb ini adalah kesinambungan dgn part 1 prolog DRA.

Next chaps masih berkisar di zaman kolej, kita ada zaman u dgn a bit of working life before intermission. Hahaha. Meby flow cerita akan dipercepat. Kot. Just wait n see. And i love u gaiss. Thanks for the votes, comments dgn yg singgah2 baca. 😻

Ciao bella. Adios.. Deepavali esok 🎉

Dia Roommate AkuWhere stories live. Discover now