Bab 5

2.2K 72 17
                                    

Setelah agak lme x update cerita ni, akhirnya sye up jugak bab baru. Suka x? Sbb penantian anda yg menyeksakan tu dah berakhir. Insya Allah lps ni sye akan fokus tuk cerita ni aje ya? Ape pon happy reading. Maaf klu dh mula hambar.

Kuala Lumpur

AKHIRNYA aku kembali bekerja di Cetra Tower. Sudah puas dah Tuan Izzat pujuk tiga hari tiga malam hari tu. Beriya benar! Kali pertama aku lihat Tuan Izzat betul-betul nekad. Semata-mata nak aku kembali bekerja. Nampak tak dekat sini yang aku adalah antara orang terpenting dalam syarikat ini? Ke.. Penting bagi Tuan Izzat? Shuh! Shuh! Jangan kacau aku fikiran kotor!

"Akhirnya pemaisuri hati bapak singa sudah kembali ke sarangnya!" masuk sahaja ke ofis, aku terus disapa oleh Kak Mun. Aku tayang muka tak puas hati. Ada pulak kata aku ni permaisuri hati si bapak singa atau nama sebenarnya Tuan Izzat tu? Serta-merta aku teringat bicaranya tempoh hari... semasa dia berkunjung ke rumah sewaku dengan Husna.

"Kalau I jadi bapak singanya, apa kata you jadi singa betina kesayangan kepada bapak singa ni?"

Aku telan liur perit. Eiii, simpang malaikat empat puluh empat! Hari tu, Husna dah doakan aku ada jodoh dengan Tuan Izzat tu. Kemudian, Tuan Izzat kata macam tu pula. Sekarang ni, Kak Mun merepek pasal permaisuri hati bapak singa. Dah tiga orang cakap benda yang serupa walau dalam ayat yang berbeza. Orang dulu-dulu kata... andai sudah tiga kali perkara yang sama diulang-ulang, maka mungkin... Termakbul??? Arghhh!!

"Ada-ada ajelah Kak Mun ni. Saya jadi permaisuri? Huh, kalau ya saya jadi, orang pertama saya hambat keluar daripada ofis ni ialah Kak Mun! Sebab doakan saya jadi Queen of the Lonely Lion," aku sudah duduk di mejaku. Dek sudah seminggu tiga hari aku tiada di ofis, kerja yang ditinggalkan berlambak! Tabahlah wahai hati.

"Sampai hati kau Fateen nak usir Kak Mun. Terpaksalah Kak Mun membawa diri pergi," balas Kak Mun acah-acah berjauh hati. Kak Mun yang sudah berwajah monyok itu aku tatap dengan gelak tawa.

"Fateen gurau ajelah kak. Sentapnya melebih-lebih pulak. Pandai Kak Mun acting ek?" pujukku gitu-gitu aje seraya mengemas meja kerja ku yang penuh dengan fail kerja. Arghh, makin stress lah aku lepas ni. Redha, Fateen, redha. #SisTabah.

"Kak Mun ni badan aje besar, Fateen. Tapi hatinya kecik kenenot," sampuk Dahlia yang baru sahaja melangkah masuk ke ofis.

"Kau cakap baik sikit eh Dahlia. Elok-elok muka kau tak ada cacat-celanya, sekali aku hempuk dengan fail besar gedabak ni, sia-sia aje hidup!" marah Kak Mun garang. Fail hitam di tangan diangkat tinggi kononnya mahu menghempuk muka Dahlia itu. Aku tergelak melihat gelagat dua sekawan ini. Memang sejak aku pertama kali kerja di sini pun, Kak Mun dengan Dahlia tak sebulu. Asyik nak bertekak aje.

"Ehem," Tuan Izzat tiba-tiba sahaja ade di tepi mejaku. Aku terperanjat besar.

"Hish, Tuan Izzat ni. Lain kali masuk pejabat ni bagilah salam ke say good morning ke. Ni tak, main terjah aje. Fikir ni pejabat dia seorang?" rungutku perlahan. Tapi aku dapat merasakan yang dia dengar. Yelah, dah dia duk berdiri betul-betul sebelah aku ni. Mana tak dengarnya.

"Pejabat ni memang milik I pun, Cik Fateen. Masuk bilik I sekarang," perintah Tuan Izzat seraya berlalu pergi. Aku mengetap bibir. Belakang tubuh Tuan Izzat yang smart tu aku pandang dengan hati yang bengkak. Nak aje aku debik sekali. Asyik-asyik nak arah orang aje. Fikir dia boss? Eh, dia memang boss pun! Kepala sendiri kena ketuk sebab ting tong semacam. Baru cuti seminggu dah weng ke, Fateen?

"Woi Fateen! Kau dengan Tuan Izzat tu ada sesuatu ek?" tanya Dahlia tiba-tiba. Aku baru aje nak melangkah masuk ke bilik bapak singa tu.

"Sesuatu?" dahi aku berkerut. Sesuatu tu apa benda?

[Mini Novel]Mr. Meletop Habisss!!!Where stories live. Discover now