Bab 1

2.3K 56 10
                                    


Berkat usaha yang tidak kenal lelah, doa yang tidak seberapa dan elusan rotan mak, akhirnya Awira tercampak di sebuah universiti tempatan di Pantai Timur. Awira berjaya!

Kau tanya Awira gembira tak?

Kau tanya apa perasaan Awira bila dapat masuk universiti ?

Sungguh, Awira tidak segila budak lain yang dibuai 'perasaan' yang pelbagai. Awira bukan budak semacam itu.

Nak update status bagai kat facebook, twitter dan entah apa-apa lagi!

Awira anggap masuk ke tempat macam ini adalah satu perkara biasa. Tidak perlu heboh macam 'mak nenek'. Habis satu dunia hendak ditayang yang kau seorang sahajalah yang masuk universiti. Bangga 'tak ingat'. Tapi, sudahnya bila keluar universiti menganggur. Duduk tepi longkang. Jual sayur. Ingat, ada ijazah bukan jaminan untuk dapat kerja!

Pelbagai perkara berkemelut dalam fikiran Awira

"Syukurlah, kau dapat belajar kat Pantai Timur Awira. Sekurangnya-kurangnya dapat juga kau basuh otak kau tu. Perangai setan kau kalau tak ubah, nanti jadi manusia tak ada hala tuju, tahu?" kata emak Awira.

"Tapi mak... Awira tak suka lah belajar kat sana. Kat sana tak ada kawan-kawan. Awira sorang-sorang tahu? Mak tahu apa. Mak pandai paksa Awira aja," balas Awira..

"Nanti dapat juga kau kawan-kawan nanti. Ala... kawan tu senang aja nak dicari. Musuh pun sama. Terutama kalau kau dulu yang mula buat pasal,"

"Tapi mak..."

"Tak ada tapi-tapi lagi. Kalau melawan, kau jangan anggap aku mak kau lagi. Kau nak jadi anak buloh betung?" marah emak kepada Awira.

Awira menelan air liur tatkala nampak muka emak sudah tidak macam selalu. Tetapi tidak mengapa, dia emak.. Dia yang lahirkan Awira. Besarkan Awira. Kalau Awira bersikap kurang ajar, nampak sangat dia tidak berotak. Hanya manusia 'gila'' yang tidak tahu menghargai ibu. Ada otak tetapi tidak ada hati. Ingatan terhadap emaknya pudar.

Kembali kepada tempat Awira belajar. Masa mendaftar, dia diberi bilik di tingkat lima. Paling teratas. Menyumpah Awira dalam hati.

Kalau kau orang kat tempat Awira pun, tentu sakit hati kan?

Awira tidak fikir jauh pasal hendak ke kelas atau apa. Dalam kepala terbayang pasal beg-beg yang akan dia angkut ke atas. Sudahlah datang ke sini macam anak yatim. Sendiri tanpa emak tanpa ayah... getusnya geram.

"Akak boleh tak tukarkan saya ke tingkat bawah. Sebab saya datang sendirian saja kat sini. Nak angkut beg-beg ini lagi. Tolong ya akak," rayu Awira memikirkan kesukaran yang terpaksa dihadapnya nanti. Pandangan dirayapkan pada beban di kiri kanannya.

"Kau ingat universiti ini mak bapak kau punya. Nak mintak macam-macam, macamlah kau tu anak raja. Universiti ni dah ambik kau, kira mujur tahu? Siap bagi tempat tinggal lagi!" kasar bahasa fasilitator perempuan itu menerjah telinga Awira.

Terkejut. Sentap. Malu lagi dengan mereka yang ada di sekelilingnya masa itu. Punyalah Awira minta baik-baik boleh dia dia balas sebiadap itu? Sangka Awira orang-orang Pantai Timur tahu adab dan budaya. Rupanya perangai semacam. Mulut pun dah macam longkang. Ikutkan hati, mau sahaja Awira lepaskan penumbuknya di situ juga. Tapi Awira ingat kata-kata maknya.

"Awira kau kalau buat perangai setan, jangan ngaku aku mak kau tahu?" Serta-merta niat murni Awira terbantut di situ juga.

Awira capai kunci dengan muka ketat. Tidak mengapalah, mungkin hari ini dia tidak berpeluang menyerang balas. Nanti pasti dia akan balas balik. Masa itu, Awira pasti kakak kurang ajar tu akan menyesal 'tak habis' kerana menyeranahnya seperti itu.

Room MateWhere stories live. Discover now