Bab 1

471 27 6
                                        

   Otakku ligat memikirkan jawapan kepada soalan yang tertera di atas kertas peperiksaanku.Nak hentam je tak boleh,spm kut..Tak nak aku 'bad result'.Sekelip mata jawapan muncul di dalam kepalaku.Dengan pantas aku menulis jawapannya dengan ayat yang telah siap ku rangka di dalam kepala otak.

   Nasib ni question kedua last.Fuh!

   Baru jawab soalan dah rasa macam nak mati.Mati memerah otak ! Aku pelik,semalaman aku buat revision pasal kimia ni tapi satu pun langsung tak masuk..Apa masalah aku ni ??

   Aku mengetuk-ngetuk kepalaku dengan pen yang ku pegang.Satu soalan je lagi ni..Cepat Wazya..fikir-fikir.Ting ! sebiji mentol menyala di sebelah kanan kepalaku.Aku pun menulis jawapan tersebut.Yeayy ! Siap ! Aku menyandarkan belakang badanku pada kerusi.Lega.

3 Bulan telah berlalu..

   "Zya ! apa result kau ?" Tanya Nisa,Merangkap BFFTJku.(Best Friend Forever Till Jannah).Aku hanya memandangnya dengan teruja.

   Perlahan-lahan aku membuka sampul surat putih yang berada di tangan kananku.Fuh ! Harap-haraplah straight A..tak kesah la A+ ke,A- ke,A je ke,tak kesah aa..asal 'A'.

   Aku menarik surat yang berada di dalam sampul tersebut.Mataku kecilkan,sebab takut nak tengok result sendiri.

   "Oii ! Lembablah kau ni..cepatlah bukak" Marah Nisa.Dia menaikkan tangannya lalu menyilangkannya di dada.Nak tunjuk yang dia marahlah tu.Aku baru nak feeling terus hancur berkecai sebab dia.Aku tidak menghiraukannya lalu meneruskan 'sesi membuka lipatan kertas result ku'.

   Mataku terbeliak dan terus menjerit kegembiraan.Tindakan refleks,hehe.Aku memegang bahu Nisa dan menggoncang-goncangnya.

   "Nisa ! Alhamdulillah ..aku straight A !".Nisa yang tadinya buat tak endah terus buat muka terkejut.Mulutnya ternganga luas.

   "Wahhh..lucky you ! Pandai aa kau ni ..tabik ! Aku pulak..hmm sangkut 'B' satu..rasa sedih bertandang di hati" ujarnya sayu.Mulut di muncungkan.

   'Amboi ayat..'aku hanya membalas di dalam hati.Takut kalau cakap tadi..timing pulak tak sesuai.Nisa memeluk tubuh.Dia seriuslah..sabar Nisa...

   "Nisa..Don't worry,kita belajar bukan setakat sampai sini je tau..Nanti kita sambung belajar sama-sama,kat tempat sama,ambik course sama.Masa kat sana nanti,kau usahalah sikit..jadikan result SPM kau ni sebagai semangat untuk kau maju..okey ?" pujukku seraya memeluk bahunya.

   Nisa yang sedari tadi memeluk tubuh menurunkan tangannya perlahan lalu membalas pelukanku dengan hati yang terharu.

   "Aku sayang kau Zya.Kaulah BFFTJ aku,Thanks for everything" ujarnya dengan begitu terharu kerana mempunyai kawan sebaik Wazya kemudian meleraikan pelukannya.

   "My Pleasure,Aku pun sayang kau..Nisa"

*****

   "Mama..ada nampak Nisa tak ?" tanyaku sambil menuruni tangga kepada mama yang sibuk mengisi perut di kaunter makan.

   "Entahlah Ann,tak ada pulak mama nampak dia.Cuba Ann cari dia kat laman belakang..kereta dia dah ada kat depan tu" balas mama yang dikenali sebagai Puan Sri Maisarah.

Ann ? siapa tu ?

   Of course lah..aku,Tengku Wazya Ranna.Hehee

   Aku menggaru kepala yang ada kutu.Jk.Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Katanya,dia dah datang..Tapi tak nampak pulak batang hidung dia."Okey ma.." ujarku lalu menapak ke laman belakang.Mataku meliar ke sekeliling kawasan.Tak ada pun.

   "Baa !" sergah Nisa dari belakangku.Bahuku terhinjut sedikit akibat terkejut.Tindakan reflekss..Aku mengurut dada yang berombak kencang.

   "Heii ! kuang hajo.. suka hati mak bapak nenek moyang kau je nak main sergah-sergah orang"bebelku memarahi Nisa.Nisa hanya tersenyum sumbing.

APA ITU saranghae ?? ✔Stories to obsess over. Discover now