Bab 5

10K 389 3
                                    

     Setelah sebulan berada di bumi Paris, Dafinaa memutuskan untuk balik semula ke negara asalnya, Malaysia. Hari ini merupakan 5 November, hari reunion nya dengan rakan-rakan lamanya. Hafeez bersetuju untuk pergi bersama ke reunion party Dafinaa, tetapi dia akan tiba lambat sedikit. Reunion party kali ini menyatakan syarat untuk menghadirkan diri ialah dengan membawa teman, sama ada dari sekolah mereka atau tidak. Kiranya yang penting ada temanlah ni.

     "Mama, Ana nak pergi dulu lah." Kata Dafinaa kepada Datin Izza sambil mengeluarkan kunci keretanya dari dalam beg tangan jenama Guccinya.

     "Ana tak nak pak Ali hantarkan ke? Kan gelap kat luar sana tu." Tanya Datin Izza lalu meletakkan majalah yang dibacanya di coffee table di hadapannya.

     "Takpelah, Pak Ali tu kan penat hantar mama shopping seharian. Mesti dia pun nak rehatkan?" Jawab Dafinaa. "Ana dah lambat dah ni." Kata Dafinaa sambil menyalam tangan Datin Izza.

     "Hmm, yelah. Hati-hati tau." Nasihat Datin Izza. Dafinaa mengangguk kecil sebelum berlalu pergi.

     Dafinaa masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin keretanya. Tak lupa juga pakai tali pinggan keledar. Dafinaa mengucapkan "Bismillahirrohmanirrahim." sebelum menekan pedal minyak. Setelah 40 minit perjalanan, Dafinaa akhirnya tiba di hadapan hotel yang dijadikan sebagai reunion party mereka. Dafinaa menyuruh Vallet Parking Attendant memarkirkan keretanya.

      Pintu Banquet Hall dibuka dan kelibat ex-classmates Dafinaa muncul di sebalik pintu tersebut. Dafinaa melemparkan senyuman kepada semua rakan-rakan lamanya yang menghadiri majlis itu. Ramai yang melihat Dafinaa ketika dia menuju ke arah rakan-rakan perempuannya.

     "Assalamualaikum." Ucap Dafinaa kepada rakan-rakannya. Mereka melihat Dafinaa dari atas ke bawah.

      "Dafinaa?" Tanya Lili, salah satu daripada rakan Dafinaa. Dafinaa mengangguk sambil tersenyum.

      "Ya Allah, Dafinaa!" Balqis memeluk erat tubuh Dafinaa. "Rindunya beb kat kau." Rengek Balqis.

     "Aku pun rindu sangat kat korang tau." Balas Dafinaa.

     "Hai Dafinaa." Seorang lelaki muncul di hadapan Dafinaa dan rakannya.

     "Daniel." Sebut Dafinaa.

     "Congrats for your new carrier. You're looking great at your fashion show the other day." Puji Daniel.

     "Terima kasih." Balas Dafinaa. Mata Dafinaa terpandang kelibat pasangan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam Banquet Hall. Pasangan tersebut berjalan ke arah mereka.

     "Hello ladies." Kata Haq. "Dafinaa," Haq melemparkan senyuman kepada Dafinaa. "Bro!" Haq memeluk Daniel yang merupakan sahabat baiknya ketika berada di bangku sekolah dahulu.

     "Nice to meet you again bro." Kata Daniel. "Siapa tu?" Soal Daniel kepada Haq sambil matanya memandang wanita yang berpaut pada lengan Haq.

     "Oh, this is Rebecca." Kata Haq. "Babe, this is Daniel, Balqis, Lili and Dafinaa." Kata Haq.

     "Hello, it was nice to meet you." Kata Rebecca.

     "Oh, ni ke bakal tunang kau tu?" Soal Daniel.

     "Tunang?" Dafinaa kelihatan terkejut. "Awak tak pernah bagitahu pun yang awak dah nak bertunang." Tambah Dafinaa.

     "Sebenarnya-" Kata kata Haq terpotong apabila Hafeez muncul. Hafeez memberikan ciuman pada pipi Dafinaa membuatkan Haq tergamam.

