BAB 13

4.7K 91 15
                                    

SUDAH penat kakinya melangkah. Amni dan Aisha masih galak mengheretnya dari satu butik, ke butik yang lain. Aflah menelan liur. Dahaga sungguh. Empat butik sudah dijelajahi mereka, belum satu pun pakaian yang sesuai ditemui. Ada yang cantik, namun ada saja yang tidak kena di mata dua gadis itu.

"Kak Af, cepatlah. Siapa suruh pakai heels, lain kali tibai sandal aje cukup."

Aflah tersenyum. Memang mulanya dia mahu menyarung sandal, tapi sandal Coach itu hanya ada sebelah saja. Entah ke mana perginya. Terpaksa juga dia menyarung tumit tinggi ini. "Amni, Af dah rasa macam nak pengsan tau. Boleh tak kita cari air dulu, dahagalah,"pinta penuh perasaan.

Aisha dan Amni menghentikan langkah. "Aa..ah kan, kita tak basahkan tekak lagi kan. Sorry ya Af,jom...kita ke Killiney. Boleh makan roti bakar. Sha pun dahaga ni. Lepas ni kita pergi Butik Zehra."

Aflah dan Amni bertepuk tangan. Nasib baik, kalau tidak ada yang masuk suratkhabar, pengsan akibat cari baju. Buat malu aje.

"Kenapa kamu tak ajak orang lain? Tak baik kamu paksa-paksa si Aflah tu Ir,"kata Hajah Wook. Tangannya pantas melipat tepi karipap yang ingin digorengnya nanti.

"Nak ajak siapa? Tak kan nak ajak Mak Yam kot,"balasnya pula.

"Maksud ummi, bawalah Aisha, tak pun kawan-kawan kamu yang lain kan ada,"hujahnya.

Irfad tersengih. "Mi, kalau nak pergi reunion, buat apa bawa adik sendiri. Tak rock la,mi. Nak bawa mesti yang cantik jelita macam Af tu, baru ada kick.'

"Kick apa ke bendanya. Ooo...nak bawa yang cantik jelita,pandai sungguh anak ummi ni,"sindir Hajah Wook.

Irfad ketawa. "Memanglah, kan kecik-kecik selalu minum susu ibu, sebab tu pandai."

Hajah Wook mencebikkan bibir. Ada saja jawapan dari budak bertuah itu. "Bila kamu bertolak?"

"Pagi esok la,mi. Majlis start pukul lapan setengah malam. Sampai awal boleh Ir dengan Af rehat-rehat kat bilik hotel kejap."

"Kamu ambil berapa bilik? Jangan main-main Irfad, anak dara orang yang kamu bawa tu."

Irfad menggeliat. "Apa la mi,dua bilik la...tak kan nak suruh Si Aflah tu salin baju satu bilik dengan Ir. Baik tak payah salin, Ir tolong pakaikan terus,"guraunya lagi.

Hajah Wook pantas mencubit telinga. Mengaduh dibuatnya Irfad. Sanggam yang ralit menggolek bola kecil terhenti seketika.

"Apa ni,mi. Aduiii...sakitlah. Ir gurau je lah. "

Hajah Wook meleraikan cubitan. Geram juga dia. Semua benda nak dibawa bergurau. Entah bila nak matang anak lelakinya ini. "Kamu jangan nak bermalam kat sana pula,balik terus."

"Tak tahu lagi,mi. Kalau habis pukul sebelas, takkan nak suruh Ir drive balik tengah malam dengan Aflah. Jauh juga Kemaman ni,mi."

Hajah Wook termenung. "Betul kamu ambik dua bilik?"

Irfad tergelak. "Ummi...kalau Ir ambil satu bilik pun,belum tentu dia nak duduk Cik Hajah oii...apalah ummi ni."

"Bukan...kamu tu buaya darat. Pantang dengan perempuan...selisih saja dah senyum, nampak yang cantik minta nombor. Inikan yang depan mata. Baik-baik Irfad, jangan buat tak senonoh dengan anak orang."

Irfad memejamkan mata. Dia tahu umminya risau. Memang patut dia risau, dia bukan Irfad yang dulu. Namun dia tahu batasnya dengan Aflah. Walaupun kadang-kadang hati lelakinya terusik, dia menahan diri. Irfad bangun,memeluk umminya dari belakang. "Anak oranglah kita nak 'makan',mi...anak sendiri kita simpan,"bisiknya sambil mencium pipi Hajah Wook. Dia cepat-cepat lari, bimbang singgah cubitan di pipi.

Sudi Jadi Isteri Saya?Where stories live. Discover now