DRA 10

11.4K 263 33
                                    

Selesai membetulkan tudung bawal yg dikenakan, aku meneliti sticky note di depan cermin.

Purse
Jam tangan
HP
Headset
Charger

Done, semua dah ada. Yes! Let's go.

Semester 2 tunggu aku. Sem 2 atau sem last program matriculation bagi pelajar satu tahun. Matrikulasi ni, ada PST dan PDT. PDT stand for pelajar dua tahun. Memang ramai kata zaman matrik maybe boleh jadi zaman ter- best yg di lalui. Yeke? Kita tengok lah nanti...

Along pun cakap macam tu. Dan aku pun mungkin salah seorang yg tambah rating dalam statement "Kami rindu zaman Matrik". Sebenarnya best celah mana pun aku tak tahu, kelas pagi sampai ke petang. Dari tudung cantik mcm Naelofa pagi2 elok smpai petang dah jadi cekpon.

Feel dia lain kot. Sebab time ni lah korang jumpa ramai kawan. Kawan dari sekolah lain. Midnight movie sama2, share maggi, sembang sampai pagi, study group yg tak berapa study dan macam2 lagi. Feel baru abis sekolah, baru nak rasa kuliah cemana, itu lah kot feel yg buat ramai org rindu zaman matriculation. *mohon jgn muntah*

Beg Bodyglove aku letak di bahu. Feel more energetic. Aku juga menggendong Hakimi masuk di passenger seat. Ayah dah tunggu di dalam.

Sampai je terminal, aku terus cepat2 cari teksi. Entah apa yg di kejar.

Masuk je pintu kolej, ada seseorang menarik perhatianku. Aku berlari anak menyaingi nya.

"Hai!! "sapaku sambil memukul sedikit keras bahu org di sebelahku.

"Eh jatuh aku melambung anak itik ayam goreng." Melatah betul budak ni. Tapi tak seteruk kitorang sekolah dulu. Ija memukul bahu ku.

"Kureng kau Risaa.. " ija masih lagi memukul kecil lenganku geram.

Hehehe, aku hanya terkekeh geli tengok gelagat ija.

"Sorang je? " tanyaku pada Ija. Kami berdua sama berjalan di koridor depan dewan besar menuju lorong dekat library.

"Memang kau ada nampak org sebelah aku ke? "

"Lone ranger gak rupanya. Hehe. Napa xmesej aku, boleh balik sama td. Jimat tambang teksi." Ujarku sambil menyepak batu2 kecil d jalan.

"Aku naik bas la tadi. Kau yg tak jimat" katanya lalu meminum susu cokelat Dutch lady nya.

Lagi aku tersengih.

"Aira ada mesej kau x? Fika ke?" Aku mengangkat kening sebelah mendengar pertanyaan dari Ija.

"Kenapa? Takde pun"

"Oho, Fika ajak gathering sabtu nih" ujarnya selamba.

"What? Seriously! Aku tak tahu pun" Aku teruja dengar nama member kitorang yg satu nih. Fika. Dia sorang je ambil foundation sains d uitm. Fika ni satu rumah merah dengan aku dulu. Satu floor. Berjiran bilik. Yg dorang Ija semua rumah lain. So, kalau sukan ke hape yg melibatkan rumah. Melekat lah aku dengan Fika. Tambah lagi dengan satu kepala, mmg kamceng habis laa.

"Aah, dia ada dengan budak lain nak dtg sini. Makan2 jugak sikit. Aku tahu pun dari status FB dia. Ada Fika tag kau sekali." jelas Ija.

"Dekat pesbuk ke. Memang tak lah aku bukak. Dah behabuk kot. Hehe"

Drtt drtt..

Reihan:
Assalam. Aku bawa makanan ni dari rumah. Nanti makan sama k dgn Farhah Angela. :)

Aku:
Wah2. Lauk apa? Okey, tak jadi aku singgah cafe. Hehe..

Send.

"Weh, aku naik dulu. Bai Riss." ujar Ija melambai aku. Kami berpisah kerana aku ikut tangga belah belakang dekat blok b manakala Ija pulak lalu ikut tangga tengah.

Dia Roommate AkuWhere stories live. Discover now