     "Lama tunggu? Sorrylah lambat sikit." Kata Hafeez.

     "It's okay." Kata Dafinaa.

     "Babe, are you okay?" Soal Rebecca apabila melihat Haq yang mula berpeluh.

     "Yeah, I'm just- I'm not feeling well." Balas Haq sambil melemparkan pandangannya jauh daripada Dafinaa. "We'll be get going now." Kata Haq kepada Daniel.

     "Tapi korang baru je sampai kan?" Kata Lili.

     "Sorry." Balas Haq lalu menarik tangan Rebecca untuk pergi bersamanya.

     Dafinaa hanya mampu melihat Haq berlalu pergi bersama Rebecca yang disangka bakal tunangnya.

***

     "Eh Al, awalnya bangun." Kata Datin Rozita kepada Haq yang jauh termenung.

     "Kan hari ni Haq nak kena pergi try baju untuk majlis bertunang Haq, minggu depan." Kata Haq sambil tersenyum pahit.

     "Maksudnya, Al setujulah ni nak bertunang dengan Sarah?" Tanya Datin Rozita dengan teruja.

     "Al akan cuba ma." Balas Haq.

     "Alhamdulillah." Datin Rozita memeluk anaknya dengan erat.

     "Oklah ma, Al nak pergi jemput Sarah dulu." Kata Haq sambil tersenyum pahit.

    "Hati-hati." Ucap Datin Rozita.

    Tidak lama kemudian, Absyah adik kepada Haq muncul di ruang tamu sambil memegang secawan kopi panas.

     "Abang nak pergi mana tu ma?" Soal Absyah.

     "Abang kamu tu nak pergi jemput bakal tunang dia lah, nak pergi shopping baju pengantin sama-sama." Balas Datin Rozita dengan memaparkan senyuman yang lebar.

      "Kak Sarah? Abang nak jemput Kak Sarah?" Soal Absyah kaget dengan jawapan Datin Rozita.

      "Ha'ah." Balas Datin Rozita sebelum berlalu pergi ke dapur.

      "Ni mesti ada sebab ni." Kata Absyah curiga dengan perangai Haq yang sebelum ini tidak suka ditunangkan dengan Sarah.

***

     Maisarah turun ke ruang tamu apabila diberitahu bahawa bakal tunangnya menjemputnya untuk mencuba pakaian untuk hari pertunangan mereka. Mata Maisarah dan Haq bertemu membuatkannya tersenyum tersipu-sipu.

     "Datin, kami pergi dulu lah ye?" Kata Haq kepada Datin Aishah, ibu kepada Sarah.

     "Yalah, hati-hati tau." Ucap Datin Aishah. Haq sekadar mengangguk lalu berlalu keluar. "Ingat batas tau." Nasihat Datin Aishah pula kepada puterinya.

     "Yelah, Sarah tahu." Kata Sarah lalu menyalam tangan Datin Aishah. "Assalamualaikum" Ucap Sarah.

     Tiada suara dikeluarkan sepanjang perjalanan 20 minit dari rumah Datin Aishah. Sarah hanya melemparkan pandangannya keluar. Lagu The Scientiest oleh Coldplay dimainkan di corong radio menggerakkan tangan Sarah untuk menguatkan volume radio tersebut.

     "Nobody said it was easy, it's such a shame for us to part~" Sarah menyanyi mengikut rentak lagu.

     "Awak suka lagu ni eh?" Haq tiba-tiba bersuara.

     "Macam mana awak tahu?" Soal Sarah.

     "Awak baru je kuatkan volume tadi, lagipun cara awak nyanyi tu macam feeling sangatlah." Seloroh Haq.

     "Oh." Sarah menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kita nak pergi mana ni?" Soal Sarah.

     "Saya belum breakfast lagi, awak teman saya breakfast ok?" Kata Haq. Sarah menganggukkan kepalanya sebelum meneruskan nyanyiannya semula.

***

A/N: Assalamualaikum readers! terima kasih buat yang sabar tunggu saya nak update chapter ni. Kalau korang suka, please vote for it! Thank you XOXO

Eh, Mr. Pilot?Where stories live. Discover now