#5 - Kelebihan Baru

4.1K 443 24
                                    

Hazim mendekati aku perlahan-lahan apabila yakin bahawa rakan-rakan lainnya sudah pulang. Peluh mengalir di dahinya walaupun aircond tidak habis menghentam tubuhnya. Kejap, oh bukan peluh. Dia basuh muka tadi lepastu dia terjumpa.. Ah, siapa lelaki yang dia jumpa tadi? Bayangannya terlihat kabur.

"Apsal kau ni, Jim? Segan dengan Mat Jan?" tanya aku, sengaja ingin dia memberitahu aku sendiri. Aku perlu tahu lebih daripada apa yang aku lihat di dalam memorinya. Aku perlu lebih!

"Jangan pura-pura tak tahu, pik. Perkara ni bukan main-main dah. Ada sesuatu kau kena ta.. Uhuk.. Uhukk.." Hazim memegang kuat dadanya, darah mengalir perlahan dari lubang hidungnya.

"Aj-ajim!" teriakku. Mata Hazim tajam memandang mata aku, menghantar mesej melalui minda.

[Air yang membasahi muka aku lap dengan t-shirt baju yang aku pakai. Tatkala aku melihat cermin.. Zapppp! Afik! Aku lihat Afik sedang melarikan diri daripada seorang doktor. Kot makmal putihnya ada kesan darah beku merata-rata. Lehernya pula ada kesan kelar, darah kehitaman beku di kesan kelarnya. Mata hitamnya kecik, menampakkan putih kebanyakannya. Seluruh kulitnya pucat, mulutnya ternganga dan kakinya terhincut-hincut mengejar Afik. Zasss! Hilang. Sekelip mata doktor itu hilang. Afik menghentikan lariannya. Perasaan takut menyelebungi dirinya. "Apik!" teriak aku. Afik menoleh ke arah aku dengan pelbagai perasaan. Takut, syukur dan hairan. "Ajim?" Serentak itu, doktor tadi tiba-tiba muncul di hadapannya. Afik terus berlari ke arah aku.]

"Weh, ajim! Apa benda tu?" tanya aku cemas.

Hazim mengeluarkan tisu dari saku seluarnya kemudian darah di hidung dikesat. Hazim memandang aku, fikirannya bercampur-campur. Darah kembali keluar dari hidungnya. Menitik ke atas lantai. "Apik, aku mintak maaf sebab lambat bagitahu kau." katanya. Bahu aku dipegang.

"Apsal, Ajim? Kau.. Kau okay tak?" aku kesat darah di hidung Hazim dengan cadar. Ah, pandailah sesiapa basuh nanti. Apa yang penting sekarang, masa depan yang Hazim tunjuk tu sangat celaka!

"Ada sesuatu kau kena tahu, Apik." Hazim mengusap-usap bahu aku. Aku dah tak kisah tentang status Hazim sebagai seorang gay. Aku hanya kisah tentang kami. Kami.. akan terima nasib buruk?

"Apa benda, Ajim? Bagitahu aku!" bentak aku. Dada sudah naik-turun seiring dengan penafasan yang semakin laju. Aku.. takut. Ya, aku takut! Aku takut pada banyak perkara! Dan aku juga takut sekiranya aku mati pada malam ini! Aku belum laksanakan tanggungjawab aku untuk bantu manusia. Bagaimana harus aku menjawab jika ditanya oleh-Nya?

"Kau ada kelebihan. Tapi kelebihan kau tu-" Hazim menarik nafas, menyediakan diri untuk mengatakan sesuatu yang payah lagaknya. "ada keburukannya."

"Apa dia, Ajim?"

"Kau boleh berhubung dengan keghaiban."

"What the f-?"

"Betul. Ia akan mula pada birthday kau yang ke-empat belas. Maksudnya pada hari..."

"Esok." pintasku.

"Ya, aku mintak maaf Apik." Hazim menunduk kepala. Wajahnya juga ada ketakutan dan serba salah.

Aku kenal Hazim selama lima tahun dan selama aku kenal dia, aku tahu dia seorang yang jujur. Apatahlagi aku dah baca fikiran dia awal-awal. Tapi kejap, kenapa berkaitan dengan ghaib? What the hell? Aku tak seberani tu! Aku tak sanggup! Aku tak boleh! Aku.. aku takut!

"Macammana aku nak hadap benda tu, Ajim? Aku tak seberani tu!"

"Pik, sabar. Aku tak habis lagi. Dan Mat Jan.."

"Kenapa dengan Mat Jan?"

"Dia akan mati esok." kata Hazim. Rahangnya diketap. Hazim memejam erat matanya, menahan air mata daripada tumpah. Sebal rasanya apabila dia menjadi orang yang menyampaikan masa hadapan orang. Sakit tu, Tuhan saja yang tahu.

"Hah?!!!"

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now