BAB 16

4.6K 93 16
                                    

BODOH,bodoh, bodoh! Bodoh punya mop. Aflah menyumpah dalam diam. Sanggam memandangnya seakan mendengar jerit hatinya itu.

"Apa kau senyum-senyum...nanti aku ambil kau buat mop baru tahu!"bentak pada Sanggam. Darah mula menitis dari gelas yang pecah dilantai. Niatnya mahu mengemop lantai yang berlengas dengan lumpur bekas tapak kaki kucing itu, namun dia yang cuai. Entah bagaimana mop itu menepis gelas di meja. Bodohnya dia pula, memijak tanpa mata. Aflah mengaduh perlahan. Nasib baik terhiris hujung ibu jari kaki, itupun sedikit saja.

"Ni apa hal ni?" Suara garau Irfad menambahkan lagi debar di hati. Kenapa sekarang? Aduh...

Irfad melihat Aflah terduduk di jubin lantai dapur. Kaca dari gelas yang pecah bertaburan melata di jubin. Dia mengeluh panjang. "Tunggu situ, jangan bergerak. Sam, kalau dia bergerak, kau gigit aje,"arah Irfad serius. Dia ke ruang tamu, mencari penyapu dan penyodok. Gadis itu hanya membisu.

"Kau punya pasal lah,Sam." Aflah memegang kaki, mengaduh perlahan

Irfad kembali. Disapunya semua kaca yang bertaburan. Tanpa sebarang amaran, dia mendekati Aflah. Tuala kecil ditangannya ditekap pada luka. Dibersihkan luka Aflah dengan berhati-hati. Gadis itu mendesis perlahan. Ingatkan sudah bisu.. "Ada mata tak nak guna. Nasib baik kena kaki, kalau kena mata, baru kau tahu mana hitam dan putih,"bebel Irfad. Gadis itu membatu tanpa kata. Irfad mengeluarkan iodine dan peralatan kecemasan dari kotak first aid yang sentiasa tersedia di dalam laci dapur. "Sakit ke tidak?"

Aflah hanya menggelengkan kepala. Berkerut dia menahan pedih. Pagi-pagi sudah cari pasal. Haji Muzir dan Hajah Wook awal pagi lagi sudah ke Kuala Telemong. Sangkanya hanya dia yang sendirian di rumah. Padan mukanya. Sudah seminggu dia kembali ke banglo itu, tujuh hari juga dia mengelak dari bertemu Irfad. Dia makan tatkala Irfad selesai. Kalau Irfad di bawah menonton televisyen, dia di atas, di biliknya melayari internet. Di IDUM pun dia berlagak biasa. Tiada lagi gurau senda, tiada lagi lirik mata. Aflah mengetapkan bibir. Mungkin dia perlu kembali ke Kuala Lumpur. Ke tempat asalnya.

"Hari ni saja nak bagi kau nak cuti . Jaga rumah. Pelik aku. Kau ni memang kuat accident kan?"

Aflah membisu. Dahinya berkerut-kerut menahan pedih ubat yang meresap ke kulit. Jari-jemari Irfad lembut menyapu ubat menggunakan putik kapas. Aflah mengetap bibir, menahan suara dari keluar.

"Ya Allah, kenapa ni? Abang buat apa pada dia?" Bagai rebut, Aisha menyerbu ke dapur. Pucat wajahnya tatkala melihat Aflah yang menahan keskitan di lantai. Darah yang masih di lantai jubin buat dia hamper pitam.

Aik...dah dia tolong , kena tuduh pula? Amboi...sedap mulut sungguh adiknya nan seorang itu.

"Lain kali buat kerja pakai mata, bukan pakai kepala lutut. Sudahlah anak manja...luka sedikit pun tak tahan." Dia menjeling Aflah yang masih menunduk. Langsung tiada suara. Riak wajah gadis itu itu dapat dibacanya. Dia bangun, mencuci tangan di sinki.

"Terima kasih."

Irfad tersenyum. Dia mencangkung di hadapan Aflah yang masih tersimpuh di lantai jubin. Aku ingatkan dah tiada suara, sudah bisu. "Kasihmu kuterima,"jawabnya lembut.

Dia diam. Tidak tahu sama ada Irfad sengaja mengejeknya ataupun bergurau. Aflah memegang kerusi, cuba bangun sendiri. Dia berpaut kuat pada kerusi, menarik badan ke atas. Darah yang menitis sudah dimop oleh Aisha. Dia berjingkit perlahan, memanjat tangga. Satu persatu.

"Af nak pergi mana? Kalau nak naik, tunggu." Cepat-cepat Aisha ke sisi gadis itu. Kasihan sungguh dia melihat Aflah yang berkerut wajah menahan sakit. Irfad yang berdiri dilihatnya menjelir lidah. Macam budak kecil.

Mahu saja dia ketawa melihat gelagat gadis itu. Benar, gadis itu sudah mahu jauh darinya. Silapnya juga, menutur kata yang menyakitkan hati. Dia pantas mengekori, membututi Aflah dan Aisha yang memanjat tangga dengan perlahan. "Abang Ir ke ofis dulu. Jaga rumah, jaga budak manja tu. Sikit-sikit nangis,"pesannya dengan tangan memegang selusur tangga. Aisha dilihatnya mencebik bibir. Aflah...huh, gadis itu tidak bersuara.

Sudi Jadi Isteri Saya?Where stories live. Discover now